AKU terjaga dari tidur. Dadaku berombak laju. Peluh membasahi dahiku. Rasa penat bukan main. Padahal aku baru je bangun dari tidur. Tapak kakiku dipenuhi luka kecil. Nampak macam kesan berjalan dengan berkaki ayam. Lenganku juga ada sedikit calar.
Tapi semua itu bukanlah perkara yang penting sekarang ni. Sekarang ni aku patut fikirkan tentang mimpi tadi.
Entah kenapa pelik sangat mimpi malam ni. Aku jumpa seseorang yang mengaku dirinya berasal dari realiti dan termasuk dalam badan orang lain sama macam aku.
Okay. Itu memang pelik. Macam-macam persoalan yang timbul dalam benakku. Terasa seperti benar-benar berlaku.
"Jangan bangun lagi!"
Mata aku membulat saat aku tersedar sesuatu.
"Eh! Sekejap. Itu ke maksud Haikal tadi?"
Perlahan-lahan aku mula hadam kata-kata terakhir Haikal sebelum aku terjaga dari mimpi.
Aku baru perasan, setiap kali aku nak bangun mesti aku akan rasa pening dan pengsan. Tak pun tiba-tiba je pandangan aku jadi kabur kemudian aku tak nampak apa-apa dah. Bila buka mata dah ada atas katil dalam bilik aku.
"Hmm, jadi tu la tanda-tanda aku nak terbangun," gumamku.
"Patutlah dia gelabah semacam tadi," ujarku lagi. Aku pantas bangkit dari katil dan menuju ke tandas bagi membersihkan diri.
•••
PINTU kelas dikuak perlahan. Aku jenguk ke dalam. Hm, Haura dan Afiqah tak datang lagi.
Aku melangkah masuk ke kelas dengan langkah longlai. Baru ingat nak tanya Haura dan Afiqah pasal mimpi aku malam tadi, tapi mereka tak datang lagi.
Hm, terpaksa tunggulah gamaknya.
Aku mengulangkaji pelajaran sementara menunggu rakan karibku sampai.
Sepuluh minit kemudian,
"Hello, world!" terjah Afiqah di pintu masuk kelas. Aku hanya memandangnya sekilas sebelum kembali fokus ke arah buku.
"Eh! Sikitnya," Afiqah sedikit hairan melihat bilangan pelajar yang baru datang.
"Satu, dua tiga, empat, lima... aik aku datang awal sangat ke ni? Baru lima orang sampai?" Afiqah mengerling jam di tangan.
"Afiqah! Sini kejap!" panggilku. Malas nak menunggu dia selesai bercakap seorang diri.
Afiqah menghampiriku. "Ha, ada apa?"
"Dekat sikit,"
Afiqah membongkokkan badannya ke arahku.
"Haa, dengar eh cerita aku. Semalam, aku mimpi masuk dalam badan orang lain lagi lepastu aku- Auch! Hish apa kau ni?"
Aku mengusap bahuku yang ditepuk kuat oleh Afiqah. Mataku kecilkan memandangnya.
"Pagi-pagi buta lagi kau dah mengarut. Dahlah aku nak tidur," ujar Afiqah lalu terus duduk di tempatnya. Dia melipat lengannya di atas meja lalu meletakkan kepala di atasnya. Afiqah memejam matanya.
Aku mengeluh perlahan. Nampaknya dia tak percaya.
Beberapa ketika kemudian, kelibat Haura mula kelihatan. Sebaik sahaja Haura melabuhkan duduknya, aku terus memulakan bicara.
"Haura, tahu tak semalam-"
"Kejap! Simpan dulu cerita kau. Aku nak pinjam buku math kau. Aku tak siap lagi ni," kata Haura. Dia menghulurkan tangannya meminta buku.
Aku melepaskan keluhan sekali lagi. Tanganku menyeluk ke bawah meja lalu mengeluarkan buku tulis matematik. Tanpa berlengah, Haura terus mengambil buku itu daripada aku. Dia fokus menyiapkan kerja sekolahnya.
Aku mengeluh perlahan. Tak apalah. Mereka bukannya nak percaya pun kalau aku cerita.
Aku menoleh sekilas jam di tangan. Masa berbaki lima belas minit lagi sebelum kelas bermula. Aku mengambil keputusan untuk keluar bersiar-siar di luar kelas.
•••
AKU memejamkan mata. Menikmati udara pagi yang menyapa pipi. Aku mencelikkan mata semula. Bunga-bunga yang ditanam oleh Pak Atan menyapa pandanganku.
Tenang sikit hati aku bila duduk kat taman ni. Serabut otak aku fikir pasal mimpi malam tadi. Logik ke kalau tu mimpi tapi sakitnya kekal sampai ke dunia realiti?
Aku membuka kasut dan stoking. Perlahan-lahan aku mencabut plaster pada tapak kaki. Tangan naik mengusap luka pada tapak kaki itu.
"Auch," aduhku. Sakit.
Aku mahu menampal semula plaster itu tetapi ada satu tangan yang menghalang aku.
Aku mengangkat muka memandang empunya tangan itu. Haura.
"Kenapa dengan kaki kau ni?"
"Oh, em tak ada apalah," ujarku.
Haura melabuhkan duduk di atas bangku ini. Dia menunduk untuk melihat tapak kaki aku yang penuh luka kecil.
"Macam mana boleh jadi macam ni? Kau jalan tak pakai kasut ke?"
Aku hanya tersengih supaya Haura tak syak apa-apa. Kalau Haura pun nampak luka ni mungkin betul kata Haikal yang aku boleh mati kalau kena langgar kereta dalam dunia mimpi.
"Eh, dia ni sengih pulak. Dah pakailah kasut kau. Kita kena masuk kelas dah ni. Aku datang sini sebab nak panggil kau bukan nak melepak," bebel Haura. Dia bangkit berdiri.
"Yalah,"
Aku baru ingat nak ponteng kelas pagi ni tapi aku lupa Haura ni memang takkan biarkan kawannya ponteng kelas sesuka hati. Kalau nak ponteng pun kena ada alasan yang munasabah. Dah macam cikgu dah dia ni. Aku lagi takut kena marah dengan Haura dari dengan cikgu.
"Oi, berangan. Pakai kasutlah Aira," Haura mencekak pinggang.
"Ya ya," Aku cepat-cepat menyarungkan kasut.
Usai itu, kami berdua beredar dari taman sekolah. Dan seperti yang aku jangka, kami didenda kerana lambat masuk dalam kelas.
Hm, mengarut je semua ni dahlah aku paling awal datang sekolah lepas tu kena denda sebab lambat masuk kelas. Apalah nasib aku ni.
YOU ARE READING
disebalik mimpi。
Fantasy/on going/ Berkenalan dalam mimpi? Memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran. Aku langsung tak kenal dia. Dan dia pun tiba-tiba muncul selamatkan aku. "Lain kali jangan main lari je dekat tengah jalan! Kau nak mati ke?!" Dia nampak begitu...