3

693 35 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~~3~~~~~~~~~~~~~~~

Your traces remain
And they torture me
It’s killing me

•°•°•°•°•°•°•

"Angah, papa nak cakap sikit boleh?"

Hana hanya mengangguk sambil memandang wajah Dato' Haril.

"Papa nak Angah kahwin." Ujar papanya lagi.

"Okay" Hana membalas tanpa riak. Dia dah tak kisah. Mungkin dia patut dengar nasihat Fia.

Fia ditepinya hanya senyum. Dia gembira kerana Hana cuba membuka hatinya semula.

"That easy? Angah tak nak bantah ke?" Kali ini Datin Hania pula bersuara.

"Nope, Angah ikut je. Mama papa decide je siapa suami Angah."

"Kamu serious ke ni, Angah? Kenapa macam tak kisah je pasal suami kamu?"

Hairan Dato' Haril dan Datin Hania dibuatnya. Selalunya mesti ada saja alasan yang Hana beri. Dah berapa ramai calon mereka cuba kenalkan, namun tiada response positif.

"Angah serious. Papa and mama deal la dengan bakal suami Angah. Angah follow je."

Dato' Haril memandang isterinya. Melihat anggukan kecil dari isterinya, dia pun bersetuju. Tak kisah lah, yang penting Hana mahu kahwin.

Bukan niat mereka untuk memaksa Hana, namun mereka risau dengan umur Hana yang semakin meningkat.

~

"Naz, kamu bila nak bawa balik girlfriend? Dah tua dah kamu tu?" Dato' Suffian menegur.

"Astargfirullah ba, awal nya. Naz baru 30 tahun. Chill la ba."

Nazri menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.

"Awal apa kebendenya? Mummy dah penat jaga Naz tau tak?" Giliran Datin Saffiya pula membebel.

"Sampai hati mummy dah tak nak jaga Naz" Nazri acah-acah menangis.

"Huh. Tak payah nak berdrama sangat la Naz. Dah tu, nak tunggu umur berapa baru nak kahwin? Ke kamu ni gay?"

"Mummy! Apa mummy cakap ni?"

"Ye la, kamu tu dari kecil sampai ke besar, kawan dengan lelaki je. Nak kata kawan perempuan, dengan anak mak ngah pun kamu elak."

"Dah anak dia tu gedik sangat"

"Mulut kamu ni. Patutlah takde perempuan nak. Suka suki je kutuk orang."

Nazri teringat kejadian siang tadi. Kelakar pula bila dia ingat wajah gadis itu bila dikatakan flat. Merah padam, tapi masih cantik.

Tanpa disedari, Nazri mengukir senyum.

Datin Saffiya menyiku perlahan bahu suaminya.

"Bang, tengok tu. Dah kenapa senyum kambing tu?" Bisik Datin Saffiya lagi.

"Ha Naz. Dah kenapa senyum cam kambing tu? Ada la tu agaknya girlfriend dia"

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now