IMAN tersenyum seorang diri. Cuaca hari ini indah tak terkata. Langit biru yang terang dihiasi dengan awan-awan mendung. Ciptaan Allah sememangnya indah.
Semasa dalam perjalanan ke dorm, Iman terdengar bunyi sesuatu.
SRETT!
Iman memandang di sebelah kirinya, tiada apa-apa pun. Hanya semak samun saja. Iman mengangkat bahunya, mungkin hanya angin. Baru sahaja dia ingin berjalan, dia terdengar bunyi itu lagi.
SRET!
Iman memandang ke kiri. Matanya dikecilkan. Dia yakin dia nampak sesuatu yang bergerak di situ.
Iman berjalan ke arah semak samun itu. Tangannya dalam posisi bersedia kerana takut kalau ada haiwan liar seperti ular di sini. Berani betul Iman.
Pabila dia masuk ke dalam semak samun itu, mata Iman terbuntang luas.
'tempat apa ni?'
Dia memandang sekeliling. Kenapa ada kolam air kecil dekat sini? Dah macam taman bunga tetapi taman bunga semula jadi.
Mata Iman ligat memandang ke arah kanan dan kiri.
'tiada orang pun di sini.'
Iman duduk di atas tanah. Kakinya dilunjurkan ke hadapan. Dia menghelakan nafasnya. Nyamannya duduk di sini, dengan sinaran cahaya matahari yang tidak terlalu terang. Udara segar. Tempat yang sesuai untuk berseorangan.
SREETT!
Iman memandang semak samun di belakangnya. Dia terpaku apabila seekor haiwan yang mengejutkan datang ke arahnya.
" landak mini?"
Iman tersenyum. Mula-mula dia agak terkejut tetapi nasib baiklah hanya anak landak, kalau maknya? Naya Iman nanti.
" Hi little one."
Senyuman Iman makin melebar apabila landak itu mendekatinya. Kenapa jinak sangat ni?
Imam mengangkat landak mini itu.
Dia menatap haiwan itu dengan lama. " Awak teringatkan saya pada seseorang lah..."Iman tersenyum. " Seseorang yang saya suka dalam diam."
Nama Rudy terlintas di fikiran Iman. Dia terpaku seketika. Entah bagaimana dia boleh sukakan ejen inviso hati beku tu.
Sedangkan mereka berdua tak banyak berkomunikasi. Tetapi setiap orang ada daya tarikan sendiri. Sifat terpendam rudy yang baik dan pentingkan orang lain membuatkan Iman jatuh hati dengannya.
Dan walaupun ini pelik tetapi kadang kala dia berasa selamat apabila berada dengan Rudy. Mengapa? Dia sendiri pun tidak pasti.
Walaupun rudy sombong, beku dan agak garang .... Iman boleh tertarik padanya.
YOU ARE READING
𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞
Fanfiction[ Ejen Ali fanfiction ] Imaginasi author yang merapu, khas untuk para RudyMan Shippers ( ͡° ͜ʖ ͡°) Warning : Cerita ni penuh dengan scene - scene cringe 🤡 Don't read if you despise cringe stuff. Hope korang enjoy (✿◠‿◠) 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 22.7.202 𝐄�...