Sudah sebulan berlalu selepas kejadian rumah terbakar itu.
Kini banyak perkara yang berubah. Mama Aryan menghadiahkan sebuah kondo mewah yang berdekatan dengan rumah Aryan sekeluarga.
Datin Amalina sayang sebenarnya nak biarkan Aryanna tinggal seorang. Tapi sampai bila gadis tu hendak menumpang dirumahnya. Aryanna juga memerlukan privasi untuk dirinya.
---
"Aryyy!! Ni baju untuk Date Day tu. Cantik tak?"
Airis masuk ke kondo Aryanna. Dia membawa dress yang sudah lama dia menanti untuk bagi Aryanna. Tak sabar nak ber matching matching dengan gadis itu. Lagipun mestilah kena matching kan?
Dia partner Airis kot.
Yaa.. Date Day. Mesti ada yang ingat event ni dah lepas. Tapi sebenarnya ia baru nak berlangsung esok malam.
Finally!
Aryanna hanya senyum kambing. Excited lain macam si Airis ni. Aryanna masih tercegat di depan pintu, rasa awkward bila berdua dengan Airis.
'bilaa dia nak keluar nii...'
Tanpa rasa malu Airis duduk dekat sofa tanpa di jemput. Lagi lah si gadis tu mati akal. Hshshs apa aku nak buat ni.
Airis menoleh ke belakang, si Aryanna masih berdiri macam patung dekat situ.
"Tak nak serve your tetamu ni air ke?"
"Haa?" Blank seketika gadis itu.
Airis tersenyum dalam hati. Comel betul la budak ni.
"Kenapa berdiri dekat situ? Sini la borak dengan Airis. " Airis menepuk beberapa kali tempat duduk disebelahnya.
"Aaa.. emm ..aa kau nak air apa?"
Belum sempat Airis nak jawab Aryanna dah lari pergi dapur. Tersenyum si Airis melihat telatah comel Ary.
"Apa apa pun bolehh!" Jerit Airis dari ruang tamu.
Aryanna melangkah perlahan apabila tiba di dapur. Tiba tiba bulu roma nya naik.
"Borak dengan Airis .. erghhh AIRIS? Sejak bila dia bahasa kan diri dia dengan aku pakai nama ni? Geli kau tau. Scary pulak aku. "
Dia mencapai dua gelas cawan kemudian menuang air fresh orangge yang ada di peti sejuk.
Ketingg! (Agak aneh ya bunyi notinya)
Samsung Y Aryanna berbunyi menandakan mesej masuk.
Bebal🙄
Woi pendek kau dekat rumah kan? Mama suruh bagi barang kau ni ha. Aku kat bawah kondo dh.
Haaa sudahh...
Dengan Airis dekat ruang tamu. Siap baring tengok tv mcam rumah sendiri. Nanti kalau si Aryan tu fikir macam macam. Tak ke naya aku.
Aryanna kelam kabut lari ke ruang tamu.
"We tolong.. emm aku ada hal boleh tak kau balik sekrang?"
Erkk.. macam kurang ajar je .. tpi ni rumah aku kan?
"Lahh kau tak hidang aku air pun lagi.. takkan nak halau dah. Sampai hati." Airis memuncungkan bibirnya. Macam biasa. Mengada!
Aryanna garu kepalanya yang tidak gatal. Apaa aku nak buat nii!
"Airis pleasee...."
Ding dongg!
Aryanna mula panik. Sesaat lepastu dia redho. Lantak kau la Aryan nak fikir apa pun. Dia sendiri pun tak tau kenapa dia panik.
YOU ARE READING
Her Colourful Eyes
Fantasy*ON HOLD* "Damn! Aku lupa nak pakai contact lens!" - Aryanna Raisya. Memang sepanjang hayatnya dia tk boleh berpisah dengan contact lens. Sebab apa? Warna matanya akan berubah setiap kali perasaan yang berbeza hadir. Aneh? Sebab itu lah gadis...