KEPALA aku terasa berat bagai ada sesuatu diletak di atasnya.
"Sekarang cik boleh buka mata,"
Aku mengikut arahannya tanpa mengetahui apa yang terjadi pada aku sekarang ini.
Alangkah terkejutnya aku apabila yang menyapa pandangan aku ialah cermin yang memantulkan wajah orang lain.
Rupanya benda yang berat di atas kepalaku tadi adalah tiara. Entah mengapa terasa berat walhal dah biasa pakai tudung. Eh sekejap hari ni aku masuk dalam badan orang non-muslim lagi ke?
Aku mengeluh. Penatlah macam ni. Aku kekok gila tak pakai tudung tau.
"Kenapa? Cik tak suka ke?" Seseorang yang sedang menyusun barang mekap di sebelahku bertanya.
Aku pantas menggeleng laju.
"Taklah. Saya suka,"
Apa yang aku boleh buat sekarang ni cuma mengikut sahaja apa yang berlaku. Kalau diceritakan pun bukannya orang di sini nak percaya.
Aku sudah lali dengan semua ini. Apabila aku mula menutup mata, pasti aku akan masuk ke alam mimpi dan di sinilah aku. Setiap hari pasti aku akan masuk ke dalam badan orang lain. Tetapi yang menariknya, setiap orang itu pasti berbeza-beza. Tak kiralah jika aku tidur pada waktu petang mahupun malam pada hari yang sama.
Kadang-kadang seronok juga. Buat masa ni aku tak ada masalah lagi dengan kehidupan empunya badan-badan ni. Semuanya indah dan lancar perjalanan hidupnya. Sampai aku sendiri pun cemburu. Tapi sekurang-kurangnya aku dapat merasa sedikit kehidupan diorang tu.
"Saya? You cakap apa tadi?"
Suara gedik menyapa halwa telingaku sekaligus menghentikan lamunan aku.
Dahi aku berkerut. Dah kenapa pula cakap saya pun salah ke? Atau pada asalnya empunya badan ini menggunakan I, You sebagai kata ganti nama diri?
"You ni peliklah," Gadis yang menyapa aku tadi menghalau jurumekap dan melabuhkan duduk disebelahku.
"Kenapa you cakap I pelik?" balasku dengan kekok.
Seorang Aira tak pernah bercakap guna I, You. Tengok, sekarang pun macam nak berbelit lidah aku ni.
"Hm, tak ada apa-apalah. Mungkin you cuma nervous nak kahwin kot," katanya sambil sibuk memilih nail polish.
"WAIT WHAT? KAHWIN?" Aku menahan lengannya daripada membelek nail polish itu.
"Ish you ni. Kenapa you nak terkejut sangat ni? Semalam bukan main gembira lagi," Dia mengerutkan dahi tanda hairan.
"Oh! Ya eh?" Pantas aku melepaskan lengannya.
Aira, Aira. Inikan hidup dia. Jangan rosakkan hari perkahwinan orang lain pula. Behave, Aira.
"Hehe. I lupalah," Aku menggosok belakang leher.
"Hurm, you ni macam bukan Cath je. Pelik betul perangai you hari ni,"
Aku tersentak mendengar kata-kata gadis itu. Aku tak pasti dia ni siapa pada Cath tapi nampaknya dia merupakan seseorang yang rapat dengan empunya badan ni. Aku kena lebih berhati-hati agar tiada sesiapa yang perasan yang Cath bukan lagi dia.
"Lawa jugak nama aku. Tapi memang nama penuh aku Cath ke?"kataku cukup sekadar aku yang mendengarnya.
"Apa you cakap?" Gadis itu mengangkat kepala dari memandang jarinya yang sedang digilap oleh jurumekap tadi.
Suka hati dia je nak memaksa jurumekap tu menggilap kukunya. Bukan aku tak nampak cara dia layan jurumekap itu tadi. Divanya bukan main. Sudahlah tadi dia halau jurumekap tu dari tempat duduk dia.
"Mana ada I cakap apa-apa. You salah dengar kot," balasku.
"Tengok ni! Lawa kan?" tanya gadis itu sambil menyuakan kukunya yang sudah digilap.
Aku mengangguk tanpa melihatnya.
Aku asyik memikirkan siapa bakal suami Cath ni. Dan mengikut pemerhatian aku, sekarang kami berada di sebuah bilik hotel yang mewah.
Dah agak dah mesti kaya Cath ni. Atau mungkin bakal suami dia yang kaya sebenarnya.
Entah bilanya majlis bermula. Aku syak diorang ni semua kristian. Banyak kali mata aku menangkap tanda salib di sini. Sama ada dipakai pada rantai mahupun atas meja solek ni.
Tak masuk lagi aku ternampak botol arak di atas meja bulat di tengah-tengah bilik ini. Ada juga yang lengannya terdapat tatu.
Pemandangan macam ni buat aku teringat cerita Inggeris yang selalu ditayangkan di televisyen.
Ting! Tong! Ting! Tong! Ting! Tong!
Bunyi loceng pintu bilik hotel yang nyaring bertalu-talu kedengaran. Ni yang buat aku rasa nak tampar orang yang tekannya banyak kali. Siapalah manusia bertuah tu agaknya?
"Cath! Emma!"
Kami berdua menoleh ke arah pintu. Kelihatan ada seorang gadis sedang berlari ke arah kami. Dahi aku berkerut. Siapa pulak ni? Manusia bertuah tu ke?
"May! Come here!" jerit gadis di sebelahku yakni seseorang yang bernama Emma.
"May?"
Dalam kepala aku sudah mula memikirkan tentang beberapa perkara yang mengarut. Contohnya macam aku terfikir siapa nama adik May. Mungkin June? Lepas tu aku terfikir jugak, kakak dia mungkin bernama April.
Ya, tahu merepek. Sebab tu aku kata benda ni perkara yang mengarut.
"Mana adik you? June tak datang ke?" tanya Emma. Dia mahu memeluk May tapi May menahan dan buat muka geli.
Aku ternganga sekejap apabila tekaan aku betul. Tak sangka dia betul-betul ada adik nama June.
"Tak. Dia kata dia kena serang dengan zombie,"
Dahi aku berkerut. Apa ni? Zombie?
"Kejap dia masih main game tu lagi ke?"
Tanpa perlu aku meneka jawapannya, Emma sudah menjawab teka-teki dalam kepala aku.
"Ya. Rasanya I kena campak phone tu dari tingkat tiga kot baru dia nak berhenti," balas May.
"Eh you all dah siap ke? Kenapa you masih nampak pucat?" sambung May. Dia meletakkan tas tangannya di atas meja solek.
"Mana ada. I memang dilahirkan putih macam ni," kataku dengan bangga.
Ceh, pinjam badan orang ada hati nak kata diri tu lawa. Tapi tak dinafikan yang Cath mempunyai paras rupa yang menawan. Kalau nak dibandingkan dengan rupa aku, rasanya kentang lagi lawa kut.
Tiba-tiba ada seseorang yang menghentak meja kopi.
Kami semua yang berada di bilik ini memandang dia hairan. Buang tebiat ke dia? Tiba-tiba je hentak meja.
"You ni dah kenapa?" soal seorang wanita yang aku rasa merupakan mak cik Cath ni.
"I baru dapat call tadi. Dia kata majlis mula lagi 20 minit,"
Mendengar kata-kata gadis muda itu membuatkan semua orang di dalam bilik ini menggelabah.
Allahu. Apa ni?
Majlis mula lagi 20 minit kut kenapa nak gelabah sangat?
"CATH! KENAPA TAK PAKAI BAJU PENGANTIN LAGI?" Jerit May.
Kejap. Apa?
![](https://img.wattpad.com/cover/273281963-288-k758692.jpg)
YOU ARE READING
disebalik mimpi。
Fantasy/on going/ Berkenalan dalam mimpi? Memang tak pernah terlintas langsung dalam fikiran. Aku langsung tak kenal dia. Dan dia pun tiba-tiba muncul selamatkan aku. "Lain kali jangan main lari je dekat tengah jalan! Kau nak mati ke?!" Dia nampak begitu...