9

134 40 9
                                    

Jiyeon menekan jari jemarinya, berjalan sambil menundukkan kepala. Dia tidak tahu bagaimana ingin memulakannya nanti. Iya, betul lah. Dia sudah membuat satu keputusan untuk dirinya iaitu dia mahu bertindak untuk jujur sahaja terhadap Jeno.

Tanpa pengetahuan Jiae.

Biarkannya. Jiyeon sudah tidak kisah dengan tengkingan ataupun rasa marah yang akan dia terima daripada Jeno ataupun Jiae. Jiyeon sudah bersedia.

Apapun ini semua salahnya sendiri.

Terlalu bodoh kerana menyetujui cadangan si adik kembar dengan begitu sahaja tanpa berfikir dengan lebih dalam akan akibatnya.

Mata Jiyeon meliar mencari kelibat seseorang di kampus itu. Langkah kakinya mula masuk ke tempat bahagian budak budak seni. Harapnya lelaki itu tidak sibuk sekarang.

Jiyeon berjanji. Sebaik sahaja dia berkata jujur akan hal yang sebenar dengan Jeno sebentar lagi, dia berjanji tidak akan mengganggu hidup lelaki itu lagi. Kuat dia menahan rasa gemuruh yang sedang hebat mengelilingi dirinya. Nafasnya ditarik perlahan dan dihembuskan.

Sabar Jiyeon Sabar. Rilek.

Semuanya akan baik baik sahaja. Percayalah. Mungkin? Mungkin akan baik baik sahaja? Kan?

Setelah 5 minit dia berjalan, nasibnya baik. Dia menemui kelibat lelaki itu yang sedang berdiri di satu tempat. Air liurnya diteguk dengan perlahan.

"Kau boleh, Jiyeon"

Jiyeon boleh!

Kakinya terasa ringan sahaja melangkah mendekati lelaki itu dari jauh. Jari jemarinya masih lagi sibuk bermain di antara satu sama lain. Tolong! Jiyeon berdebar.

Ehem.

"Jeno—."

Panggilan Jiyeon terhenti untuk memanggil Jeno daripada belakang. Langkahnya turut terhenti. Ouh dia tidak perasan akan itu. Matanya melihat si lelaki di hadapannya yang kini sedang ralit berbual dengan seorang gadis.

Seorang gadis yang cantik, juga sedang tertawa bersama sama dengan Jeno.

Lah Jiyeon. Tak perlu pun cemburu. Jeno bukannya milik kau. Sudah !

Jiyeon tidak tahu, adakah dia perlu menghampiri mereka berdua ataupun tidak? Bolehkah mencelah perbualan mereka berdua, semata mata untuk bercakap dengan Jeno?

Tidak apalah. Jangan pentingkan diri sendiri. Jiyeon boleh menunggu dan lagipun kelas dia untuk hari ini sudah habis sepenuhnya.

Jiyeon hanya diam di situ, menunggu Jeno yang sedang sibuk lagi tertawa riang dengan gadis itu. Apalah yang kelakar sangat? Jiyeon hanya mahu tidak mahu melihat tangan Jeno yang kini sedang menyentuh rambut si gadis tersebut. Entah apalah yang ditunjukkan oleh gadis itu membuatkan Jeno menyentuh rambutnya.

Ish! Tiba tiba dia terasa cemburu mendengar tawa indah milik Jeno yang satu itu bersama sama dengan gadis cantik yang tidak dikenalinya.

Eh? Tak boleh cemburu! Jangan pentingkan diri sendiri. Urgh.

"Eoh? Hi, cari siapa?"

Tiba tiba sahaja Jiyeon tersentak dibuatnya apabila gadis tersebut sedang menatap dirinya sekarang. Eh? Alamak. Jeno juga turut memusingkan tubuh badannya apabila melihat gadis itu sedang memandang ke arah belakangnya.

"Jiae? Buat apa dekat sini?" Jeno juga terkejut dibuatnya. Jarang sekali dia melihat Jiae datang ke tempat ini.

Mahu tidak mahu, Jiyeon terpaksalah mendekati mereka berdua. Em malunya! Tetapi Jeno tersenyum setelah itu apabila melihat bayangan Jiyeon yang kini tiba tiba berada di hadapannya. Manakala gadis cantik itu tertanya tanya, lalu keningnya diangkat.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now