"Assalamualaikum mama."
Kedatangan Aryanna disambut oleh Datin Amalina. Suka wanita itu bila Aryanna dekat dengan dirinya. Yelah, teringin nak anak perempuan tapi yang dapat, dua ketul lelaki.
Aryanna membawa diri sendiri duduk di sofa. Aryan pula dah terlentang dekat sofa berhadapan dengannya.
Datang sahaja Datin Amalina terus mencubit kaki anak terunya itu.
"Bertuah punya anak! Duduk elok elok laa."
Aryan bangun dari baring dengan muka tidak puas hati. Bibirnya dicebik seperti budak kecil yang dimarahi ibunya.
Dasar gedik!
"Apa salahnya, si pendek tu dah macam anak mama, dah selalu dah pun tengok, buat apa nak kisah?"
Sekali lagi tangan mama berubah menjadi ketam. Dicubit pula bahu si Aryan.
Aryanna yang duduk bertentangan dengannya hanya buat tak tau. Dah hadam sangat perangai Aryan kalau dekat rumah.
"Apa pendek pendek? Nama Aryanna tu dah cantik, secantik muka tuannya. Panggil elok elok la."
"Lagi satu, Aryanna mana boleh jadi anak mama,, "
Kata kata Datin Amalina terhenti kemudian disambung dengan muka yang penuh makna.
"Sebab nanti siapa nak jadi menantu mama."
Eh
Eh
Eh eh
Aryanna yang tadi hendak minum air terus terhenti.
Dia mengangkat muka menghadap Datin Amalia."Ha?" Teserlah kekeliruan gadis itu.
Dia memandang mama kemudian beralih kepada Aryan yang disebelah mama.
"Apa?" Aryan juga keliru bila dipandang sebergitu.
Mama hanya tergelak kecil. Lantak kau orang la.
Datin Amalina bangun untuk menjawab panggilan telefon yang tiba tiba berbunyi lalu meninggalkan mereka berdua di ruang tamu. Selepas itu dia pergi ke dapur untuk masak tengahari.
Aryanna yang menawarkan diri untuk tolong di reject. Sebab apa? Katanya, Mak Leha ada boleh tolong apa yang patut. Takpelah lagipun, i is kepenatan sebab kemas rumah tadi lepastu si Aryan ni tiba tiba tekan loceng rumah.
Tengah tenang suasana di ruang tamu tiba tiba ada satu bantal petak terbang kemudian melekat dimuka Aryanna.
Gadis itu mengalihkan bantal dari mukanya kemudian memberi padangan kosong pada Aryan. Dia tengah malas nak layan. So please, jauhkan diri kau dari aku.
Aryan berpura pura menjadi innoncent, dia hanya memfokuskan diri dengan game. Saja je nak annoyed kan minah ni.
Dia melihat semula gadis itu sedang memejamkan mata. Sakit pulak hati bila minah ni tak respond. Aryan memicit butang remote tv kemudian menguatkan volumne sehingga maksima.
Terhinjut bahu Aryanna dek kerana telinganya tiba tiba diserang bunyi yang kuat dan membingitkan.
"Kauu dah kenapaa bukak tv kuat kuat!!" Suara terpaksa dikuatkan kalau tidak suaranya tenggelam dengan bunyi dari tv.
Aryan buat tidak tau. Sengaja pekakkan telinga.
"Woii! Kau dah pekak ke?!" Aryanna bangun dari sofa kemudian cuba untuk merampas remote tv.
Aryan dengan cepat meletakkan remote di bawah tempat dia duduk. Haaa, berani dia nak amik remote tu.
Aryanna yang geram dengan perangai kebudak budakkan dia ni terus ambil semula bantal yang dicampak tadi kemudian mula memukul Aryan berkali kali.
YOU ARE READING
Her Colourful Eyes
Fantasy*ON HOLD* "Damn! Aku lupa nak pakai contact lens!" - Aryanna Raisya. Memang sepanjang hayatnya dia tk boleh berpisah dengan contact lens. Sebab apa? Warna matanya akan berubah setiap kali perasaan yang berbeza hadir. Aneh? Sebab itu lah gadis...