20 : epilog

240 44 33
                                    

' i can feel you close to me even though you are far away. hi i like you, dear crush'

Jiyeon mula tersenyum sebaik sahaja dia membaca isi surat istimewa yang diletakkan di dalam lokernya. Berkali kali jugalah dia mengulangi membaca ayat itu. Siapa lagi? Sudah semestinya datang daripada Jeno bukan?

Mengadanya dia tu!

"boo!"

Tiba tiba Jiyeon tersentak dan reflek menyembunyikan surat tersebut di belakang. Namun sempat dia mengeluh lega setelah melihat gerangan yang menghampirinya. Ingatkan siapa la tadi.

"buat apa tu?"

Jeno tersengih, bertanya kepada Jiyeon di sebelahnya. Jiyeon masih lagi tersenyum besar, sambil menunjukkan surat istimewa di tangannya kepada Jeno.

"aku baca ni hehe comel betul"

Tetapi, Jeno tiba tiba sahaja mengerutkan dahinya setelah melihat Jiyeon yang melambaikan satu kertas yang seakan akan terlihat seperti surat cinta di hadapannya. Cepat cepat, dia mencapainya dan membaca apa yang dituliskan.

huh?!

"siapa bagi ni?"

Membulat mata Jeno melihat Jiyeon yang kini pula mengerutkan dahinya, pelik dengan reaksi wajah yang datang daripada si lelaki.

Aik?

"bukan ke kau yang bagi?"

Jeno menggeleng laju lalu dia menunjukkan satu lagi surat yang betul betul miliknya di tangannya yang satu lagi. Jiyeon mula menutup mulutnya, merasakan terkejut.

"aku baru nak letakkan ni dalam loker kau"

Mata Jiyeon juga ikut membulat setelah itu. Maksudnya surat tadi bukanlah daripada Jeno? Dia ada peminat rahsia ke sekarang ni?!! Jiyeon menjadi teruja.

Manakala tidak untuk Jeno, surat yang entah daripada siapa itu tiba tiba direnyukkan olehnya dengan begitu sahaja. Giginya perlahan diketap, mengawal rasa marah yang kini semakin lama menyelubunginya.

Tak boleh jadi!

Matanya meliar memandang sekeliling, manalah tahu gerangan yang meletakkan ini di dalam loker Jiyeon sedang menyorok di sekitar sini. Jeno mula memuncungkan bibirnya dan menghentakkan kakinya ke lantai, merasakan cemburu. Tidak sedap hati betul lah.

Jiyeon dia yang punya! Tiada siapa yang boleh ambil. Bersusah payah tahu tidak dia ingin mendapatkan gadis itu?!

"Siapa yang bagi surat dekat Jiyeon aku ni hah?!!"























"cinta adalah sebuah abstrak. kini jeno yakin bahawa dia boleh merasai dan melihat warna warna tersebut. namun, adakah perjuangannya untuk abstrak itu sudah berakhir sekarang?"



























terima kasih!

salam sayang daripada saya
''

JENO ✔︎Where stories live. Discover now