Special

855 29 0
                                    

••••••••••••••••••••Special•••••••••••••••••••••

"Kai, sini. Tok Mi nak peluk sikit" Datin Saffiya menggamit Kaira ke arahnya.

Kaira yang baru berumur empat tahun itu berlari ke arah Datin Saffiya. Rindu sangat gayanya.

"I miss you, Tok Mi" leher Datin Saffiya dipaut. Pipi wanita itu dicium sekilas.

"Tok Mi je, Tok Ba?" Dato' Suffian mendekati cucunya. Wajah comel Kaira yang tersenyum itu persis muka Hana.

"I miss Tok Ba the most" teriak Kaira.

"Amboi manisnya mulut dia ni. Mana mama papa Kai?" soal Datin Saffiya.

"Tu" Kaira menunjuk ke arah Hana dan Nazri yang sedang mengeluarkan barang dari bonet.

Buah tangan mereka dari Korea setelah pulang dari sana minggu lepas.

"Kai, dah salam Tok Ba dengan Tok Mi?" soal Hana.

"Dah, mama. Papa carry me. I'm tired" adu Kaira. Nazri senyum saja.

Kaira ni memang copy paste dari Hana. Muka ikut Hana, sampaikan perangai dan manjanya pun setanding Hana. Namun, mereka berdualah penyeri hidup Nazri.

Hidung Kaira dicuit.

"Kai, you can't. Papa nak dukung mama. Kai jalan jelah" Hana menyampuk. Dia tak boleh mengalah dengan Kaira. Kaira selalu saja mengganggu waktu dia bermanja dengan Nazri. Geram Hana dibuatnya.

"No, papa is mine. Mama lah jalan. You're too heavy." Lupa nak mention, mulut Kaira pula persis mulut Nazri, laser sangat.

"Sini, biar Tok Ba dukung Kai" Dato' Suffian mendukung badan Kaira yang comel itu. Kaira senyum tetapi menjeling Hana apabila mata mereka bertembung.

"Dah jom masuk" ajak Datin Saffiya. Nazri dan Hana mengangguk.

"Ri, how can she say I'm heavy. Han gemuk ke, Ri?" soal Hana.

"Mana ada."

"Yeke? Macam tak ikhlas je jawab" Hana memasamkan muka. Nazri faham sangat dengan kerenah Hana dan Kaira. Walaupun selalu bergaduh mulut, Hana dan Kaira tak boleh berpisah. Mesti salah seorang akan mencari.

"No. You're the prettiest. Now, then and forever." balas Nazri. Pipi Hana dicium sekilas. Hana senyum manja.

Hana memang tak boleh merajuk dengan Nazri lama-lama.

~

"Hana?" tegur satu suara. Hana yang sedang berbelanja di supermarket bersama Nazri dan Kaira memandang.

"Auntie Farah?" Soal Hana takut- takut. Dia masih ragu-ragu dengan perempuan di hadapannya itu.

"Ye. Ni auntie. Auntie dah lama nak jumpa Hana"

"Untuk apa? Auntie, please stop ganggu Hana. Please, I'm begging"

"Auntie cuma nak minta maaf. I realized my mistakes. Auntie tak patut buat Hana macam tu." Puan Farah cuba mencapai tangan Hana.

"I've forgiven you, auntie. Tapi Hana dah tak nak jumpa dengan Auntie. Maaf sebab Hana tak boleh lagi berbaik macam dulu." Hana berpusing dan berlalu pergi.

Nazri dan Kaira yang baru keluar dari section frozen food memandang Hana yang bermuka masam.

"Han? Kenapa?" soal Nazri.

"I jumpa Auntie Farah" jawab Hana dingin. Dia masih terkesan dengan apa yang Puan Farah buat.

Hana sudah memaafkan Uwais dan Puan Farah, cuma dia tak boleh berbaik semula dengan perempuan itu. Lebih baik mereka tak perlu berhubung.

"Dia ada kat sini?" Hana mengangguk lemah.

"Mama, jangan lah sedih. Meh Kai nak cium" Kaira yang duduk dalam troli mencapai tangan Hana. Hana menunduk agar pipinya separas muka Kaira.

Chup! "Kai dah bagi mama ubat." Ujar Kaira ceria. Hana senyum kembali.

~

"You masih tak maafkan Auntie?" Soal Nazri semasa mereka sedang berbaring untuk tidur.

"Han dah maafkan dia. Cuma I can't be professional whenever I meet her" balas Hana. Tangan Nazri digenggam.

"Okay. Ri takkan paksa. As long as you happy, I'm happy for you too" pipi Hana dielus.

Walaupun sudah 5 tahun usia perkahwinan mereka, Hana tetap Hana yang dulu. Perangainya masih tak berubah.

"I love you, my Ri" pipi Nazri dicium sebelum Hana kembali berbaring untuk tidur.

"I love you too, my forever baby Hana"

Pelukan diperkemaskan. Dia bersyukur kerana dapat berkahwin dengan wanita paling sempurna di matanya.

Perkahwinan tak semestinya perlu bermula dari percintaan. Cinta yang berdasarkan rasa hormat dengan niat mencari barakah dari Allah, insyaallah akan membawa kebahagiaan.

••••••••• The End ••••••••

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now