8: IBU

38 7 0
                                    

Untuk sedetik lebih, aku cuba bertahan, untuk menyayangi, menghormati dan mencintai-nya sepenuh hati, serta melihat dia seperti sebuah sinar yang indah berkilauan.

Engkau berharga, lebih dari segalanya, lebih daripada apapun, yang tak terucap dan tak terhitung.

Kasihmu begitu indah, menjadi sampan untuk menyeberangi lautan yang bergelora, memberi sesudu nasi, yang tidak pernah lelah, walaupun hati yang tidak pernah terjaga, selalu tersakiti, namun terus berbakti.

Ibu,
Dalam kala ini, aku mahu mengungkapkan kasih yang tidak mampu kuucap di hadapanmu, tapi percayalah, aku menyayangimu lebih daripada segala yang kucinta.

Dan aku mahu berlutut di hujung jari kakimu, untuk memohon keampunan, andainya aku selalu mengoyakkan, secebis hatimu, yang mulia.

BOROS-BOROS GINAWO [PUISI JALANAN]Where stories live. Discover now