" Oi, kau tercegat apa lagi dekat situ? Cepat lah! "
Mendengar sahaja laungan Rudy yang lantang dan jelas, Iman berjalan ke arahnya. Apabila berada di hadapan Rudy, Iman memandang wajah jejaka tersebut. Melihat pandangan mata yang tajam, Iman kembali memandang ke bawah.
" Kan aku dah cakap jalan dekat sebelah aku? Yang kau makin ke belakang kenapa?! " Rudy sudah naik geram. Baru je sebentar tadi dia suruh Iman ni berjalan di sebelahnya tapi makin kebelakang pula gadis ni!
Iman menunduk ke bawah. " M-maaf."
Rudy mendengus kasar. Dia menarik Iman ke sebelah kirinya. " Kau berjalan sebelah ni. Karang kalau tak sedar, tak pasal-pasal kena lenyek dengan kereta dekat tepi tu. Aku juga yang kena marah nanti."
Iman hanya menurut, tak nak lah Rudy marah dengan nya. Tapi Rudy memang marah pun tadi. Iman bukan apa, cuma ... dia rasa segan duduk di sebelah Rudy. Maklum lah berdua macam ni. Dia dengan Rudy pun bukannya banyak bercakap.
Iman menghelakan nafasnya. Dia mendongak ke atas dan memandang langit yang berwarna biru cerah dan juga dihiasi dengan awan-awan yang mendung. Iman tersenyum nipis, damainya suasana hari ni. Kalau lah dia bersama-sama dengan rakan nya di arena. Pasti seronok berlatih pada cuaca begini!
Tetapi itu lah apa yang diharapkan tidak tercapai. Sebaliknya Iman diarahkan untuk menjalankan misi penyamaran bersama Rudy. Hanya dapatkan bukti dan intel lepastu siap! Tak banyak pun tapi entah kenapa mentor mengarahkan dia dan Rudy untuk lakukan misi ini.
Kalau tak silap kali ini mereka akan pergi menyiasat tentang penyeludupan dan penjualan senjata dan gadget haram.
Iman memandang pakaiannya. Hmm, lain daripada biasa. Dia hanya memakai baju sweater besar yang mempunyai corak bunga daisy dan juga seluar longgar berwarna coklat. Cantik tetapi terlalu casual untuk jalankan misi. Generally, memang lah mereka tidak tahu identiti sebenar ejen bukan? Tetapi maklumlah nak menyiasat dan mendapatkan maklumat ni perlu lah nampak berbeza. Senang cerita kalau mereka dapat tahu tentang identiti Iman dan Rudy, penyiasatan ini tidak berhasil dan pasti mereka akan tahu dia orang ini dari MATA.
Mata Iman memandang Rudy. Jejaka itu pun kelihatan lain. Dengan cermin mata hitam, baju T-shirt berwarna putih, jacket pula berwarna hijau. Gaya rambut yang berlainan. Memang nampak berbeza. Sebelum ni kan pernah tengok dia pakai warna hitam and putih je. Tapi sekarang dah boleh tengok dia pakai warna lembut. Nampak macam soft boy pulak.
Kalau ikutkan penampilan mereka sekarang ni, dah macam nak keluar date bersama!
Rudy memandang Iman yang sedang tersenyum nipis itu. Dia memutarkan biji matanya. Malas lah nak layan. Entah apa yang minah tu duduk fikirkan.
Kenapa lah dia kena jalankan misi ni dengan Iman? Dia boleh lakukannya sendiri. Ini nak kena siasat lagi lepastu nak pastikan keselamatan Iman lagi! Erghh!
YOU ARE READING
𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞
Фанфик[ Ejen Ali fanfiction ] Imaginasi author yang merapu, khas untuk para RudyMan Shippers ( ͡° ͜ʖ ͡°) Warning : Cerita ni penuh dengan scene - scene cringe 🤡 Don't read if you despise cringe stuff. Hope korang enjoy (✿◠‿◠) 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 22.7.202 𝐄�...