HCE 25

3.9K 375 50
                                    

Dato' Azhar sedang bersama sama dengan pihak polis yang berada di luar halaman rumah untuk membincangkan tentang kes kebakaran rumah Aryanna haritu.

" Cik Aryanna ada beritau kami sedikit sebanyak sebelum kebakaran tu berlaku. Dia ada beritau tentang minyak tanah yang digunakan dan juga mancis untuk membakar. Dan kami telah menjumpai kotak mancis tersebut. Kebakaran rumah cik Aryanna bukan tidak sengaja. Ini semua telah di rancang. Cik ada juga beritau kami sebelum sebelum ni dia ada dapat surat amaran. Tetapi tiada bukti sebab kertas itu terbakar ketika hari kejadian."

Panjang lebar inspektor itu menghujah. Dia yakin semua ini dirancang. Bukan nya sengaja atau kebetulan.

"Encik ada syak sesiapa ke?" Soal inspektor.

Dato' Azhar menggeleng.

"Baiklah kalau macam tu saya pergi dulu. Jika ada apa apa info saya akan sampaikan. "

Dato Azhar duduk di atas buaian sambil berfikir. Dia memikirkan tentang arwah ayah Aryanna.
Dalam hatinya terlintas untuk mengetahui lebih lanjut tentang lelaki itu. Selama ni dia tidak mencari kerana selelas Aryanna lahir bayi itu hilang. Masa itu jugalah dia terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga melupakan tentang kejadian itu.

Telefon yang berada ditangannya menekan icon hijau. Dia menelefon seseorang.

"Bad, tolong aku cari....."

----

Aryan  baru tiba di perkarangan rumahnya. Nampak macam inspektor tu dah nak beransur. Dia cepat cepat memanggil inspektor.

"Ya kenapa cik Aryan?"

Aryan mengeluarkan sesuatu dari poket jaket nya. Sampul bewarna merah itu bertukar tangan.

"Apa ni?"

"Ni surat yang Aryanna dapat. Dia tak bagi saya buka tapi saya ambil dan bukak senyap senyap. Dan inspektor tengok lah apa yang ada dalam sampul tu. Aryanna tak tau lagi apa isi surat tu. "

Seperti yang dia jangka kan. Reaksi inspektor itu nampak tekejut.

"Ini ugutan membunuh. Saya akan masukkan dalam kes siasatn megikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan cik jangan risau saya akan uruskan."

Inspektor dapat rasakan apabila dia teringat tentang Aryanna yang ada cerita tentang ugutan dan dia yakin ia daripada orang yang saama. Seperti sesorang yang sudah lama berdendam dengan gadis itu.

Dia pulang kebalai. Sampul yang berada di tangannya dihempas ke atas meja. Gadis itu...

Dia tiada keluarga. Ibu bapa dikatakan telah meninggal. Dia bangun semula dan menghantar surat itu ke ibu pejabat rahsia untuk mengesan cap jari yang telah meyentuh surat itu. Jika DNA masih ada disitu, ia akan jadi mudah untuk dia mencari dalang yang menghantar surat ini. Kalau tidak, dia harus mulakan siasatan dengan lebih dalam. Dia perlu tau dengan siapa arwah ayah Aryanna ini berkawan, saudara mara gadis itu dan semuanya.

"Khairul, kau okay tak?" Soal Aizam rakan sepejabatnya.

Inspektor Khairul hanya mengangguk. "Aku tengah uruskan pasal kes rumah terbakar hari tu. "
Aizam melihat sampul dan kertas kerja di tangan rakannya.

"Macam berat je kes kau ni.." Aizam atau lebih dikenali sebagai Inspektor Aizam Muhammad, dia mengambil sampul yang menarik perhatiannya.

Merah. Sebab itu la dia tertarik. Dia membelek surat itu. "Boleh aku tengok isi dia tak?"

Aizam memakai sarung tangan getah. Dia membelek surat itu. Surat dan isinya kertas itu memang menarik tetapi ada lagi satu perkara yang menarik perhatiannya.

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now