13

158 43 58
                                    

"Aduh sakit!"

Minhyung menggulingkan matanya sebagai tanda menyampah. Sekali sekala dia akan mengaduh kesakitan disebabkan oleh lukanya yang baru sahaja ditumbuk oleh Jeno pada siang tadi. Dia tidak menyangka akan berdarah dan bengkak seperti ini.

"Semua salah kau!"

Minhyung berteriak kesal sambil memandang gerangan di sebelahnya dengan pandangan yang tidak puas hati. Habis bengkak muka sebelahnya. Sudah tidak handsome lah dia selepas ini.

Manakala Haeun hanya tertawa melihat kelakuan Minhyung yang sedang merungut. Dia mula menyentuh luka itu dengan berhati hati, takut akan menyakiti lelaki itu sekali lagi. Haeun juga sama. Dia juga tidak menyangka bahawa Jeno akan menyakiti Minhyung sehingga seperti ini.

"Sekurang kurangnya Jeno datang kan tadi?" tanya Haeun dan mendapat anggukan daripada Minhyung.

"Tapi tadi Jiyeon menangis, gila aku tak gelabah??" Minhyung mencebik lalu membulatkan matanya, menceritakan segalanya kepada Haeun. Namun seketika lelaki itu tertawa.

"Aku rasa aku macam jahat gila tadi hehe" kata Minhyung lagi sambil menayangkan barisan giginya kepada Haeun yang tersenyum puas. Minhyung memusingkan tubuh badannya, memandang Haeun di sebelah.

"Kau kena minta maaf tau dengan Jiyeon! Semuanya berpunca daripada kau dengan Jiae! Bukan salah aku, Yukhei pun tak sangka yang akan jadi macam tu hari tu. Tak tidur malam dia rasa bersalah" cerita Minhyung pada Haeun sambil memandangnya dengan tajam menyebabkan gadis itu pula yang mencebik.

Ish! Dia tahu lah nanti. Sekurang kurangnya, mereka berdua membuat seperti itu untuk mengetahui sahaja akan rasa sebenar yang ada pada Jiyeon dan Jeno. Jiyeon yang mengaku Jeno sebagai teman lelakinya? Dan juga Jeno yang sentiasa ada melindungi Jiyeon di mana sahaja?

Bukankah mereka saling berkongsi perasaan yang istimewa? Tanpa mengetahuinya?

Jadi memang Jiae tidak akan main main lagi untuk menyatukan mereka berdua kerana sudah yakin akan perasaan mereka yang sebenarnya. Haeun juga tidak tahu bahawa rancangan ini akan mendatangkan kebaikan ataupun tidak. Tetapi dia mengikutnya sahaja.

Salah ke? Tidak tahu. Jangan marah Haeun.

"Haeun, aku dah luka luka ni takkan kau taknak bagi sesuatu kat aku? Kesian aku tau" kata Minhyung lagi mematikan lamunan Haeun dengan muka sedihnya. Dia menatap Haeun dengan pandangan yang ingin meminta sesuatu.

Haeun menggulingkan bebola matanya. Tidak bersyukur betul lelaki ini. Dia yang tadi gelabah datang ke rumah si lelaki sebaik sahaja mendengarkan keadaan luka lukanya tadi pun masih tidak bersyukur ke?

"Nak apa?"

Ehe.

Minhyung mula tersengih dengan penuh maksud setelah itu. Dia mendekatkan dirinya kepada Haeun menyebabkan si gadis itu ke belakang. Bibirnya dimuncungkan dan matanya dipejam.

"Nak cium"

Bukk!

"Aduh!" Minhyung jatuh tergolek ke belakang apabila dia ditolak kuat oleh si gadis. Haeun memegang pipinya yang mula memerah. Janganlah macam ni, Minhyung!

"Amboi galaknya anak mama dengan anak orang ni" tiba tiba sahaja ibu Minhyung lalu di kawasan ruang tamu. Kepalanya digelengkan lalu pergi ke dapur. Haeun juga malas mahu melayan. Terkebil kebil dia dibuatnya lalu pergi berlari ke dapur mengikuti langkah ibu Minhyung.

Sekurang kurangnya dia berasa selamat.

"Haeun, tapi aku handsome lagi kan kalau muka macam ni pun?" tanya Minhyung dari jauh kepada Haeun di dapur.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now