3 jejaka itu masuk ke dalan kantin. Rata rata semua mata pelajar yang disitu melihat ke arah mereka.
Dah lali sangat. Siapa lagi kalau bukan School Prince. Walaupun dah 4 tahun sekolah di Victoria Highschool Land, pelajar di situ langsung tidak pernah jemu menatap muka mereka bertiga.
"Ary apahal kau beria sangat nak berdiri dekat luar tu?" Soal Ris dengan mulutnya yang penuh dengan nasi goreng.
Seraya dengan itu dia mendapat hadiah penampar daripada Neal habis berterabur nasi tu atas meja. Pelajar yang berada di sekeliling meja itu tergelak kecil melihat telatah Airis.
Tersedak sedak Airis dibuatnya. Tiada seorang pun yang nak tolong ambilkan air. Neal hanya buat muka tak bersalah manakala Ary hanya menayangkan muka kosong.
"Aduu!!!" Neal mengaduh sakit apabila siku Ris sudah mendarat di perutnya. Kuang asam punya member.
"Stop it! Serabut aku tengok korang berdua ni. Kang aku campak sorang masuk dalam longkang lagi sorang aku gantung dekat bendera sekolah." Geram Aryan.
Terus mereka berdua diam dan sambung makan.
"Kau tak jawab lagi soalan aku tadi." Ris memandang ke arah Aryan.
Pinggan yang sudah licin itu di tolak ketepi. "Perlu ke jawab?" Soalnya balik.
Serentak Ris dan Neal mengangguk.
"Saja." Balasnya pendek.
Ris dan Neal sudah mula meluat. Dah start dah dengan jawapan dia yang pendek pendek tu. Orang tanya dia jawab sepatah. Tapi tak apaa...
At least kitorang tau yang dia belum bisu.
"Itu bukan ke budak baru yang miskin tu?" Kata salah seorang pelajar perempuan yang berada di sebelah meja mereka.
Serentak Aryan,Ris dan Neal memandang sekilas gadis disebelah dan mencari kelibat Aryanna yang sedang menjadi buah mulut orang ramai sekarng ini.
"Yelahh kan? Eh dah miskin tu sekolah jelah dekat sekolah biasa tu. Tak payah lah nak sekolah dekat sini jugak." Sindir kawan nya yang lain.Airis,Daneal dan Aryan berpandangan sesama sendiri. Tiba tiba Aryan menghentak tangannya kuat pada meja makan.
Tersentak gadis disebelah meja akibat hentakkan yang kuat. Terus tiada lagi mulut mulut tikus yang bersuara.
"Hey! You tak nampak ke ?! Jalan pandang depan bukan tunduk je! Nasib baik baju i tak kne air tu." Tengking seseorang yang telah menarik perhatian seluruh dewan makan.
Gadis itu hanya menunduk dan meminta maaf.
Aryan mengeluh. Haih... apa lagi lahhh budak kecik ni.Dia bangun dan pergi ke arah mereka. Semua mula beralih pandangan terhadap Aryan yang berada di belakang Aryanna.
Aryan hanya mendengar gadis kecil ini mulutnya terkumat kamit meminta maaf.
Tanpa sebarang suara yang dikeluarkan gadis yang menengking Aryanna mula kecut dengan kehadiran jejaka idaman sekolah berdiri di sebalik Aryanna.
Gadis itu terus memusingkan badannya dan pergi meninggalkan suasana kantin yang masih tekun menonton drama tak berbayar itu. Aryanna yang asyik tundukkan badannya mula aneh apabila dia dapat rasakan seperti tiada orang di hadapannya.
Perlahan lahan kelopak matanya di buka.
Hairan.
Itu sahaja yang bermain di fikirannya.
Mana pergi perempuan 'over gedik' tu?Tak pelah janji aku blah dari sini. Tak selesa langsung dia apabila menjadi tontonan seluruh warga di kantin.
"Eheemm!!" Seseorang berdehem di belakang Aryanna.
YOU ARE READING
Her Colourful Eyes
Fantasy*ON HOLD* "Damn! Aku lupa nak pakai contact lens!" - Aryanna Raisya. Memang sepanjang hayatnya dia tk boleh berpisah dengan contact lens. Sebab apa? Warna matanya akan berubah setiap kali perasaan yang berbeza hadir. Aneh? Sebab itu lah gadis...