4

163 42 45
                                    

"Alamak.."

Jiyeon hanya memandang air hujan yang perlahan lahan turun membasahi bumi. Sekali kali, tangannya dihulurkan ke luar untuk merasakan air hujan yang kini membasahi tangannya. Jiyeon memandang Jeno di sebelah yang diam, mungkin memikirkan sesuatu?

Mereka hanya diam sahaja selepas itu, berdiri betul betul di hadapan pintu sebuah kafe.

Bagaimana mahu pulang ke rumah kalau hujan seperti ini? Kedua duanya memang tidak membawa payung.

Jeno perlahan mengeluh di sebelah. Dia hanya memerhati kawasan pondok bas yang berada tidak terlalu jauh daripada situ. Kalau berlari ini, boleh ke sampai sana tanpa basah kuyup?

Boleh kot? Kalau tak cuba, bagaimana mahu pulang kan?

Jeno memandang Jiyeon yang di sebelah juga termenung. Tiba tiba dia tersenyum.

"Jiae.." panggilnya dan dengan sekelip mata menyebabkan gadis itu menoleh, dan menayangkan reaksi wajah yang tertanya tanya. Jeno sepertinya takut takut untuk mengatakan kata kata yang seterusnya.

"Kita pergi berlari sampai sana nak tak?" tanya Jeno sambil tangannya menunjuk ke arah kawasan pondok bas yang tidak terlalu jauh di sana. Jiyeon mengecilkan matanya melihat pondok bas itu. Memanglah tidak terlalu jauh. Tetapi boleh ke?

Jiyeon yang tidak mahu membantah hanya mengikut sahaja apa yang dicadangkan oleh Jeno. Dia menganggukkan kepala sebagai tanda setuju. Manakala Jeno, kini ragu ragu memandang tangan milik Jiyeon.

"Aku nak pegang tangan kau boleh?"

Eoh?

Tidak sempat Jiyeon menoleh, Jeno sudah memegang tangannya dengan sangat erat. Mahu tidak mahu, terpaksa dia mengikut Jeno berlari dari belakang walaupun masih terkejut dengan apa yang berlaku. Sempat dia melihat tangan Jeno yang sedang bersatu dengan tangan kecil miliknya.

Jiyeon mengukirkan senyuman.

Sempurna.

Tengok? Sekarang pun Jiyeon merasakan seperti ada sesuatu perasaan pelik yang sedang menyelubungi dirinya. Biarlah, Jiyeon menyukai. Mereka berlari melintasi lopak lopak air yang kadang kadang menyebabkan kasut mereka basah sepenuhnya pada waktu itu.

Tanpa disedari, Jiyeon tertawa dalam diam.

Seronok.

Sesampainya mereka dia pondok bas itu, Jeno melepaskan pegangannya. Dia menarik nafas panjang, begitu juga dengan Jiyeon di sebelah. Jeno merapatkan bibirnya. Seketika dia merasa bersalah.

"Sorry.."

"Eh takpe!"

Jiyeon tersengih mengatakan itu. Seronok sangat ni. Kenapa mahu minta maaf kalau Jiyeon sukakan itu? asdfghjkl. Lelaki ini ialah seorang yang sangat manis di mata Jiyeon ketika ini. Ehe.

Tidak lama kemudian, kedua duanya duduk di tempat yang telah disediakan. Mereka kembali termenung, melihat hujan yang turun. Jiyeon masih lagi dengan lamunannya yang tidak puas hati dengan Jiae. Entah, dia pun tidak tahu sama ada memang cara lelaki itu layan Jiae sebelumnya sama seperti ini ataupun tidak.

Jika betul.

Untungnya Jiae dan dia memang cemburu dengan si adik.

"Nasib baik hujan biasa.." kata Jeno tiba tiba mematikan lamunan Jiyeon menyebabkan gadis itu menoleh.

"Kenapa nasib baik?"

Jeno kini membawa matanya bertentang dengan milik Jiyeon. Dia sedikit mengerutkan dahinya.

"Kau tak tahu?"

Oh? Tengok, Jiyeon sudah salah tanya. Sekali lagi, dia ingin memaki dirinya sendiri. Langsung tidak berhati hati dalam mengungkapkan sesuatu. Tetapi itu tidak mendatangkan curiga langsung daripada si lelaki, malah dia terkekeh kecil disebabkan itu.

"Kau lupa kot, kita dah tak lama cakap pasal ni. Aku tak suka hujan yang ada petir, tetapi aku suka hujan yang renyai renyai" Jeno sedikit tersenyum setelah mengatakan itu. Matanya perlahan dipejam untuk beberapa saat, merasakan angin sejuk yang melintasi tubuh badannya.

Okay Jiyeon, ingat ingat ingat. Dia tak suka hujan petir. Dia tak suka hujan petir dan dia memang tak suka hujan petir. Jiyeon mengangguk berkali kali apabila dia sudah merasa yakin bahawa dia boleh mengingatinya sekarang.

"Kau sibuk ke harini?"

Jeno memandang si gadis di sebelah setelah dia merasakan bahawa hujan sudah hampir mahu berhenti sedikit demi sedikit. Mendengarkan pertanyaan itu, Jiyeon menggeleng. Dia sangatlah tidak sibuk hari ini. Lagi lagi kalau untuk Jeno, dia memang tidak sibuk!

"Sebabkan kita jarang berjumpa, boleh harini aku nak luangkan masa dengan kau?" Jeno bertanya dahulu.

"Boleh!"

Lelaki ini memang suka meminta izin dalam segala hal ke? Jika tidak meminta izin terlebih dahulu pun, Jiyeon memang sangat sudi menerima apapun ajakan yang datang daripada Jeno. Okay, siapa yang taknak lelaki menawan ini?

Kecuali Han Jiae. Sebab dia memang gila.

Jeno tersenyum gembira sebaik sahaja dia mendapat persetujuan daripada Jiyeon. Gadis itu tiba tiba sahaja reflek menghulurkan tangannya kepada Jeno, tetapi tidak disambut kerana lelaki itu bangun terlebih dahulu.

Eh kau kenapa Jiyeon? Kau nak dia pegang tangan kau ke? Jeno perasan ke akan itu?

Bodoh. Memalukan.

"Jom.." kata Jeno.

Lelaki itu menghulurkan tangannya kepada Jiyeon dan sedikit tertawa. asdfghjkl. Dia nampaklah tadi! Biarlah, malu pun malulah. Tidak boleh diundur. Tidak mahu menolak, Jiyeon menyambutnya dengan senang hati dan menikmati masa berduanya dengan Jeno.

Terkadang dia tersenyum melihat tangan mereka yang sedang bertaut bersama sama.















🎨














Jiae membuka pintu rumahnya apabila mendengarkan bunyi seperti ada orang yang datang ke rumah. Dia mencebik sambil membetulkan 'masker' yang tertampal di mukanya. Jiyeon apahal? Tak bawak kunci rumah ke? Aku pukul kepala dia kejap lagi.

"Jiyeon, kau apahal tak bawak—."

Membulat mata Jiae apabila melihat wajah Jeno yang muncul di hadapan pintu itu. Secara automatik dia menundukkan wajahnya ke bawah, tidak mahu lelaki itu melihatnya. Woi, bagaimana Jeno tiba tiba datang sini?!

Eh? Tetapi dia mempunyai 'masker' di mukanya? Tetapi bagaimana kalau Jeno pun perasan? Jiae takut takut ingin memandang atas, menyebabkan dia bergilir menunduk dan juga mengangkatkan kepalanya.

Tetapi apapun, ingat dia tidak perasan akan seseorang yang berada dengan lelaki itu sekarang ini? Dia memerhati sahaja Jiyeon yang sedang berada di atas belakang tubuh Jeno sambil tertidur nyenyak. Wajah itu tidak begitu nampak kerana sedikit ditutupi oleh rambut panjangnya.

Tetapi ingat Jiae tidak tahu yang itu Jiyeon?!

Jiae tersenyum dalam diam dan teruja. Adakah ideanya akan berjaya?

"Ouh? Awak nak hantar Jiyeon balik ke?—Eh bukan Jiyeon, Jiae?" Hampir sahaja Jiae mahu memukul dirinya. Nasib baiklah dia menyedari hal itu. Jeno mengangguk perlahan. Wajahnya terlihat begitu janggal sekarang.

"Maaf mengganggu" Jeno sedikit menunduk hormat kepada gadis itu namun Jiae cepat menggeleng sebagai tanda tidak apa apa.

"Eh takpe! Urm awak masuk dalamlah. Bilik dia ada memang di hujung sekali" ujar Jiae selepas itu memberi izin kepada Jeno untuk masuk ke dalam. Lelaki itu hanya mengangguk lalu tersenyum sambil mengucapkan kata terima kasih.

Jiae terus berlari ke arah dapur namun dalam masa yang sama, dia mengintai lelaki itu yang sedang menggendong Jiyeon dalam diam. asdfghjkl. Amboi amboi. Tengoklah esok, dia akan mengusik si kakak dengan sehabis mungkin.

Baguslah, kalau hubungan mereka baik baik sahaja.















.

semoga hari ini adalah hari yang baik ~ fighting !

JENO ✔︎Where stories live. Discover now