6

145 46 14
                                    

Jiae teragak agak ingin memusingkan kepalanya ke belakang dan hanya meneruskan jalan kakinya sahaja. Dia merasakan seperti ada seseorang yang mengikutinya dari belakang. Pandangannya ditundukkan ke bawah, namun semakin lama juga dia menjadi tidak tahan.

Perlahan kepalanya dipusingkan ke belakang memandang si dia juga yang terhenti. Jiae memandang matan lelaki itu dengan tidak percaya. Mulutnya tiba tiba seakan akan susah untuk berkata kata.

"Awak—ikut saya ke?" Jiae bertanya dan juga membuatkan si lelaki di belakang terkejut.

Lelaki itu bersama sama dengan tangannya yang dimasukkan ke dalam poket seluar hanya memandangnya keliru. Setelahnya kepala dia digelengkan, menidakkan apa yang dikatakan oleh Jiae.

Jiae ke yang perasan melebih?

"Tak. Saya pun berjalan ikut arah ni" ujarnya sambil menunjukkan jalan itu.

Okay Jiae yang malu. Dah kenapa perasan sangat? Jangan melebih Jiae. Jangan memberikan harapan !

"Kalau awak tak kisah, biar saya jalan dulu ke depan" ujarnya sambil tersenyum manis memandang Jiae di hadapannya.

Haah dia lah lelaki itu. Na Jaemin.

Wajah Jiae perlahan memerah disebabkan oleh salah faham tersebut. Dia mengangukkan kepalanya lambat lambat, membiarkan lelaki itu melintasinya berjalan ke hadapan. Jaemin masih lagi tersenyum dalam diam.

"Jaemin !!"

Baru sahaja lelaki itu membuat beberapa langkah ke hadapan, dia telah dipanggil dari arah belakang. Matanya melihat beberapa pelajar yang semakin mendekatinya dengan satu senyuman yang sudah dapat ditafsirkan oleh Jaemin.

"Nak gambar boleh?" kata salah seorang daripada mereka.

Jaemin tidak menolak dan menganggukkan kepalanya, masih lagi tersenyum. Ini pilihannya sendiri untuk menjadi orang yang popular di kampus ini malah di media sosial. Jadi apapun yang berlaku, dia tidak boleh membantah.

Melihatkan anggukan setuju daripada Jaemin tadi, menyebabkan mereka mengeluarkan jeritan yang teruja. Kesemua pelajar itu berdiri berdekatan dengan Jaemin sementara yang salah seorang daripada mereka mengeluarkan handphone.

Satu, dua, tiga.

Klik.

"Terima kasih!" ujar mereka semua serentak menyebabkan Jaemin terkekeh kecil dibuatnya.

Namun ada seseorang di situ yang memerhati gadis yang hanya diam di samping Jaemin sekarang. Dia menjadi tertanya tanya. Jarang dia melihat Jaemin keluar ataupun berjalan jalan dengan seorang perempuan di sekitar kampus itu.

"Ni siapa?" orang itu menunjuk Jiae.

Jiae yang terkejut untuk kali ini melihat salah satu daripada mereka yang sedang menunjuknya. Kini semua perhatian tertuju kepada Jiae yang masih lagi berada di sebelah Jaemin. Cepat cepat Jiae menggelengkan kepalanya, takut nanti mereka salah faham.

"Eh tak. Saya bukan—."

"Girlfriend saya"

Eh ?!!

Suara Jiae menjadi tenggelam disebabkan oleh kedua keduanya berkata secara serentak. Kaki Jiae tiba tiba menjadi lemah dan jantungnya tiba tiba bekerja dengan sangat laju. Namun Jaemin masih lagi tersenyum. Semua yang berada di situ juga terkejut dibuatnya.

Jae—Jaemin ada girlfriend ?!!

Tidak lama kemudian mereka akhirnya pergi daripada situ bersama sama dengan hati yang sedikit kecewa. Sempat Jaemin berpesan untuk menjaga privasinya dan tidak untuk masuk campur ke dalam kehidupannya kepada mereka semua. Jangan risau, Jaemin pandai menguruskannya. Manakala Jiae masih lagi berdiri kaku di situ.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now