"CATH! KENAPA TAK PAKAI BAJU PENGANTIN LAGI?" Jerit May.
Kejap. Apa?
Aku menunduk memandang pakaianku. Oh! Betullah aku tak pakai baju pengantin lagi. Dah makeup, pakai tiara tapi tak pakai baju pengantin lagi. Apa nak jadilah dengan wedding Cath ni. Pelik-pelik je. Nasib bukan wedding aku.
Aku cuma mampu kaku memerhati semua orang cuba membantuku memakai baju pengantinku. Dah kalau semua nak tolong, apa je aku boleh buat?
"Okay. Siap!" Emma menghela nafas lega.
Ting! Tong!
Sekali lagi loceng pintu berbunyi. Seorang wanita tua yang bergaya seperti datin diva mengintai ke luar menggunakan lubang kecil pada pintu.
Dia membuka pintu beberapa ketika kemudian. Seorang wanita yang memakai gaun berwarna biru muda melangkah masuk. Ayu dan lemah-lembut je dia.
"Kenapa tak turun lagi? Majlis dah nak mula ni. Turun cepat!" ujar wanita itu sambil mencekak pinggang.
Err.. okay aku tarik balik kata-kata aku tadi. Garang betul dia.
Maka dengan itu, ruang pintu itu sudah penuh akibat dikerumuni oleh ahli keluarga Cath yang mahu keluar. Okay. Aku tak tahu diorang siapa. Aku cuma anggap mereka ahli keluarga Cath sebab bila fikir logik nak kahwin kan? Mestilah kena ada keluarga dan saudara mara.
"Cath! Tak nak keluar ke?" ujar May yang sudah pun berjaya keluar.
"KEJAP KENAPA SEMUA KELUAR NI? BAGI PENGANTIN DULULAH," marah seorang wanita yang berada berdekatan pintu.
Haih, kecohnya wedding Cath ni.
Setelah beberapa minit, semua orang telah pun keluar dari bilik. Kini, kami berada di dalam lif untuk ke lobi. Aku dengar sekarang kena pergi gereja yang terletak di sebelah hotel ni.
Aku memejamkan mata. Pening. Aku tak boleh naik lif ni. Rasa nak muntah je.
Baru beberapa saat aku pejam mata,aku terdengar bunyi bising. Seperti suara orang ramai sedang bersorak.
Mata aku celikkan. Terkejut aku bila melihat ada seorang lelaki asing di sebelahku. Lelaki itu tersenyum lebar memandangku.
Tangan lelaki itu didepa seperti mahu memeluk pinggangku. Cepat-cepat aku menapak setapak ke belakang. Mataku dijegilkan ke arah dia. Lelaki itu tidak berkata apa-apa malah dia ketawa kecil melihat reaksiku.
"Sayang malu eh?" sakatnya. Aku menjeling dia tajam.
Dan tiba-tiba, aku terasa tangan dia di pinggangku. Tindakan refleks aku terus memusingkan tangannya buat lelaki itu terjerit kecil. Tak cukup dengan itu, aku menyiku pula perutnya.
Lelaki itu tertunduk sambil tangan memegang perutnya. Aku memandang kosong lelaki itu yang sedang berkerut-kerut dahi menahan sakit.
Aku melihat sekeliling kerana suasana yang bingit tadi yang tiba-tiba bertukar senyap. Aku seakan baru tersedar.
Sejak bila aku ada dekat sini? Seingat aku kali terakhir aku berada dalam lif. Pelik sungguh dunia mimpi ni. Pejam mata sekejap je tiba-tiba dah ada dekat tempat lain.
Sempat aku membuat analisa tempat aku sekarang ni.
Okay. Aku rasa aku berada dalam dewan dan semua orang sedang duduk terkejut dengan apa yang baru berlaku. Yalah, aku baru saja siku 'suami' aku tadi. Mestilah diorang terkejut.
Dan tanpa berfikir panjang, pantas kaki diatur ke pintu keluar. Tak kisahlah pasal wedding Cath ni bukan aku yang kahwin pun. Baik aku lari.
Gaun pengantin yang labuh ini menyukarkan aku untuk berjalan. Terpaksa angkat bila nak berlari. Sampai sahaja di luar hotel, aku masuk ke dalam bas yang berada di seberang jalan.
YOU ARE READING
disebalik mimpi。
Fantasy/on going/ Berkenalan dalam mimpi? Memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran. Aku langsung tak kenal dia. Dan dia pun tiba-tiba muncul selamatkan aku. "Lain kali jangan main lari je dekat tengah jalan! Kau nak mati ke?!" Dia nampak begitu...