25

684 24 0
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~25~~~~~~~~~~~~~~~

I will smile if I see you as if nothing happened
For you
I'm okay with being hurt
Since I only gave you pain during the time we were together

•°•°•°•°•

"Han, you pergi mana?" soal Nazri apabila melihat kelibat Hana yang baru sampai ke villa.

Hana diam, dia tak mampu berdepan dengan Nazri. Dia bukan tak percayakan Nazri, cuma dia keliru dan serabut.

Tadi, sebaik saja dia bangun dari tidur, Datin Hania menyuruh pemandu keluarga mereka menghantar Hana pulang ke villa. Dengan alasan, Datin Hania akan tidur di rumah Halisya.

Hana akur. Dia tahu, itu hanya alasan dari mamanya.

"Han, I tanya. You pergi mana?" soal Nazri lagi. Tangan Hana dicapai supaya mendekatinya. Hana kaku.

"Han. I tanya, you pergi mana? I called you many times, sent you messages but no reply. I risau tahu tak?" Suara Nazri berubah tegas. Mata Hana dipandang sedalamnya.

Hana yang tak mampu mengelak pandangan Nazri, membalas pandangan itu dengan mata yang berkaca. Nazri tersentak melihat riak sedih di mata Hana.

"Han, you okay ke tak ni?"

"I...I jumpa ibu Uwais" balas Hana lambat- lambat.

"Kenapa tak angkat call I? I was so worried" badan Hana ditarik dalam pelukan. Hana tidak membalas.

"Ri. Is there something you wanna tell me?" soal Hana dengan suara yang bergetar. Bibir diketap rapat menahan rasa.

"Something?"

"Ye.. apa yang jadi pada you 3 tahun lepas?" soal Hana. Nazri terpana. Dia tak tahu apa yang patut dia jawab pada Hana.

"Please, Ri. Jujur dengan I" Mata Nazri dipandang. Nazri tidak membalas buat seketika.

Hana menarik Nazri agar duduk di sofa. Dia perlu dengar penjelasan dari Nazri. Dia tak mahu buat keputusan yang bodoh dan menghancurkan hati mereka berdua.

"Ri" panggil Hana lagi. Tangan Nazri digenggam.

"I kenal Uwais Hanafi. He involved in an accident. I pun terlibat dalam accident tu. Tapi.." Nazri mati kata. Dia mengerling sedikit pada Hana, mahu melihat reaksi isterinya.

Hana menekup mulutnya. Terkejut dengan pengakuan Nazri. Hana melepaskan pegangannya pada Nazri.

"Han. I..."

"Riri. I rasa I tak nak dengar semua ni"

"Han, dengar explanation I dulu. Please Hana" bahu Hana diraih.

"Kenapa tak bagitahu I, awal-awal? Ri, you tak percayakan I ke?" soal Hana. Dia tak tahu perasaan apa patut dia rasakan sekarang.

"I'm afraid, Han. I tak nak kehilangan you" ujar Nazri pula.

"Then, do you still think I'm gonna be with you after knowing the truth from others? You ingat I akan tinggalkan you sebab you jujur dengan I?" Nazri mengangguk

"Ri, you tahu apa yang I rasa?" soal Hana.

Nazri menggeleng, dia tak mampu membalas pandangan Hana.

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now