HCE 1

7.3K 550 13
                                    

(Media: turqoise- terkejut)

"Remember this thing my dear, u have to find someone that you really love and ur eyes will be like a normal person forever. Please! Try to make ur self fall in love with someone that will take u till jannah!"

Kringggg kringgg!!!

"Uhmmm...."

Samsung Y di tepi katil yang bersaiz king itu di capai.
Al maklumlah itu je yang mampu.

"Huarghh!! Malasnya nak bangun!" Ary menguap kecil.

Dengan malasnya Aryanna bangun dan mencapai tuala untuk bersiap siap ke sekolah.
Ary melangkah kecil ke ruang dapur. Roti yang masih berbaki semalam di makan sedikit untuk alas perut.

Dia termenung seketika. Kenapa sejak dua menjak ni mimpi yang sama asyik bermain di dalam tidurnya.
Ada maksud yang tersirat kah?

Ary bangun dari duduknya dan pergi ke arah cermin kecil yang digantung bersebelahan dengan pintu keluar masuk rumah itu.

Dia merenung diri sendiri..
"Kenapa aku tak sama macm orang lain?"

Setiap hari dia akan berkata begitu di hadapan cermin.
Dia manusia. Yaa.. dia juga lahir daripada seorang kaum hawa. Namun, dia sendiri tidak pernah melihat ibu kandungnya begitu juga dengan ayahnya.
Cuma yang membezakan dirinya dan orang lain.. matanya yang unik itu.
Dia susah untuk menunjukkan ekspresi mukanya ... imagine! Even senyum kecil pun mata akan slowly tukar jadi gold.
Jadi sepanjang hari harinya dia tidak akan menunjukkan sebarang reaksi. Memang susah hidup jadi seorang gadis seperti Aryanna Raisya.

Hidupnya seakan akan tidak sempurna tanpa contact lens berwarna hazel.

Dia bukannya kaya. Hidup pun sebatang kera sahaja. rumah ni?
Jabatan pendidikan negara yang berikan dia rumah ini keranaa kecemerlangan dirinya dari segi akademik dan kokurikulum.

Walaupun diberi rumah, Ary tetap bekerja di sebuah cafe berdektan dengan rumah.
Untuk makan dan minumnya serta contact lens.

"Haihhh..." Dia mengeluh panjang.

Dia membuka bekas contact lens tersebut..

"Eh?! Mana pergi benda alah ni?"

Dia berfikir seketika. Oh My God!
Semalam contact lense tu terbelah dua sebb ....

Entah macam mana boleh terbelah.

Ary memandang ke arah cermin.
Matanya sudah bertukar menjadi Turqoise akibat terkejut tadi.

"Macam mana aku nak pergi sekolah kalau tkde contact lens? Tengok tu! Baru terkejut sikit dh bertukar.... aduihhhh .. parah betullah!" Aryanna kehulu kehilir di ruang tamu itu.

Jam di dinding dikerling. Ouh no!
Ada lagi 10 minit sebelum pagar tutup.
Dah lah sekolah baru. Takkan first day kau nak buat hal?

Ya harini dia akan bermula sekolah di Victoria Highschool Land.

Dengar nama sekolah tu pun dh boleh agak tu sekolah anak orang kaya.

"Ary! Kau kene berjanji dengan diri kau yang kau takkan buat apa apa masalah dan.. tiada sebarang reaksi." Gadis itu menarik nafas sedalam dalamnya cuba untuk menenangkan diri.

Rambut diikat secara ponytail. Setelah berpuas hati, dia pun mula berjalan kaki untuk ke sekolah.

***
"Assalamualaikum. Saya pelajar baru nak daftar diri." Sapa Aryanna kepada kerani yang sedang bertugas.

"Ouh kamu Aryanna kan? Pengetua suruh kamu berjumpa dengan dia. Katanya ada hal yang nak dibincangkan." Kata kerani tersebut.

Aryanna hanya menganggukkan kepala dan masuk kedalam pebajat Pengetua.

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now