Korang bayangkan je lah yang dalam ni dia orang ni umur 7 tahun ok? Dan dia orang satu kelas sama-sama dekat sekolah.
Enjoy reading! ;)

RUDY menghentakkan kakinya ke lantai. Dia memandang sang gadis di hadapannya dengan wajah yang geram. " Kan aku dah cakap, jangan ganggu aku!"
Iman mencebik. " Alaa, saya nak bagi awak gula-gula je. Kenapa awak nak marah sangat?" soal Iman, kanak
-kanak yang baru sahaja berumur 7 tahun." Aku tak nak la! Bukan nya sedap pun!" kata Rudy lagi. Dia memutarkan matanya ke atas.
Kali ini iman pula menghentakkan kakinya. " Ehhh gula-gula ni sedap la! Saya selalu je tengok awak makan!" ujar iman pula. Tak nak mengalah dia ni.
Kali ini rudy terdiam. Dia memandangkan ke arah lain. Ha, kantoi menipu!
" Ah sudah! baik kau pergi duduk dekat tempat kau sebelum aku bagitahu cikgu!" ugut Rudy. Dia kembali meletakkan kepalanya di atas meja dan memandang ke luar tingkap. Haish budak ni, baru umur 7 tahun tapi perangai sombong dan beku mengalahkan orang dewasa!
Iman yang mendengar ugutan rudy itu terus berlalu pergi ke tempatnya dengan kecewa. Dia mengeluh sekali. Entah kenapa la rudy benci dia sangat, sedangkan dia cuma nak berkawan je.
Sebenarnya iman adalah seorang pelajar baru. Dia dan keluarganya baru berpindah di sini 2 minggu lepas. Dan sudah masuk dua minggu juga la iman bersekolah di sini namun dia langsung tidak mempunyai seorang kawan. Maklum lah iman ni pemalu orangnya.
Kecuali seorang budak perempuan ni. Setiap hari, mesti dia tegur iman dengan senyuman yang paling ceria. Kalau tak silap, iman cakap nama dia.... erk- apa eh?...... hmm... ha- Moon! Iman sendiri pun tak tahu kenapa nama budak perempuan tu macam tu. Bukan ke moon itu bulan?
Tetapi nasib iman agak.... malang. Walaupun budak moon itu selalu menegurnya, mereka berdua berada di kelas yang berbeza. Hanya waktu rehat saje lah mereka boleh berjumpa.
Oh dan satu lagi! Iman dan rudy sebenarnya berjiran. Selang saje beberapa jarak dari rumah iman, ha, di situ la terletaknya rumah rudy.
Disebabkan mereka sudah kenal dari awal, iman pun mesti la nak berkawan dengan rudy. Sejak dia pindah hari tu memang dia akan berjumpa dengan rudy setiap hari. Umi nya dan ibu rudy tidak jemu berbual sepanjang masa. Jadi iman dan rudy juga ada peluang untuk berkenalan.
Malangnya si rudy ni lah. Sombong! Iman punya la baik. Dia tegur rudy elok-elok sambil senyum dan selalu bagi gula-gula. Siap ajak rudy main barbie doll dan masak-masak lagi!
Budak landak ni je yang keras kepala. Ada je yang tak kena. Entah kenapa dia tak suka sangat dengan si iman tu.
Iman duduk di atas kerusinya semula. Buku nota kecil dipandang dengan kosong. Dia mengeluh bosan. Haish....
🍭• 🍭• 🍭• 🍭
Sekarang sudah masuk waktu rehat, jadi cikgu wardah telah melepaskan mereka awal lima minit. Bersorak gembira murid-murid. Semua sudah keluar dari kelas, ada yang ke kantin, ke tandas dan tak lupa juga ada yang lebih pentingkan bermain!
Iman berjalan keluar dari kelasnya. Dia mengintai kelas sebelah untuk mencari Moon. Namun cari punya cari, kelibat Moon langsung tidak kelihatan. Sedangkan cikgu kelas mereka belum lepaskan mereka keluar lagi.
Kening iman terangkat ke atas. Pelik. Kenapa Moon takde? Tak hadir ke budak 'happy go luck' tu? Iman menggelengkan kepalanya.
'Ah, mungkin dia ke tandas kut. Apa kata kita tunggu sikit lagi.' detik batin iman.
YOU ARE READING
𝐑𝐔𝐃𝐘𝐌𝐀𝐍 ❝ 𝐨𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐭 ❞
Фанфик[ Ejen Ali fanfiction ] Imaginasi author yang merapu, khas untuk para RudyMan Shippers ( ͡° ͜ʖ ͡°) Warning : Cerita ni penuh dengan scene - scene cringe 🤡 Don't read if you despise cringe stuff. Hope korang enjoy (✿◠‿◠) 𝐒𝐭𝐚𝐫𝐭 : 22.7.202 𝐄�...