𝐬𝐞𝐝𝐚𝐫 🌱 [ 𝐲 ]

929 66 43
                                    

SUATU hari yang tenang lagi nyaman di academy MATA

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUATU hari yang tenang lagi nyaman di academy MATA. Seorang lelaki berbaju hoodie bermundar-mandir di taman. Entah apa yang difikirkan sampai begitu sekali.

'mustahil aku boleh sukakan iman. aku tak percaya apa yang jet cakap!'

Pemikirannya serabut. Dia mendengus dengan kasar. Kenapa pula dia tiba-tiba berfikir pasal ni?
Peristiwa dua hari lepas mengimbas kembali.

F l a s h b a c k

Rudy sedang duduk di luang berlegar di arena bersama dengan yang lain. Matanya ini tak henti-henti memandang ke arah Moon, Iman dan Alicia yang sedang duduk berborak. Dia sendiri pun pelik dengan dirinya. Sejak kebelakangan ni dia selalu memandang Iman. Semasa misi lagi lah, keselamatan gadis itu selalu difikirkan. Dia sudah naik serabut dengan dirinya.

Jet dan Chris yang duduk di sebelah Rudy, sedar akan perbuatannya.

" Rudy, kau tengah usya orang ke?"

Soalan Jet yang straight foward itu membuatkan Rudy tersentak. Pandangan mata yang tajam diberikan pada ejen neuro itu.

" Merepek kau ni. Aku tengok pemandangan pun tak boleh ke?" ujar Rudy.

" Dari hari tu lagi kita orang perasan kau selalu termenung atau kau pandang seseorang? Siapa sebenarnya? Moon?" teka Chris.

Rudy memutarkan biji matanya. 'takde maknanya aku nak tengok si kepoh tak tentu hala tu.' ketus dirinya.

" Atau kau tengok Alicia?" soal Chris lagi.

Jet menyiku lengan Chris." Kau nak kena bunuh dengan Ali ke?" bisiknya.

" Bukan aku lah. Si Rudy ni!" ujar Chris sambil mengarahkan jari telunjuknya pada Rudy.

" Takde kerja aku nak tenung dia." bantah Rudy lagi.

Jet dan Chris berpandangan. Mereka tersenyum." Kalau macam tu kau tengok Iman lah kan?"

Rudy sudah naik angin." Kan aku dah cakap aku tak- ..."

Secara automatik otaknya mengimbas kembali nama gadis yang disebut Jet dan Chris tadi. Rudy mati kata. Otaknya tiba-tiba tidak berfungsi.

Jet dan Chris berpandangan lagi.

" So memang betul lah kau tengok dia?" tanya Jet sambil tersenyum sinis. Chris juga mempunyai riak wajah yang sama.

" Aku dah cakap, aku tak tengok sesiapa pun." bantah Rudy, dia menutup matanya dengan rapat.

" Eleh, nak kelentong pun agak-agak lah. Kita orang ni tak bodoh." kata Chris.

" Betul tu! Tapi kan, apa motif kau tengok dia? Kau .... pervert ke?"

𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞Where stories live. Discover now