15

159 45 61
                                    

Sekarang musim hujan ke?

Sekali lagi, Jiyeon termenung merenung air hujan yang sedang jatuh, membasahi jalan raya di hadapannya. Hujan yang renyai sahaja dan tidaklah lebat. Dia kemudian memuncungkan bibirnya kembali sambil menunggu hujan untuk berhenti turun membasahi bumi, di sebuah pondok bas.

"Tolonglah, aku nak balik"  bebelnya seorang diri sambil memerhati sekeliling.

Jiyeon berseorangan sahaja di situ.

Namun tidaklah untuk beberapa minit yang selepasnya. Tiba tiba sahaja, ada sepasang kaki yang menjejak lantai pondok bas itu, mengejutkan Jiyeon yang sedang termenung. Dia memandang lelaki itu yang sedang tersenyum memandangnya.

Untuk yang kesekian kalinya, Jiyeon membenci takdir. Takdir yang sering pertemukan mereka berdua di mana sahaja.

Lee Jeno.

Kenapa mesti Jeno?

Sejujurnya, Jiyeon masih tidak boleh lagi berhenti daripada merasa bersalah terhadap lelaki itu. Yang dia tidak faham juga, bukankah lelaki itu harus membencinya dan juga sepatutnya menghindar daripadanya? Tetapi kenapa dia juga ada di sini?

Jiyeon menyedari akan payung yang dipegang oleh Jeno. Boleh sahaja jika lelaki itu terus pulang ke rumah dan tidak menyinggah ke sini bukan?

"Jiyeon.." panggilnya tiba tiba.

Untuk yang kesekian kalinya juga Jiyeon membenci dengan lelaki itu yang sudah mula memanggilnya dengan nama tersebut sejak akhir akhir ini. Jeno kemudian menghampiri gadis itu, dan duduk di sebelahnya.

"Terima kasih" ujarnya sekali lagi setelah tidak mendapatkan jawapan daripada Jiyeon.

"Sebab apa?"

Jeno masih lagi tersenyum.

"Dua hari lepas, kau datang waktu hujan lebat"

Oh? Waktu itu. Jiyeon kalau boleh tidak mahu mengingatkan lagi akan hari itu. Tetapi tetap sahaja, Jiyeon ialah Jiyeon. Sentiasa dengan fikiran bodohnya. Susah tahu tak? Bukan senang mahu melupakan semuanya sekali gus.

"Sebagai tanda terima kasih, nah untuk kau" kata Jeno lagi lalu menghulurkan payung yang berada di dalam genggamannya kepada Jiyeon.

Bagaimana Jeno tahu yang Jiyeon mahu pulang ke rumah dengan secepat mungkin? Tentulah Jeno tahu. Bersungguh sungguh tahu tidak, dia berusaha untuk mengetahui gerak geri si gadis setiap hari walaupun mereka berdua tidak berjumpa langsung?

Jiyeon menaikkan keningnya.

"Kau?"

Huh?

Mendengarkan pertanyaan pendek yang datang daripada Jiyeon seketika membuatkan Jeno terkebil. Namun, tidak lama untuk dia memahaminya. Jeno mengangguk setelah itu.

"Takpe aku dah suruh Jaemin ambil aku lepasni. Lagipun dia nak ajak aku keluar" balas Jeno dan dia masih lagi tidak menerima sebarang pergerakan tindak balas daripada Jiyeon. Jiyeon masih lagi tidak mengambil payung daripada huluran Jeno.

Jeno mengeluh lalu merapatkan bibirnya.

"Aku tahu kau tak anggap kita ada hubungan apa apa mahupun sahabat. Tapi, boleh kau terima ni sebagai orang asing yang nak bantu kau?" jelas Jeno terus dan menerus.

Sungguh dia berharap bahawa Jiyeon akan menerima pemberiannya. Tanpa mengetahui akan seribu rasa bersalah yang sedang menyelubungi Jiyeon selepas mendengarkan kata kata Jeno tadi.

Kejamnya Jiyeon jika dia menganggap bahawa lelaki itu adalah orang asing.

Tidak mahu lagi berlama di situ dan semakin merasa bersalah jika dia bersama sama dengan si lelaki, Jiyeon akhirnya menerima sahaja payung itu dengan ragu ragu.

JENO ✔︎Where stories live. Discover now