0 9

116 12 2
                                    

HAZREEQ mengelilingi rumah yang hampir sepenuhnya terbakar itu. Dilihat jikalau ada orang yang terperangkap di dalam rumah mewah ini.

"Encik tolong selamatkan saya!" Suara seorang gadis di dalam rumah kedengaran.

Hazreeq panik. Dia mencari sesuatu yang boleh menolong dirinya untuk membantu mengeluarkan mangsa yang terperangkap.

Untuk memecah masuk ke dalam rumah itu sangatlah mustahil. Pintu masuk depan dan belakang sudahpun terlebih dahulu dijilat api. Untuk masuk melalui tingkap pula, agak susah. Tingkap semuanya dihalangi oleh besi!.

Dia ke belakang rumah. Terdapat satu pondok kecil. Hazreeq segera berlari ke pondok itu. Di situ terdapat dua botol minyak tanah serta sekotak mancis. Hazreeq mengambil minyak itu. Dibelek botol itu dengan teliti. Kebakaran ini angkara perbuatan manusia!

"Berhenti! Jangan bergerak!" Suara seorang lelaki kedengaran.

Hazreeq terkaku di situ. Dia tidak mampu menoleh kebelakang. Matanya dipejam rapat. Takut! Itu yang dirasai oleh Muhammad Hazreeq sekarang!

"Encik letakkan barang itu!" Suara lelaki itu yang sedang mengarah kedengaran.

Tanpa banyak hal, Hazreeq segera meletakkan botol itu ditempat asal. Dia berpusing kebelakang. Satu saja niatnya dihati iaitu lari! Lari saja yang diingini oleh Hazreeq sekarang!

Seorang anggota polis menghampiri Hazreeq. Tangan Hazreeq digari. Hazreeq melihat Aaqif disisinya. Aaqif kelihatan sangat terkejut dan tidak percaya akan apa yang berlaku.

Tidak percaya ayat yang pernah dilontarkan oleh Hazreeq itu menjadi kenyataan. Aaqif mengambil alih tugasan seorang anggota polis yang memegang Hazreeq. Hazreeq tersenyum nipis. Sekurang-kurangnya sahabatnya sendiri yang sedang mengari dirinya.

"Mana anak aku Qif?" Hazreeq bertanya perlahan.

Dilihat tempat sepatutnya Tyizam berada. Kosong!. Sepatutnya anak lelakinya itu berada di situ bersama gadis yang menegurnya tadi. Namun hanya titisan darah saja yang berada di situ.

Hazreeq memejamkan mata. Aisy Tyizam maafkan ayah!

"Mana anak aku Qif?" Hazreeq bertanya lagi.

Aaqif mengeluh. Dibawa masuk Hazreeq ke dalam kereta polisnya. Hazreeq akur. Dia memandang ke luar tingkap. Kebakaran berjaya dipadam dalam masa yang singkat. Tetapi mangsa rentung!. Hazreeq tidak berjaya menyelamatkan mangsa!.

Hazreeq tersenyum sayu. Gagal! Sedih! Gembira! Benci! Semua sedang dirasakan oleh Hazreeq sekarang. Fikirannya berserabut memikirkan hal isteri dan anak-anaknya.

Aaqif masuk ke dalam tempat pemandu kereta polis itu. Dia melihat Hazreeq yang sedang mengelamun di belakang.

"Kau.... buat semua ni?" Aaqif bertanya.

Jujur kalau bagi Aaqif, dia tidak percaya yang Hazreeq membuat segalanya. Hazreeq seorang jejaka yang baik. Masakan Hazreeq hendak membunuh penghuni rumah yang terbakar ini. Kalau ya! Apa sebabnya?

"Bagi kau, aku yang buat ke kebakaran ni?" Hazreeq bertanya kembali.

Aaqif mengeluh. Kereta itu dihidupkan enjin. Sengaja dia meminta anggota polis yang lain tidak menaiki bersamanya. Mujur mereka faham!

"Bukti menunjukkan kau yang buat! Kau berada di situ seorang diri. Di tempat yang agak strategik untuk seseorang itu menyorokkan diri. Dijumpai sambil memegang minyak dan mancis. Memakai pakaian yang gelap seperti tidak mahu orang mengenali kau!" Aaqif menerang. Stereng kereta dipukul kasar.

Hazreeq masih tersenyum. "Kalau apa-apa jadi kat aku, aku nak minta tolong sangat. Tolong jagakan keluarga aku. Tu je! Aku percaya kan kau!" Hazreeq berkata perlahan.

Aaqif mengeleng laju. "Aku percaya yang kau tak buat semua ni. Ni mesti orang yang iri hati dengan kau. Jangan risau, aku akan tolong kau lepaskan diri dari tuduhan ni. Aku kenal sahabat aku. Muhammad Hazreeq takkan buat benda yang jahat" Aaqif berkata tegas.

Hazreeq tersenyum di belakang. Dia berasa sangat bertuah mempunyai rakan seperti Aaqif.

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now