Bunyi alarm yang kuat menembusi gegendang telinga Aryanna. Dia membuka langsir dan tingkap untuk membenarkan udaraa nyaman masuk ke dalam biliknya.
Dia melihat ke arah jam di dinding.
6:15
Aryanna membersihkan dirinya untuk bersiap ke sekolah.
Dia menyikat rambutnya yang panjang dan rapi kepada ponytail. Tali leher di kemaskan. Kemudian menuju ke dapur untuk membuat sarapan.
Dia bersyukur sebab Mama Aryan sering datang melawat dan beratanya khabar. Kadang kadang bila makanan di rumah tiada, Datin Amalina bawa Aryanna ke pasar raya untuk membeli keperluan. Dia tak sangka hidupnya kini berubah banyak keranaa pertolongan keluarga Aryan.
Walaupun dia sendiri annoyed dengan perangai Aryan, tapi dalam masa yang sama dia bersyukur sebab kenal dengan dia.
Untuk pengetahuan, Aryanna tidak lagi bekerja di Cafe yang sebab mama (mama Aryan) yang melarangnya.
Aryanna tersenyum kecil di hadapan cermin. Seperti biasa, matanya bersinar. Selepas berkenalan dengan keluarga Aryan, dia buat pertama kalinya menghargai diri dia yang dikatakan special. Dia baru perasan bahawa matanya yang selama ni bersinar mampu memikat mahupun menarik perhatian mereka yang lain. Bukan setakat satu sumpahan yang membebankan.
roti yang sudah dibakar itu diangkat kemudian disapukan dengan coklat.
Aryanna makan sambil mengelamun sehinggakan dia tak perasan pun Si Aryan dah masuk rumah dia...
"Woii!!!" Panggil Aryan. Kejap tu bukan memanggil. Itu menjerit.
Terhinjut bahu Aryanna. Jantungnya berdegup laju akibat serangan tiba tiba tu. Nasib tak tercabut je.
Aryanna memusingkan badannya. Aryan sudah mencapak beg sekolah nya di sofa kemudian duduk disitu.
"Kau kenapa ada dekat rumah aku?"
"Mama suruh aku pergi dengan kau." Muka selamba ditayangkan.
Usai sahaja dia bersarapan, Aryanna mengambil beg nya di bilik dan sepasang stokin.
Dia berjalan dan duduk di sofa bertentangan dengan Aryan.
Aryan yang tadinya hanya menatap skrin telefon nya kini mengalihkan pandngan kepada gadis itu.
"Kau punya pinafore tu memang tak boleh pendek lagi ke?" Katanya dengan sarcastic.
Aryanna yang sedang memakai stokin berhenti seketika. Dia melihat dirinya kemudian memandang Aryan.
" Mana ada pendek. Bawah lutut kan? Apa masalah kau."
Gadis itu menjeling kemudian meneruskan pemakaian stokinnya.
"Dah jum."
Aryan pun turut bangun tetapi sebelum keluar dia sempat menahan Aryanna dengan menyentuh bahu gadis itu.
"Apa lagi?"
Aryanna memandangnya.
"Uih maghohhh." Usik nya.
"Mana ada aku marah." Balas Aryanna.
Aryan tersenyum senget.
" Kau tak payah nak tipu aku lah, tengok mata pun dh tau trngah marahh. Tu purple purple tu kenapa? Tanda marah kan?"
Aryanna terdiam.
"Aku tahan kau sebab kau lupa nak pakai contact lens kau. Cuba berterima kasih sikit. " Aryan keluar daripada rumah terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Her Colourful Eyes
Fantasy*ON HOLD* "Damn! Aku lupa nak pakai contact lens!" - Aryanna Raisya. Memang sepanjang hayatnya dia tk boleh berpisah dengan contact lens. Sebab apa? Warna matanya akan berubah setiap kali perasaan yang berbeza hadir. Aneh? Sebab itu lah gadis...