13

599 27 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~13~~~~~~~~~~~~~~~

Let's not fall in love, we don't know each other very well yet
Actually, I'm a little scared,
I'm sorry

•°•°•°•°•°•

"I nak mandi pool. You nak ikut tak?" Ujar Nazri.

Memandangkan kerja mereka dah selesai, Nazri ingin berehat di suite saja petang itu. Esok pagilah dia bawa Hana snorkeling.

"Nak, tapi you pergi lah dulu riri. Nak tukar baju jap"

Nazri hanya mengangguk. Kaki dihayun menuju ke private pool. T-shirt ditanggalkan sebelum dia terjun ke dalam pool.

Segar rasanya dapat berendam dalam kolam selepas berjalan ke tapak project pagi tadi. Rasa dah tak mahu keluar bilik. Cuaca panas disini agak berbeza membuatkan Nazri cepat penat.

Nazri mencapai iPhone nya sbelum membuat panggilan video dengan mummynya.

"Assalamualaikum mummy" wajah ceria Datin Saffiya terpampang di skrin iPhone Nazri

"Waalaikumussalam Naz. Tengah buat apa tu?"

"Naz tengah berendam dalam pool ni. Mummy ngan baba sihat?" Nazri menyelak sedikit rambut yang terjuntai di dahinya.

"Sihat. Kamu berdua dah selesai ke kerja kat sana?"

Tanpa Nazri sedari, Hana sudah berada di belakangnya. Hana melihat Nazri yang sibuk bervideo call dengan Datin Saffiya.

"Eh Hana!" Ujar Datin Saffiya.

"Mummy! I miss you" ujar Hana. Tangan Hana melingkar di leher Nazri dari belakang.

Terkejut Nazri dengan perlakuan Hana namun mukanya cool saja. Nazri menelan liurnya.

"Me too Hana. Best tak dekat Tioman tu? Naz bully Hana tak?" soal Datin Saffiya.

Nazri mengerutkan dahi. 'Siapa buli siapa sebenarnya ni? Aku yang kene buli ada lah' rungut Nazri.

"Hmm jap Hana fikir" Hana buat-buat berfikir sambil memandang Nazri dari sisi. Datin Saffiya ketawa kecil. Lucu melihat interaksi Hana dan Nazri.

Nazri buat muka tak puas hati. 'kau jangan nak tipu ea Hana. Kau yang bully aku'

"Takde pun mummy, Naz tak bully dia pun. Dia yang bully orang ada lah." Ujar Nazri sebal.

Hana ketawa melihat perangai Nazri yang tiba-tiba cemas itu. Dasar anak tunggal. Takut kena marah dengan mummy lah tu.

"Hahahaha, takde la mummy. Riri tak bully Hana pun."

Pipi Nazri dicubit sedikit. Makin tajam jelingan Nazri. Hana memang sengaja menguji kesabaran dia.

"Hmm okay lah kalau macam tu, mummy tak nak ganggu your sweet time. Nanti kita borak lagi. Bye darlings" ujar Datin Saffiya.

Flying kiss dilayangkan sebelum talian dimatikan. Datin Saffiya lega melihat progress Hana dan Nazri. Nampak lah mereka rela berkahwin.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now