0 6

72 15 2
                                    

"Abang pergi dulu, Dhiya!" Hazreeq melangkah keluar dari rumah. Tanganya mendukung si kecil Tyizam. Kanak-kanak lelaki itu yang hendak ikut ayahnya ke rumah Pakcik Husin.

"Hati-hati abang!. Balik cepat" Dhiya bersalam dengan suaminya. Hazreeq mengangguk lalu dicium pipi isterinya.

Badan tembam Dhiya dipeluk erat. Erat seperti tidak mahu dilepaskan! Tyizam di dalam dukungan tersepit di pelukan tersebut.

"Abang kenapa? Peluk serupa takda hari esok" Dhiya tertawa perlahan.

"Takut rindu" Hazreeq membalas lalu tertawa. Dicuit hidung Dhiya perlahan. Dhiya mencubit perut suaminya. Gatal!

"Dah-dah pergi cepat!" Dhiya menghalau suaminya. Kalau dibiarkan Hazreeq dekat sini lama-lama, alamatnya lagi merahlah pipi Dhiya.

Hazreeq menyarung selipar. Selipar kecil milik Tyizam dipegang. "Halau nampak" Hazreeq tersengih.

Dhiya mengeleng. Badan Tyara yang ingin mengikut suaminya dipegang. Mana boleh Tyara ikut sunyila nanti dia di rumah!

"Tak halau cuma suruh pergi je" Dhiya tertawa kecil.

Hazreeq mengeleng kepalanya beberapa kali. Dia masuk ke dalam kereta lalu enjin dipanaskan. Wajah Tyara yang sedang menangis ditatap. Ala kesiannya si kecil itu. Tapi nanti kesian pula Dhiya seorang diri di rumah.

Dia melambai mesra ke arah Dhiya dan Tyara. Tyizam di sebelah hanya duduk tidak bergerak selepas si sang ayah memakaikan tali pinggang keledar.

Mereka menuju ke rumah Pakcik Husin yang jaraknya hanyalah 5km. Pakcik Husin dulunya seorang ahli surau, namun selepas dia semakin tua kesihatannya semakin merosot. Anak-anaknya yang seramai 5 orang sudah mendirikan rumah tangga. Jarang sekali mereka pulang melawat Pakcik Husin, ayah mereka.

Pakcik Husin hanya mampu meminta pertolongan dari jiran-jirannya. Mujur beberapa orang sanggup menjaga Pakcik Husin terutama Hazreeq. Dialah yang sering melawat lelaki tua itu.

"Assalamualaikum Pakcik Husin!" Hazreeq memberi salam. Tyizam di sebelah sudah pun ingi masuk ke dalam rumah itu terlebih dahulu namjn ditahan oleh si sang ayah!

Pintu dibuka. Muncul Pakcik Husin yang hanya berkain pelikat serta berkopiah. Mungkin lelaki tua ini baru selesai menunaikan solat.

"Hazreeq, Tyizam?" Pantas nama kedua-dua lelaki itu disebut oleh Pakcik Husin. Mana mungkin dia lupa kedua-dua lelaki ini. Selang 3 hari mesti mereka akan datang kerumahnya.

Hazreeq bersalaman dengan lelaki tua itu. Tangannya yang sudah berkedut diusap lembut. Tegar sekali anak Pakcik Husin meninggalkan ayah mereka sendirian di rumah ini!.

"Mari masuk" pintu dibuka luas. Tyizam pantas berlari masuk ke dalam rumah. Ikan di atas meja rumah tersebut dituju. Itula sebab Tyizam ingin ke rumah Pakcik Husin. Ingin melihat ikan laga milik Pakcik Husin.

Hazreeq bergerak ke bonet kereta. Beberapa beg plastik dibawa keluar. Beg itu dibawa masuk lalu diletakkan di dapur.

"Kamu beli apa lagi Hazreeq?" Suara Pakcik Husin seakan penat. Hazreeq sering membeli barang keperluan untuknya. Sudah puas dia menolak pertolongan lelaki itu

Hazreeq mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Barang sikit Pakcik. Ala sekali-sekala apa salahnya" Hazreeq tertawa.

Tangannya lincah menyusun barang-barang ke tempat sebetulnya. Pakcik Husin sekadar memerhati. Dia tersenyum nipis. Negara perlukan ramai lagi anak muda seperti Hazreeq!.

"Dah-dah nantila sambung tu. Meh kita berbual di hadapan" Pakcik Husin berjalan dahulu ke ruang tamu.

Hazreeq hanya mengikut arahan Pakcik Husin lalu dia juga berjalan ke ruang tamu. Badan anaknya yang sedang bermain dengan ikan didukung. Tersenyum Tyizam melihat si sang ayah yang sedang bermain dengan dirinya!

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now