AKU membuka mata setelah tiada lagi silau. Aku terkebil-kebil memandang sekeliling.
Ada meja. Kerusi. Papan putih. Muka-muka yang familiar pun ada.
Okay, sah aku ada dekat kelas sekarang.
"Aku bermimpi lagi ke?" ucapku seorang diri.
Aku pandang Haura dan Afiqah yang baru pulang dari kantin. Mereka bergelak tawa di hadapan kelas.
Aku bangun lalu keluar kelas. Haura dan Afiqah yang memanggil aku abaikan. Tandas dituju.
Aku mengunci pintu tandas. Kemudian aku bergerak dari satu kubikel ke satu kubikel untuk memastikan tiada sesiapa berada di dalam tandas.
Senyum kecil aku tarik apabila menyedari tiada sesiapa di situ. Aku membasuh muka. Kemudian lap menggunakan tisu yang aku bawa.
"Baru nak usyar siapa yang sambut aku tadi tup tup dah pengsan dulu," omel aku.
Tanganku genggam lalu cermin ditumbuk kuat. Wajahku yang terpantul di cermin, aku renung.
"Kalau Hana pakai baju sejuk tadi. Tak adanya aku akan pengsan,"
"Eh tapi kalau aku pakai baju sejuk, aku takkan pengsan. Dan aku takkan jumpa dengan orang yang sambut aku,"
Sesaat kemudian, aku mengerutkan dahi.
"Dah kenapa dengan aku ni? Mimpi je kut. Bukannya jumpa betul-betul pun,"
Aku meraup muka sebelum mengeluh kuat.
"Auch!" Aku mengusap tanganku yang sakit akibat menumbuk cermin tadi.
"Haa tulah acah sangat nak tumbuk cermin macam dalam movie. Kan dah kena," Aku membebel kepada diri sendiri.
Bunyi ketukan pada pintu tandas buat aku tersentak. Lupa pula masa rehat dah habis. Pasti ramai yang nak gunakan tandas bagi melepaskan hajat tak pun membetulkan tudung.
Sebelum aku membuka pintu, bentuk tudung aku betulkan. Setelah berpuas hati, barulah aku memulas tombol pintu. Sebaik terkuaknya pintu, aku disapa dengan muka-muka menahan marah pelajar perempuan yang ingin ke tandas. Aku tersengih kemudian berlalu pergi dengan selamba.
•••
"APA kau cakap?"Tersembur air yang baru diminum oleh Afiqah. Aku dan Haura menjelingnya tajam. Nasib tak kena kat aku.
"Kau mimpi masuk dalam badan orang lain?"Haura menghulur tisu pada Afiqah.
Aku mengangguk laju.
Dan anggukan aku itu disambut dengan tawa besar.
Aku menarik muka. Mataku kecilkan memandang mereka.
"Kenapa korang gelak? Aku tak rasa mimpi aku tu lawak,"
"Lawaklah kalau kau mimpi termasuk dalam badan orang lain,"ujar Afiqah.
"Entah. Benda itu mengarut je. Cuma jadi dalam movie je," sokong Haura.
"Suka hati koranglah nak percaya ke tak nak,"
Aku tunduk memandang buku. Nak sambung buat latihan Sejarah yang diberikan oleh cikgu. Mereka juga ikut tunduk pandang buku saat cikgu sudah menjeling ke arah meja kami.
"Aku rasa apa yang kau cerita itu bukan benda yang biasa," ujar Haura perlahan. Lebih kepada berbisik sebenarnya.
"Tapi kenapa kau gelak?" soalku tak puas hati.
"Sebab aku fikir kau main-main tadi,"
Pantas aku melayang sebuah penumbuk pada bahu kanannya.
"Auch! Sorry lah. Bukan aku sengaja pun," Haura menggosok bahunya yang sakit.
"Hm, yalah,"
"Haa! Nah," Haura hulur sebuah kad pada aku.
"Apa ni?" Aku mengerutkan dahi hairan.
"Aku rasa kau patut pergi cari kerja kat situ. Dekat dengan rumah kau. Senang nak ulang alik," ujar Haura.
Pantas aku menolak semula kad itu kepadanya. Terbantut sudah niat aku ingat membaca apa yang tertera diatasnya setelah mendengar penjelasan Haura.
"Kau ambillah balik. Aku tak nak,"
"Eh? Simpanlah," Haura menolak kembali kad kepadaku.
"Tak apa. Aku selesa dengan kerja aku sekarang ni," balasku sambil tersenyum nipis.
"Eh kau ni. Aku suruh simpan tu simpan ajelah," Haura jegilkan mata.
Malas mahu memanjangkan perbualan ini, aku mengambil keputusan untuk menyimpan sahaja kad tersebut.
•••
MALAM itu, selepas habis kerja aku tidak pulang ke rumah terus. Aku mahu pergi ke perpustakaan untuk melakukan carian tentang apa yang berlaku kepada aku sekarang. Bas yang aku naiki sudah melepasi kawasan rumahku. Aku hanya memandang kosong ke luar tingkap. Aku tahu ibu dan ayah akan marah kalau aku balik lambat tapi aku tetap takkan menukar fikiran.
Selepas beberapa ketika, bas pun berhenti di perhentian bas yang berhampiran dengan perpustakaan. Aku turun dari bas.
Perpustakaan di hadapan aku ni antara perpustakaan yang popular dalam kalangan pelajar sekolah seperti aku. Tapi malam-malam macam ni memang jarang orang ke perpustakaan. Nampak sunyi je tempat ni. Tali beg tote yang disangkut pada bahu aku genggam kuat sebelum mula melangkah masuk ke dalam perpustakaan.
Seperti yang kusangka, tak ramai yang berada di perpustakaan tika ini. Cuma ada beberapa orang pelajar sedang menelaah di satu sudut. Mungkin mereka buat study group.
Aku mengatur langkah ke rak buku. Mataku sibuk mencari buku yang berkaitan dengan mimpi. Manalah tau ada, kan?
Aku pernah search dalam google tapi semuanya tak ada kaitan dengan apa yang terjadi pada aku.
Bila nampak je perkataan mimpi pada kulit buku terus aku ambil. Adalah dalam tujuh ke lapan buku aku ambil sebelum aku buat keputusan untuk duduk di hujung rak. Tempat tu terlindung sikit dari orang.
Aku menyelak satu persatu helaian muka surat buku itu. Mencari sesuatu yang berkaitan dengan mimpi aku. Mana tahu ada info berguna, kan?
Sudah hampir satu jam aku duduk di sini. Tapi selama satu jam tu aku langsung tak jumpa apa-apa. Dahlah banyak buku aku ambil, tapi satu pun tak bercakap pasal benda aneh yang jadi kat aku. Pasal lucid dream adalah. Tapi, apa yang aku alami ni lucid dream ke?
Aku melepaskan keluhan berat. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. Hm, dah pukul 11.
Perlahan-lahan aku bangun dari duduk. Buku-buku yang aku ambil tadi aku susun semula di tempat asal.
Nampaknya esok aku kena cari lagi. Aku takkan putus asa sehingga aku jumpa maksud di sebalik semua yang berlaku pada aku.
YOU ARE READING
disebalik mimpi。
Fantasy/on going/ Berkenalan dalam mimpi? Memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran. Aku langsung tak kenal dia. Dan dia pun tiba-tiba muncul selamatkan aku. "Lain kali jangan main lari je dekat tengah jalan! Kau nak mati ke?!" Dia nampak begitu...