~~~~~~~~~~~~~~~~6~~~~~~~~~~~~~~~
In your black eyes
I wanna fall, my love•°•°•°•°•°•°•
Hana turun ke dapur untuk membantu mama menyiapkan sarapan. Nak jadi isteri mithali kononnya.
"Morning mama." Hana memeluk Datin Hania dari belakang. Pipi mamanya dicium dari tepi.
"Morning pengantin baru. Awal bangun? Selalu nak tunggu along ketuk bilik Hana sampai nak runtuh, baru boleh bangun." Bebel Datin Hania.
"Well, saja bangun awal. Ni nak Angah tolong apa-apa tak?"
"Hmm, sarapan mama dah buat. Angah bancuh air lah. Buatkan coffee satu teko" Hana mengangguk.
Tangannya cekap membancuh air. Setakat buat air, easy peasy je.
"Angah, dah kahwin ni jangan lupa hormat suami. Kepercayaan tu tunjang utama dalam perhubungan. Lagi satu, panggil la Nazri tu nama lain. Jangan duk ber 'I' 'you' sangat. Tak mesra."
Hana menggaru kulit kepala yang tak gatal. Nak panggil Nazri tu apa. Dah lah dia memang selalu ber 'I' 'you' je dengan mamat tu.
Nazri yang kebetulan turun ke dapur menapak ke arah Hana. Datin Hania mengerling seketika ke arah anak menantunya itu.
"Riri! Sini. Rasa air yang Hana dah buat." Membulat mata Nazri mendengar nama panggilan baru dari Hana.
'Perempuan ni buang tebiat ke? Riri dia panggil aku?'
Hana menghulur sudu yang berisi air kopi ke bibir Nazri. Suaminya hanya menurut dan merasa air kopi yang siap dibancuh.
Ibu jari diangkat menandakan sedap. Dah cukup rasa dah coffee tu.
"Kenapa tak rasa sendiri je?" Soal Nazri.
"Hana tak minum coffee."
Nazri mengangguk. Hana menghidangkan air di meja makan. Nazri menarik isterinya ke tepi dinding.
"Riri? Bila masa nama I jadi girly macam tu?" soal Nazri tiba-tiba.
"Hahahaha, jangan la marah. Mama pesan tadi, yang I kene biasakan panggil you nama lain. Tak boleh la asyik ber 'I' 'You' dengan you."
"Dah tu, panggil je lah I abang."
"Eww, oldie la you ni. Tak nak."
"What about sayang?"
"Err, we haven't reach that point of intimacy yet. Just stay with riri okay? Semalam you dah janji kan nak try our relationship ni."
Hana mengerdipkan mata hitam pekatnya. Siapa saja yang mampu menolak permintaan Hana Fazira. Dah serupa puss in boots dah.
"Okay lah, riri pun riri lah. But make sure give me morning kiss everyday."
Hana terbeliak. Apa ni? Syarat nak bersweet-sweet sarang semut ke ni?
"I'm waiting" ujar Nazri lagi.
![](https://img.wattpad.com/cover/273167288-288-k404115.jpg)
YOU ARE READING
MR. SWEET MILIK HANA ✔️
RomanceSetelah kehilangan tunang di hari pernikahannya, Hana Fazira redha dengan aturan keluarga. Pertembungan dengan mamat annoying bernama Nazri Syahir cukup membuatkan Hana naik darah. Tanpa disedari, Nazri menjadi pilihan keluarga Hana. Kenapalah banya...