Kesan Budi Bahasa Budaya Kita

6 1 1
                                    


Terdapat banyak kesan berbudi bahasa dan ia mendatangkan pelbagai kebaikan kepada kita. Situasi ini boleh dikaitkan dengan peribahasa 'dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh' yang bermaksud dari sifat yang mulia tak akan lahir budi bahasa yang kasar.
Pertamanya ialah kesan berbudi bahasa kepada individu. Ia akan memberi impak baik kepada mereka, dan mendekatkan mereka kita. Mengamalkan budi bahasa juga akan mencerminkan keperibadian kita.
Seterusnya, kesan kepada masyarakat dapat menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain. Kita juga dapat layanan yang baik dari masyarakat. Malah ia melahirkan masyarakat yang baik,bertanggungjawab dan penuh amanah.
Kemudian, kesan kepada pelancong. Mereka akan berasa seronok melancong di negara kita dan secara tidak langsung mengharumkan nama negara kepada luar negara.
Akhir sekali, kepada pemimpin. Pemimpin akan mudah didampingi dan disanjung tinggi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

karanganWhere stories live. Discover now