𝐭𝐫𝐮𝐭𝐡 𝐨𝐫 𝐝𝐚𝐫𝐞 🎥 [ 𝐨 ]

993 74 77
                                    

KEDENGARAN bunyi riuh rendah di luang berlegar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEDENGARAN bunyi riuh rendah di luang berlegar. Kesemua ejen-ejen muda sedang bermain satu permainan yang sangat klasik iaitu Truth or Dare.

Hari ni kelas dibatalkan. Mentor-mentor ada perjumpaan dengan ketua teras. Jadi mereka decide untuk luangkan masa bersama.

Kecuali seseorang jejaka ni,cuba korang teka siapa. Dia tinggi, teras dia inviso, rambut dia rupa macam landak dan dia memang dingin mengalahkan ais dekat kutub utara.

Siapa?

Ha, mesti lah Rudy. Dah puas Jet pujuk dia siap dengan pakej puppy eyes lagi. Meluat rudy tengok si burung puyuh tu buat puppy eyes.

Macam yang dijangka la tak jadi langsung. Dia cakap dia lebih suka berlatih daripada buang masa main game pelik ni.

Alicia pun join jugak tau. Tapi sebab terpaksa lah, Moon tu tak habis-habis duk tarik dia. Alicia pun mesti lah naik rimas. Akhir sekali dia setuju je dengan paksa rela.

" Ok Khai, pusing botol tu."

Khai mengangguk. Dia mula memutarkan botol itu. Kebanyakan ejen muda mula tersenyum sinis apabila botol itu berhenti di hadapan Jet.

Ali menghulurkan bekas plastik yang digunakan untuk mengisi kertas yng tertulis Truth or Dare. Kalau pilih sendiri, tak syok la. Mesti ramai mengelak.

" Ha, jet. Cepat lah ambil." kata Ali.

Jet mengeluh pasrah. Dia menyeluk tangannya ke dalam bekas plastik itu. Satu kertas kecil dipilih secara rawak.
Perlahan-lahan Jet membuka kertas itu.

" Gapo mu dapat?" soal Chris yang sedikit teruja dengn dialek kelatannya.

Jet tersenyum. " Truth." Dia menunjukkan kertas kecil itu pada yang lain.

Kebanyakan ejen muda mencebik. Ingatkan dapat dare tadi. Baru nak bagi yang extreme.

Ali tiba-tiba mendapat satu idea yang bernas. Dia memandang Ali dengan muka yang serious tahap babun.

" Kau pernah cheat dengan girlfriend kau?" soal Ali.

Semua mata tertumpu pada Jet. Ada juga yang memandang Roza. Mereka tahu kak long kawasan ni lah girlfriend Jet.

Mata Jet terbuntang luas. Dia menelan air liurnya. Gulp! " Hey, walaupun aku nampak macam playboy tapi aku setia pada yang satu tau." kata Jet cuba untuk meyakinkan mereka. Well, at least dia tak menipu.

" Nasib baik. Kalau tak mampus kau kena tembak dengan senapang Roza." kata Bulat sambil tersenyum sinis. Sempat dia mengusik si burung puyuh tu.

Kesemua ejen muda tergelak apabila melihat Jet yang sudah kecut perut. Kau macam tak tahu, si roza ni kalau marah dah nak dekat tahap Alicia. Sama je dua orang ni, macam singa!

𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞Where stories live. Discover now