9

582 29 1
                                    

~~~~~~~~~~~~~~~~9~~~~~~~~~~~~~~~

You’re the one who made me live,
Like a midsummer night’s dream

•°•°•°•°•°•

"Hanif, please notify finance untuk hantar full statements pasal projek dekat Sungai Buloh. I nak within today."

Hanif, PA Nazri mengangguk sambil tangannya sibuk mencatat info dari Nazri.

"Encik Nazri, harini schedule clear. No appointments for this week buat masa ni."

"Okay, thanks Hanif. Off you go"

Hanif keluar dari office Nazri. Dia kembali ke mejanya di depan pintu bilik CEO.

Tok,tok. Meja Hanif diketuk.

"Naz ada?" soal Dariel.

"Encik Dariel. Boss ada kat dalam. Masuk je, rasanya dia tak busy."

"Thanks" Dariel menolak pintu tebal itu.

"Wassup bro!" Sapa Dariel.

"Bro! Asal datang tak bagitahu?"

"Aku dari site tadi, alang-alang tu nak singgah la sini. Nak tengok muka pengantin baru ni. Apa cite?"

"Cerita apa? Macam biasa lah. Dah kahwin, tidur dah berteman. Macam lah kau tak tahu." Ujar Nazri selamba.

Dariel menarik kerusi di depan meja kerja Nazri sebelum melabuhkan punggung. Office member dia, suka hati dia lah.

"Memang tak tahulah bro. Aku ni tak kahwin lagi. Ingatkan nak try la budak-budak office kau ni. Mana tahu sangkut dengan PA ke. Last-last, PA kau lelaki. Hampeh"

Dariel pelik dengan Nazri. Dari zaman mereka university, memang Nazri tak pernah rapat pun dengan perempuan. Circle nya hanya lelaki.

Sampaikan PA pun lelaki. Rare betul.

"Hanif tu cekap. So why not aku ambil dia jadi PA? Lagipun, senang lah aku nak berurusan. Tak lah kekok"

Sejujurnya Nazri tak benci perempuan pun, cumanya dia tak selesa. Mungkin kerana kebanyakkan perempuan yang cuba mendekatinya disebabkan status saja.

Lain lah kalau Hana. Nak gedik dengan dia pun, Nazri tak kisah.

"Asal sengih? Ingat bini la tu. Gedik kau ni, isteri kau kerja sini je pun. Kemain sampai gila bayang."

"Orang single memang perangai macam ni ea? Jealous ke Dariel oiii?"

"Pigidah. Aku bukan forever alone okay, cuma belum sampai seru. Kau tu pun, nasib baik auntie Saff yang kenenkan, kalau tak tua bangka baru kahwin."

"Well, restu parents tu paling penting. Kau pergilah minta auntie Min carikan."

"Chup chup chup. Memang tak lah. Aku pun kalau boleh nak elak. Ibu aku tu bukan boleh bawa bincang, ada ke patut dia kenenkan aku dengan perempuan kaki clubbing. Gila. Aku rasa aku nak minta mummy kau lah punya cadangan. Tengok Hana tu, elok je."

MR. SWEET MILIK HANA ✔️Where stories live. Discover now