Please vote and comment on this story guysಥ‿ಥ
I'm begging
(Edited)Takemichi dan Chifuyu berjalan di bawah jambatan di kawasan perumahan sekitar kawasan tempat mereka berjumpa Baji.
Tap tap tap
"Takemitchy!" Takemichi berpaling ke belakang.
"Huh huh... Jumpa juga kau." Hakkai menarik nafas laju kerana dia baru habis memecut mencari Takemichi. Mereka bertiga mula mencari tempat duduk yang selesa untuk berbual.
Keadaan hening seketika sehingga Hakkai mula memecahkan kesunyian antara mereka.
"Boleh tak nanti kalau korang jumpa Taka-chan, cakap kat dia aku cakap terima kasih.?" Hakkai memandang mereka berdua.
"Ouh. Boleh... Tapi kenapa?" Takemichi mengiakan. Hakkai menunduk mengambil nafas.
"Hidup aku kacau sangat. Kita orang takda mak dalam keluarga. Ada ayah pon, jarang ada kat rumah. Jadi, yang ada, Taiju sebagai anak sulung." Hakkai membuka cerita tentang Taiju.
"Taiju dah jadi king sejak dia kecil lagi. Semua sebab dia besar Dan kuat dari budak lain. Lepastu, Taiju ni pandai ambil hati orang. Sebab tu, pengikut dia sayang dia."
"Taiju ni pakar guna keganasan." Takemichi meneguk air liur. Payau...
"Dia tak tumbuk. Dia pukul terus. Walaupun adik-beradik dia sendiri."
Flashback...
"Bangun Hakkai. Sebenarnya aku bukan nak pukul kau." Taiju duduk bersila di sebelah Hakkai yang tergeletak lemah setelah dipukul olehnya. Dia mengusap perlahan kepala Hakkai.
"Aku kisah pasal kau lebih dari aku kisah pasal orang lain. Aku lebih terbuka dengan kau dari orang lain. Sebab tu aku kecewa bila kau tak jadi apa yang aku nak. Aku sayang kau, Hakkai."
Flashback end...
"Aku... Selalu fikir yang kasih sayang ni menyakitkan. Sebab tu cara aku dibesarkan. Jadi, aku ingat benda tu normal." Takemichi dan Chifuyu hanya diam mendengar cerita Hakkai.
"Taka-chan dah tunggang terbalikkan hidup aku. Memang mengejut betul." Hakkai tersenyum.
"Walaupun masa tu dia tengah main, tapi dia kena jaga dua budak kecil. Hidup dia susah sangat. Tapi, dia selalu senyum."
"Aku teringat masa aku makan makanan yang Taka-chan masak, aku tak tahulah kenapa tiba-tiba aku nangis macam baby. Aku masa tu macam 'eh masinnya sup Miso ni'". Hakkai ketawa.
"Dia bagitahu aku sesuatu. Guna kekerasan untuk melindungi. Sejak dari tu, aku bersumpah, aku akan jaga keluarga aku."
"Jadi, tu yang akan kau buat, hah? Okay... Mulai sekarang, kau akan ambil pukulan untuk dua orang. Boleh kan?" Kata-kata Taiju terulang kembali di minda Hakkai.
"Sejak dari tu, aku selalu terima pukulan yang sepatutnya untuk Yuzuha. Sepanjang masa ni, aku selalu lindungi dia. Tapi dia...
Dia mungkir janji tu." Hakkai sebak.
"Dia pukul Yuzuha... Macam sebelum ni."
"Ni tak macam apa kau janji!" Hakkai kecil menangis melihat kakaknya dipukul Taiju.
"Janji? Kau lindungi dia dari keluarga dia sendiri! Aku cuma nak ajar dia!" Taiju memandang Hakkai sebelah mata.
"Ehh bodohlah..." Takemichi mengumpat perlahan.
"Dasar pengecut." Chifuyu turut memberi carutan.
"Korang nampak kan? Dia fikir penjanjian dia dengan Taka-chan macam takda pape... Dia... Takkan pernah bebaskan Yuzuha."
"Payah macam ni... Lepastu, apa yang kita perlu buat untuk lepaskan Yuzuha-chan?" Tanya Takemichi. Hakkai senyap seketika.
"Sebenarnya aku malu nak bagitahu. Aku... Nak berdiri dekat Taiju pun dah ketar lutut. Aku rasa macam aku ni tak boleh buat apa-apa." Hakkai meremas kedua tangannya yang gementar.
"Hakkai..."
"Kalau Taiju takda sekitar sini... Sebab tu aku dah ambil keputusan." Hakkai berdiri dari tempat duduknya.
"Huh?" Takemichi blank.
"Sebab kenapa aku keluar Toman. Aku taknak cemarkan nama baik Toman. Untuk lindungi keluarga aku... Aku, akan guna kekerasan." Hakkai memejamkan matanya sebelum menyambung ayat. Takemichi menanti dengan gugup.
"Aku... Akan bunuh Taiju." Riak muka Hakkai seperti tidak main-main dengan kata-katanya.
"Apa?!!" Takemichi turut berdiri. Tersentak dengan keputusan yang dibuat oleh Hakkai.
"Jadi, korang dah tak payah risau pasal aku." Hakkai tersenyum memandang mereka berdua sebelum mula berjalan meninggalkan kawasan tersebut.
Chapter 9 done!!!
YOU ARE READING
𝖘𝖕𝖆𝖈𝖊 - 𝕿𝖔𝖐𝖞𝖔 𝕽𝖊𝖛𝖊𝖓𝖌𝖊𝖗𝖘 (Discontinue)
Novela Juvenil(slow update) ⚠️ warning ⚠️ Spoiler chapter 77-??? Don't read if you don't want to be spoiled "Kau suka dia??!! Mitsuya? Kau suka dia ke Yuzuha?" - Hakkai "Mana ada... Lagipon aku anggap dia abang je. Sebab--" - Yuzuha Rated M (15+) unsur-unsur keke...