Meet

101 15 3
                                    

  Please vote and comment on this story guysಥ‿ಥ
I'm begging

(Edited)

Tong

Bunyi bowling dan pins jatuh kedengaran. Takemichi memandang orang yang berada di sebelahnya. Terbeliak matanya

'Mak aih... Bapak tinggi' seseorang pon itu memandang Takemichi.

"Wow. Tak sangka kita sama-sama strike. Kita seragam lah" Kata si tinggi itu.

"Yeah, not bad." Seorang gadis yang duduk di tempat menunggu turut memberi komen kepada Takemichi. Takemichi masih lagi terkejut melihat figure lelaki yang agak tidak normal berbanding pengunjung yang berada di situ.

'Eh kejap. Aku pernah nampak ke mamat ni?' Takemichi bermonolog di dalam hati.

"Huh? Aku rasa macam pernah nampak kau la. Ahh kau... Hanagaki Takemichi. Alamak... Takkan lepas jadi kapten kau dah tak betul kot?" Kata orang itu.

"Huh?" Takemichi masih lagi tidak mengenal siapa lelaki tersebut.

"Aku vice captain devisi kedua, Hakkai Shiba." Kata Hakkai mula mengingatkan kembali Takemichi.

"Jom balik." Kata gadis yang bersama Hakkai.

"Ish. Sabarlah... Gelanggang memanggil aku ni." Hakkai memarahi gadis itu. Takemichi masih lagi membuat muka terkejutnya melihat Hakkai.

"Kau ni dah kenapa? Kapten aku banyak cerita pasal kau." Hakkai tersenyum setelah itu menyebabkan Takemichi semakin terkejut.

Setelah selesai bermain

"Hahaha!!! Takemichi, mulai sekarang kita brother! Jom datang tempat aku!" Hakkai memaut bahu Takemichi.

"O-okay..." Takemichi mengiakan sahaja.

"Memandangkan korang dah jadi bros, jadi aku kakak korang. Jadi, Takemichi belikan aku air sebab kau dah jadi adik aku." Kata Yuzuha, kakak Hakkai.

"Eh?? Korang adik-beradik?" Takemichi bertanya kepada Yuzuha.

"Lah yeke? Tapi korang nampak tak sama." celah Hinata, teman wanita Takemichi.

"Kau nampak tak hebat dalam berlawan. Kenapa kau jadi kapten dalam Toman?" Takemichi terkedu mendapat soalan seperti itu. 'Menusuk siot'

"Aku rasa Hakkai lagi hebat dari kau. Yeah, cuma dia tak berminat." Tambah Yuzuha lagi.

"Emm. Nampak macam Shiba-kun memang kuat." Puji Hinata. Hakkai hanya diam dan terus berjalan.

"Kau macam tak boleh harap." Yuzuha berjalan di seblah adiknya.

"Tak adalah... Jadi orang atasan ni boleh buat aku sakit kepala. Aku suka hidup bebas." Hakkai memberitahu sebab sebenar dia tidak suka jawatan tinggi.

"Bagusnya Shiba-kun!" Puji Hinata lagi. Dan seperti biasa, Hakkai menjadi senyap apabila dipuji Hinata. Takemichi dan Hinata terkejut dengan sikap Hakkai itu.

"Jangan ambil hati tau, Hinata. Adik aku ni jenis lambat sikit. Kalau mana-mana perempuan puji dia, mesti dia beku terus." Terang Yuzuha kepada Hinata.

"Hmm kalau kau vice captain devisi kedua.... Kau mesti rapat kan dengan Mitsuya-kun?" Tanya Takemichi kepada Hakkai.

"Malangnya... Ya. Selain dari tu, kita sama umur. Jadi, tak payahlah sopan sangat." Hakkai hanya tersenyum.

"Hah? Kau nampak tua lah! Betul ke kita sama umur?!" Takemichi masih lagi ragu-ragu.

"Haha. Relaks bro."

"Mitsuya tu dah macam abang kepada Hakkai." Balas Yuzuha.

"Taka-chan tu... Macam satu hikmah untuk aku. Dia yang ajar aku macam mana nak jadi hebat dan menyakitkan dalam masa yang sama. Annoying kan dia? Dia... Memang betul-betul macam abang sebenar aku." Hakkai menceritakan sifat Mitsuya.

"Dia suka sangat kat Mitsuya. Kau tengok skrin fon dia pon gambar Mitsuya." Yuzuha menunjukkan skrin Hakkai kepada Takemichi. Takemichi terkedu melihat telefon Hakkai.

"Yuzuha, bila kau ambil fon aku?!!" Yuzuha mengabaikan Hakkai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yuzuha, bila kau ambil fon aku?!!" Yuzuha mengabaikan Hakkai.

"Kau tengok. Aku letak gambar dia (Hakkai) dekat skrin aku." Yuzuha menunjukkan skrin telefon miliknya pula. Takemichi hanya tersenyum kekok melihat kerenah dua beradik itu.

"Okay kita dah nak sampai!" Hakkai teruja mengatakan perkara tersebut.

"Hakkai... Kita dalam masalah... Abang dalam perjalanan balik."

Chapter 3 update!!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter 3 update!!!

𝖘𝖕𝖆𝖈𝖊 - 𝕿𝖔𝖐𝖞𝖔 𝕽𝖊𝖛𝖊𝖓𝖌𝖊𝖗𝖘 (Discontinue) Where stories live. Discover now