3

177 48 24
                                    

"Seriuslah? Melukis je hidup kau?"

Jaemin memasukkan aiskrim batang yang baru sahaja dicuri olehnya dari peti ais rumah Jeno. Seketika dia memerhati Jeno yang sedang sibuk melukis di meja dapur tanpa menghiraukan dirinya di sini sebagai tetamu.

"Biarlah aku nak buat apa pun, kau sibuk kenapa? Lagipun aku ada ke tak ada ke nak layan kau, kau tetap buat rumah ni macam rumah sendiri" sambung Jeno bersahaja tanpa sedikit pun memandang Jaemin.

Tetapi, bukannya dia tidak tahu yang lelaki itu baru sahaja menggeledah peti ais rumah ini dan mengambil semua makanan miliknya begitu sahaja. Takpelah, malas Jeno mahu melayan. Asalkan Jaemin bahagia.

Tutup cerita.

"Hehe, macam biasalah. Ni je tempat aku menyorok daripada fans aku yang gila tu datang cari aku hehe" Jaemin tersengih dan sekali lagi aiskrim di tangannya masuk ke dalam mulut.

"Aku dah agak"

Mengingatkan bahawa lelaki itu adalah lelaki yang popular, tidak membuatkan Jeno tidak faham akan kehidupan harian si Jaemin. Dipuji dan dikejar kejar, sudah menjadi kebiasaan untuknya.

"Eh?" Jeno seketika teringatkan sesuatu.

Bukankah Jiae juga menaruh hati pada Jaemin? Sudah lama dia memikirkan tentang ini, daripada dia mengharap si gadis itu berpaling kepadanya, baik dia mencuba nasib ini untuk perkenalkan Jiae kepada Jaemin? Mana tahu Jaemin suka?

Bagaimana pula dengan hati Jeno?

Biarlah, Jeno tidak kisah.

Mungkin dia boleh mencuba untuk melupakan Jiae sedikit demi sedikit selepas ini? Lagipun gadis itu hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat sahaja dan tidak lebih daripada itu bukan?

"Urm Jaemin.." Jeno bersuara menyebabkan si sahabat berpaling daripada skrin layar handphonenya.

"Kau taknak try ada girlfriend ke?" tanya dia dan itu membuatkan Jaemin cepat cepat mengangukkan kepalanya bersama sama dengan mata yang bersinar.

"Nak! Tapi aku taknaklah yang jenis gila terkejar aku macam setiap hari tu" pantas sahaja dia menjawab apabila mendengarkan itu.

Namun selepasnya , bibir Jaemin dimuncungkan apabila mengingatkan kelakuan gila kadang kadang para peminat yang sentiasa sibuk mencarinya di kampus sana. Nasib baiklah hanya di kampus, lagipun Jaemin sudah awal awal lagi memberi amaran untuk tidak masuk campur sekali ke dalam urusan privasinya.

Urgh. Kadang kadang menyusahkan.

Susah betul jadi orang handsome ni ye?

"Kenapa, kau ada sesiapa ke nak kenalkan dengan aku?" tanya dia dengan penuh minat.

Dan untuk kali ini, Jeno tersenyum. Mungkin ada harapan untuk Jiae mendapatkan lelaki idamannya. Jeno sudah tidak lagi memikirkan akan perasaannya. Yang pentingnya sekarang ini adalah Jiae. Jiae, Jiae dan Jiae.

"Ada. Dia budak kita jugak, nama Jiae. Han Jiae. Kau mesti suka dia, cantik lagipun memang macam perempuan lembut dia tu. Dia memang sesuai dengan kau" kata Jeno dengan yakin, lalu pensel melukisnya tadi diletakkan di atas meja.

Sempat dia teringatkan bayangan wajah Jiae yang kini bermain dalam ingatannya. Satu senyuman terukir di bibir Jeno. Gadis yang merupakan pujaan hatinya itu memang sangat cantik. Mana mungkinlah tidak ada yang tidak tertarik kepadanya walaupun sedikit.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now