HCE 21

4.3K 383 52
                                    

"HAAA??!" Hampir semua pelajar tingkatan 5 yang berada di dewan perhimpunan itu bersuara. Ada yang mengeluh, ada yang sedang marah, dan ada yang tak kisah.

"Bawa bertenang semuaa cikgu cikgu bukan sengaja tunda tarikh Date Day yang sepatutnya berlangsung pada minggu ni. Tapi disebab kan hotel ballroom yang kami sewa tu ada pihak atasan perlu gunakan dengan segera. Lagipun pindahan tarikh bukannya jauhpun, cikgu akan tunda pada minggu hadapan. Hari Sabtu. Masa masih sama seperti yang telah dinyatakan 8.00 mlm - 12.00 tengah malam. Dah itu sahaja daripada cikgu. Terima kasih."

Habis sahaja ucapan guru yang bertugas tadi semua pelajar mula mengomel.

"Weehh aku dah sewa baju tau! Aku siap beli sepasang lagi dengan Aryanna.." Airis memuncungkan bibirnya. Haih perit betul bila angan angan dia kena tunda.

Daneal yang menyampah melihat mimik muka Airis itu terus mengambil peluang untuk menjentik bibir itik yang dibuat buat.

"Sakit lah lah siot betul!"

"Kau tak payah nak menggedik sangat. Bukannya cikgu cancel terus pun."

Aryan yang berada diantara mereka berdua hanya diam kan diri. Dia menyampah pula bila dengar si Airis sebut nama Aryanna dan baju 'sepasang' yang entah kali keberapa dia mention. I'm not jealous im just being annoyed.

Bunyi loceng sekolah sudah menjerit mereka semua mula bergerak masuk ke kelas masing-masing. Sampai sahaja di hadapan kelas Aryan menjeling dari luar kelas melihat tempat duduk kosong yang berada di hadapan mejanya. Sedar tak sedar Aryan mengeluh kecil. Dia terus berjalan menghala ke tangga, tak jadi nak masuk kelas. Hilang mood. Apa lagi? Teroka satu sekolah la. Airis dan Daneal masuk ke dalam kelas dan seperti hari hari sebelum ni mereka akan mulakan hari persekolahan dengan bermain game.

--------
'Dia' berdiri di luar jendela dengan rokok yang berada di tangannya. Asap asap keluar dan masuk. Tidak pernah menghiraukan kesihatannya. 'Dia' hanya tersenyum persis orang kurang siuman. 'Dia' terbayangkan apa yang akan jadi pada gadis itu selepas rancangannya kali ini. Mungkin mati? Tak mati pun ...

Terbakar 95% badannya?

Lagi bagus. Lagi tersiksa. 'Dia' tergelak sinis bila semua bayangan itu berlegar difikirannya.

"Haihhh.. aku penat la siksa kau ni, tapi aku tak puas lagi.."

Mengeluh kemudian tersenyum sinis. Fikirannya seolah olah tidak waras. Tapi 'dia' bijak menyorokkan semua hal ini dari keluarganya. Dia masih ada isteri, anak lelaki dan anak perempuannya. Siapa sangka? Anak lelakinya satu sekolah dengan gadis malang itu. Bukan sahaja satu sekolah. Tapi mereka sekelas.

Bila difikirkan balik lagi mudah untuk dia....

'Kringgg kringgg'

Bunyi sahaja telefon si 'dia' mencampakkan batang rokok yang dihisapnya dan terus masuk semula ke dalam pejabat untuk menjawab panggilan.

"Hello boss?"

"Ha kau dah siapkan belum barang yang aku suruh tu."

'Dah boss. Bila boss nak kami buat?"

"Dah 3 hari lepas kau orang masukkan dia dalam hospital. Aku rindu nak dengar dia tersiksa. Malam Jumaat nanti korang boleh settlekan."

"Baik boss."

Dia meletakkan telefon kemudian senyum sinisnya muncul sekali lagi.

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now