70: SENDIRIAN

7 1 0
                                        

Aku suka sendirian,
kerana waktu itu,
tiada siapa yang dapat menyakiti aku,
dan aku tidak menyakiti sesiapa,
namun,
aku terlalu dambakan sendirian,
sehingga aku lupa,
yang jiwa ini tidak ingin sendirian,
dalam tempoh yang lama,
kerana jiwa ini bakal kering,
dan ketika ia tidak mampu lagi mengalirkan rasa,
dia akan kesepian sepanjang waktu.

BOROS-BOROS GINAWO [PUISI JALANAN]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang