𝐛𝐢𝐬𝐤𝐮𝐭 🍪 [ 𝐫 ]

1.8K 102 41
                                    

NOTE : Ok, korang bayangkan lah dia orang ni umur 16 tahun dan dia orang duduk di asrama M.A.T.A

Faham kan?

Kalau tak faham, suka hati korang lah nak fikir apa-apa pun 😂😂

Kalau tak faham, suka hati korang lah nak fikir apa-apa pun 😂😂

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ting!

Bunyi oven kedengaran. Iman mengeluarkan biskut coklet chipnya dari oven. " Allhamdulilah, menjadi pun." Iman tersenyum riang. Entah kenapa hari ini dia tiba-tiba rajin hendak membuat biskut.

Biskut coklet chip tersebut diletakkan ke dalam satu bekas. Iman mula mengemas pantry dan terus pergi ke dormnya.

" Iman, kau buat apa lama sangat dekat pantry?" tanya Moon. Iman tersengih.

" Sorry Moon. Tadi saya buat biskut. Nak rasa?" Iman membuka penutup bekas tersebut lalu dihulurkan pada Moon.

Moon mengambilnya tanpa ragu-ragu.

" Fuhhh, sedap! Thanks Iman." kata Moon. Iman hanya mengangguk.

" Mana yang lain?" soal Iman. Selalunya ramai je orang dalam dorm ni. Riuh-rendah suasana! Tapi hari ni hanya dia, Moon dan Mika sahaja di dalam dorm. Moon sedang menonton drama kegemarannya. Manakala, Mika pula tidur!

" Neuro dan Tekno kan ada kelas extra hari ni." jelas Moon sambil menatap screen phone miliknya.

Iman hanya men'o'kan sahaja. Lupa pula, ejen neuro dan tekno ada kelas extra.

" Saya nak keluar sekejap ye." kata Iman. Dia menyarungkan tudungnya lalu terus keluar daripada dorm. Biskut yang dibuat tadi tidak lupa juga dibawa bersama-sama.

🍁

Iman berjalan-jalan di dalam kawasan academy. Tujuan asalnya adalah untuk berborak dengan kawan-kawannya selepas kelas sambil menikmati biskut yang dibuatnya tadi. Disebabkan kelas mereka masih belum tamat jadi Iman berjalan-jalan di sekitar kawasan tu je.

Tiba-tiba

BUKK!

Terjatuh iman dibuatnya. Siapa pula yang dia terlanggar ni? Iman mendongak ke atas.

Rudy!

" Erk s-sorry. Saya tak nampak tadi." kata Iman. Dia menunduk ke bawah.

Rudy membetulkan postur badannya.
"

Takpe, aku ok. Kau okay tak?" tanya Rudy, ringkas.

Iman memandang Rudy dengan pelik. Jejaka ini dipandang dari atas ke bawah. 'Berpeluhnya dia. Baru habis buat latihan simulasi ke tadi?' monolog Iman di dalam hati.

" Awak pergi berlatih eh tadi? Saya ada buat biskut sikit, nak?" tanya Iman. Dia menghulurkan bekas itu pada rudy.

Riak wajah Rudy tiba-tiba bertukar. Dia mendengus geram lalu berlalu pergi dari situ meninggalkan Iman keseorangan. Dah kenapa pula mamat landak ni?

𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞Where stories live. Discover now