8

134 42 17
                                    

Jeno bangun daripada duduknya sebaik sahaja dia melihat Jiyeon yang baru keluar daripada sebuah bilik di situ. Tanpa ragu ragu, dia mendekati gadis itu yang sedang memerah sambil tangannya memegang beberapa helai tisu. Sekali sekala, dia terbersin dan menghembuskan hingusnya.

"Jiae, doktor kata apa?"

Jeno bertanya lantas kakinya bergerak mengikuti si gadis yang mengambil tempat duduk yang berada di situ. Lama jugalah masa yang diambil untuk Jiyeon bertenang sebelum dia memandang Jeno di sebelah.

Jiyeon tersengih.

"Takde apa. Selesema biasa, ehee" jawabnya bersama sama dengan senyuman.

Malu betul Jiyeon dibuatnya. Boleh pula pada waktu dia sedang bertemu dengan lelaki itu, selesemanya tiba tiba datang. Pelik bukan? Mungkin sebenarnya Jiyeon sudah dapat mengagak kerana dia sudah mempunyai tanda tanda itu pada pagi tadi. Tetapi, tidaklah pula dia menyangka bahawa hal itu akan menjadi teruk sewaktu dengan Jeno tadi.

Jeno kemudian terkekeh kecil melihatkan wajah Jiyeon yang memerah.

"Ish kau ni pun satu, kalau dah tahu sakit. Tak payah la nak jumpa aku lagi harini" Jeno mencebik, masih lagi menatap si dia. Comel sahaja gadis itu sewaktu selesema seperti ini.

"Hehe, manalah aku tahu tiba tiba dia nak jadi teruk sampai terbersin gitu. Habuk banyak sangat kot" balas Jiyeon semula ingin menidakkan Jeno. Bersungguh jugalah dia berpura pura seperti tiada apa apa yang berlaku walaupun dia memang terlihat seperti orang yang tidak sihat sekarang ini.

"Aku ingatkan kau alergi dengan bunga tadi" Jeno tertawa. Gelabah jugalah dia tadi sewaktu kejadian itu berlaku.

Seingatnya Jiae menyukai bunga, jadi sebab itulah dia membawa bunga khas untuk si gadis tadi. Tidak lama kemudian, jururawat di kaunter klinik itu memanggil nama Jeno. Nasib baiklah, pada awalnya Jeno yang cepat cepat menawarkan untuk menggunakan namanya sahaja di klinik itu.

Bayangkan kalau tadi, mereka tidak terlalu dalam keadaan yang terburu buru dan menggunakan nama Jiyeon? Bukankah akan kantoi dengan begitu sahaja? Legalah juga Jiyeon dibuatnya.

Selepas itu, Jiyeon mengikuti langkah Jeno yang mula keluar daripada klinik itu. Tangannya masih sibuk mengelap hidungnya yang terasa gatal kadang kadang. Banyak betul tisu yang diberi secara percuma oleh doktornya tadi.

"Kau kena rehat banyak banyak tau kat rumah jangan pergi mana mana" pesan Jeno sambil matanya ralit memandang sekeliling kawasan itu.

Tidak lama kemudian, bayangan teksi yang baru dipesan olehnya muncul di penglihatan. Jeno tersenyum lega. Dia lalu mengalihkan perhatian kepada Jiyeon di sebelah. Rambut milik Jiyeon digosok perlahan.

"Balik elok elok. Hati hati" ujarnya lembut sambil tersenyum dan mendapatkan anggukan kepala yang datang daripada Jiyeon.

Mahu tidak mahu, gadis itu hanya bersetuju. Dia masih sibuk meletakkan tisu di hidungnya menyebabkan lelaki itu menjadi terhibur. Dengan perlahan, dia menolak tubuh badan Jiyeon masuk ke dalam teksi yang baru tiba di hadapan mereka.

"Nanti dah sampai, bagitahu aku" kata Jeno lagi dan sekali lagi juga dia hanya mendapat anggukan akur daripada Jiyeon. Jiyeon melambaikan tangannya kepada Jeno untuk kali yang terakhir sebelum teksi itu bergerak menjauhi kawasan tersebut.

Si lelaki hanya menggelengkan kepala, melihat teksi yang semakin menghilang daripada pandangannya. Selepas itu, dia mula tersenyum mengingatkan kembali harinya untuk hari ini.

Comel betul.

















🎨














JENO ✔︎Where stories live. Discover now