☆ Actually love to hold hands and cuddles with Iman because it makes him feel calm and loved.
𝐭𝐡𝐞𝐦
IMAN memandang jam di dinding. Sudah masuk pukul 9 malam namun rudy masih belum balik ke rumah. Hati iman berdetik risau. Biasa nya kalau lewat sangat pun rudy akan pulang dalam pukul 7 macam tu.
Tapi iman faham. Kerja mereka ni tak menentu. Mungkin misi kali ini susah sikit.Baru sahaja Iman ingin ke dapur dia mendengar bunyi ketukan di pintu. Dengan laju iman berjalan ke arah tersebut lalu membuka pintu rumahnya. Kelihatan rudy sedang tersenyum dengan muka yang penat.
" Assalamualaikum."
" Waalaikumussalam." Iman memandang rudy. Setiap perinci dipandang dengan teliti untuk memastikan jika ada sebarang luka pada nya.
Satu keluhan yang lega keluar dari mulut iman apabila melihat rudy dalam keadaan yang baik.
" Ya allah nasib baik awak tak apa-apa. Risau saya tau tak!"
" Aku okay je." Rudy berkata sambil tersenyum nipis.
Iman menggelengkan kepala nya.
" Jom masuk. Mesti awak penat kan."Rudy mengangguk sahaja. Mereka berdua terus berjalan ke arah ruang tamu lalu duduk di salah satu sofa di situ.
" Awak nak air tak? Biar saya pergi ambil kejap." Baru sahaja Iman ingin bangun, tangan rudy terlebih dahulu menarik nya untuk duduk semula.
" Duduk je lah sini." Rudy berkata sambil menatap mata iman. Genggaman tangan nya masih belum dilepaskan.
Iman terpaku. Walaupun berasa pelik tapi dia menurut sahaja. " Ok, saya duduk sini je. Jadi misi hari ni macam mana?"
" Macam tu la." Rudy membalas dengan malas. Dia meletakkan kepala nya di atas bahu Iman.
Iman yang melihat perilaku rudy yang pelik itu terus bertanya. Selalu nya kalau macam ni mesti ada yang mengganggu fikiran rudy.
" Kenapa ni ? Ada apa-apa yang tak kena ke? Atau awak ada sakit dekat mana-mana?"
Bertubi-tubi soalan dilontarkan kepada Rudy. Namun satu pun tidak dibalas. Sebalik nya rudy tiba-tiba melilitkan tangan nya di pinggang Iman. Matanya terpejam rapat.
Perbuatan rudy yang secara tiba-tiba itu membuat Iman terdiam.
" Boleh tak kau biarkan je aku peluk isteri aku sekejap. Battery aku dah habis so bagi aku recharge balik."
Muka iman memerah. Dia hanya menbiarkan sahaja rudy memeluknya. Perlahan-lahan tangan iman pula yang melilit di pinggang rudy membuatkan jejaka itu tersenyum. Badan rudy digosok dan ditepuk dengan perlahan-lahan. Suasana di ruang tamu mereka sangat sunyi, hanya keluhan mereka sahaja dapat didengar.
Beberapa minit sudah berlalu Iman mula bersuara " Apa kata awak naik mandi dulu lepastu solat. Nanti kita makan sama-sama ok?"
Namun rudy langsung tidak berganjak. " lima minit lagi."
Iman tersenyum nipis. Sekali lagi dia membiarkan rudy memeluk nya selama lima minit. Tepat selepas itu rudy melepaskan pelukannya.
" Puas hati dah?" soal Iman.
Rudy menggelengkan kepalanya menyebabkan iman memutarkan mata nya ke atas sambil tersenyum.
" Mengada lah awak ni. Dah pergi mandi cepat lepastu solat. Nanti kita makan ok, saya dah masak sedap-sedap untuk awak." Iman berkata sambil tersenyum. Dia menolak badan rudy ke arah tangga memaksa jejaka itu untuk naik ke atas.
Rudy mengeluh. " Ye lah ye lah." Sebelum dia melangkah naik sempat dia berpaling ke arah Iman.
" Awak."
Ha dengar sahaja panggilan 'awak' tu membuatkan Iman terkedu. Jarang tau rudy nak ber-saya awak dengan imaa ni. Dia baru je nak biasakan panggil iman macam tu.
" Ye?"
Rudy melangkah satu tapak ke hadapan. Kini jarak nya dengan iman sangat dekat.
Rudy tersenyum nipis. " Thank you." Satu kucupan hinggap di dahi Iman. Dengan pantas rudy menaiki anak tangga meninggalkan iman di bawah seorang diri.
Muka iman memerah. Dapat dia rasakan suhu badannya berubah.
Iman tak sangka rudy akan buat macam tu. Satu keluhan keluar dari bibir iman. Pipi nya ditampar perlahan. Haih baik dia ke dapur untuk buat apa yang patut sementara menunggu rudy.𝐭𝐡𝐞 𝐞𝐧𝐝
something new and short.
i just love the idea of rudy being clingy towards iman in secret. he love to cuddles and hold hands because it makes him feel calm and loved. since he lost his parents since he was little iman love to shower him with all of the hugs he need. sobs sobs i love them.
and yes, this will continue for a few chapters. there will be more headcanon of rudy being a husband to iman. stay tune!
YOU ARE READING
𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞
Fanfiction[ Ejen Ali fanfiction ] Imaginasi author yang merapu, khas untuk para RudyMan Shippers ( ͡° ͜ʖ ͡°) Warning : Cerita ni penuh dengan scene - scene cringe 🤡 Don't read if you despise cringe stuff. Hope korang enjoy (✿◠‿◠) 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 22.7.202 𝐄�...