14

151 43 35
                                    

Jiyeon termenung memandang hujan yang turut dengan lebat di sebalik tingkap bilik tidurnya. Pandangannya begitu kosong memandang ke luar. Tidak tahu la termenungkan apa dan dia juga tidak pasti akan apa yang difikirkan olehnya.

Mungkin Jeno?

Tidak.

Dia sudah 5 hari tidak bertemu dengan lelaki itu selepas sesi pengakuan dia pada tempoh hari. Sejujurnya bukan kedua duanya yang tidak mahu bertemu, hanya sahaja Jiyeon yang sering mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan lelaki itu. Jeno sebenarnya ada juga mencarinya beberapa kali, namun dia sering sahaja mencari alasan yang logik.

Jiyeon kemudian mengeluh mengingatkan itu.

"Kenapa dia nak cari aku lagi?"

Tiada siapa yang tahu akan hal itu. Tidak Haeun mahupun Jiae. Kedua duanya langsung tidak tahu akan Jiyeon yang sudah mengaku dan Jeno yang sudah mengetahuinya.

Jiyeon jadi membencinya.

"Dia tak benci aku ke?" tanya Jiyeon bersama sama dengan matanya yang masih lagi tertumpu di luar. Sejuk.

Lebat sungguh hujan pada malam ini. Telinga menangkap bunyi guruh yang kuat, langsung tidak menganggunya daripada lamunan tersebut. Sekali sekala dia memandang langit yang kadang kadang berkelip cahaya. Hujan petir. Biasalah.

"Aku tak suka hujan yang ada petir, tetapi aku suka hujan yang renyai renyai"

Eh ?!

Kenapa Jiyeon tiba tiba boleh teringatkan kata kata Jeno yang satu itu?

Bodoh Jiyeon.

Tak boleh ke kau lupakan dia?

Jiyeon mengetuk kepalanya berkali kali dengan menggunakan tangannya. Matanya dipejam dengan rapat untuk beberapa saat, bagi menghilangkan bayangan lelaki itu daripada mengganggu fikirannya. Kemudian, tidak lama selepas itu dia kembali semula melihat hujan lebat di luar.

Masih tidak mahu berhenti?

Jiyeon mengatur langkah dan duduk di hujung katilnya. Bibir bawah digigit dan matanya meliar memandang lantai di bawah. Agak agak bagaimana dengan keadaan Jeno sekarang?

"Dia memang betul betul takut hujan petir yang macam ni ke?" tanya dia seorang diri. Sungguh dia tertanya tanya akan hal itu.

Ingin sahaja Jiyeon mencapai handphonenya dan menghubungi lelaki itu. Tetapi dia baru ingat akan sesuatu. Sejak Jeno yang sibuk mencarinya akhir akhir ini, membuatkan Jiyeon terus menyekat dan membuang nombor lelaki itu.

Tolong katakan sekali lagi bahawa Jiyeon memang bodoh.

"Ish! Kenapa aku nak sibuk tentang dia pulak?" Jiyeon mula menggigit hujung jarinya. Tiba tiba sahaja dia berasa gelisah.

"Biarkan dia?" tanya Jiyeon seorang diri, sambil meyakinkan dirinya.

Jiyeon kemudian menganggukkan kepalanya.

Betul.

Biarkan dia dan dia bukannya sesiapa untuk kau. Okay muktamad dan tak payah fikir.

Dia lalu berbaring di atas katilnya dan mencapai selimutnya. Lebih baik dia tidur. Lebih baik dia tidur. Fikir Jiyeon berkali kali. Matanya kemudian dipejamkan lama, mahu masuk ke dalam mimpi dan menunggu hari yang seterusnya.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now