1 3

77 13 0
                                    

Dhiya menggengam jari Tyara. Kuat sekali sampaikan Tyara menjerit kesakitan. Aaqif di belakang hanya memerhati. Mereka sekarang berada di Balai Polis dimana Hazreeq berada.

"Awak dah bersedia?" Aaqif bertanya.

Dhiya mengeleng laju. Bibirnya digigit kuat.

"Apa semua ni? Suami saya takkan berada kat sini!" Dhiya menjerit tiba-tiba.

"Sabar Dhiya. Kami pun tak tahu lagi betul atau tidak yang Hazreeq lakukan kebakaran tu" Aaqif memujuk.

Dhiya tersenyum sinis. Kebakaran?. Aaqif baru saja menceritakan segala yang berlaku kepada Dhiya di dalam kereta tadi. Dari mereka menjumpai Tyizam terbaring sambil kepalanya berdarah sehinggalah mereka terjumpa kelibat Hazreeq serba hitam di pondok belakang rumah.

Dia yakin yang suaminya tidak akan berani membuat perkara jahat itu. Nak membuat sepah rumah pun tidak berani masakan Hazreeq hendak membunuh orang!.

"Jom. Mesti Hazreeq nak jumpa awak" Aaqif berkata lembut.

Dhiya mengeluh. Dia mengangguk perlahan lalu dia mengikut dari belakang Aaqif ke lokap Hazreeq.

Seketika kemudian, Hazreeq keluar dari lokap. Dia memandang ke arah Dhiya dan Tyara. Senyuman nipis terukir di bibir Hazreeq.

"Abang!" Dhiya berjalan ke arah Hazreeq. Badan suaminya dipeluk erat. Hazreeq membalas pelukan tersebut. Dia sangat rindu akan isterinya!.

"Abang..abang tak buat kan? Abang tak bunuh orang kan? Cakap dengan Dhiya. Suami Dhiya ni tak bunuh orang. Abang baik! Abang akan keluar dari sini" Dhiya berkata laju sambil dia menahan tangisan.

Hazreeq mendiamkan diri. Dicari-cari dimana anak lelakinya Tyizam. Hatinya ingin bertanya tetapi dia hanya abaikan sahaja dulu!.

"Abang. Dhiya rindu abang!. Abang bila nak balik? Abang tak buat semua benda tu. Takkan suami Dhiya nak bunuh orang. Muhammad Hazreeq seorang jejaka yang baik" kata Dhiya lagi.

Aaqif yang sedari tadi hanya memerhati berasa simpati dengan Dhiya. Dia bergerak ke tempat lain. Takut jikalau lama lagi di situ air mata lelakinya akan tumpah!

"Sayang..." Akhirnya Hazreeq membuka mulut. Suara Hazreeq bergetar. Dia memegang muka Dhiya lembut .

"Abang..." Dhiya memandang anak mata hazel Hazreeq.

Hazreeq menarik nafas. Dia tersenyum kecil lalu diseka lembut air mata isterinya.

"Maafkan abang!" Hazreeq berkata perlahan. Dia mendukung Tyara. Tersenyum Tyara di dukungan ayahnya itu.

Dhiya laju mengeleng. "Abang tak salah. Jadi abang tak perlu minta maaf. Abang cakap dekat diorang yang abang tak salah!" Balas Dhiya lagi.

Hazreeq menghela nafas berat. "Maafkan abang Dhiya!" ujar Hazreeq lagi.

Dhiya sudah hendak menangis lagi disitu. Hazreeq dari tadi berkata maafkan, maafkan dirinya.

"Tyizam mana?" Hazreeq akhirnya menanya jua soalan itu.

"Hospital!" Aaqif yang kebetulan terdengar soalan itu menjawab.

Kening Hazreeq berkerut!. Hospital?

"Kenapa Tyizam ada kat situ?" Hazreeq bertanya lagi.

"Kau jadi suspek utama dalam kes Tyizam. Kami terjumpa Tyizam seorang diri terbaring sambil kepalanya berdarah. Disebelah Tyizam ada sebatang kayu dan kami terjumpa cap jari" Aaqif menjelaskan kes Tyizam.

Hazreeq mengangguk. Mukanya diraup kasar. Menyesal! Menyesal dia menolong gadis itu!

"Cap jari tu.... Sepadan dengan kau!" Aaqif berkata sekali nafas. Dia mengeluh berat.

Hazreeq terbatuk. Wajah pelik ditayangkan kepada Aaqif. Dia cuba mengingat kembali peristiwa di mana dia memegang kayu itu. Senyuman hambar terukir di bibir Hazreeq. Patutlah tadi ada pegawai yang minta cap jarinya!

"Aku percaya kau tak buat camtu kat Tyizam. Ayah mana je yang sanggup nak cederakan anaknya sendiri. Lagi-lagi budak kecil seusia Tyizam tu!" Aaqif menepuk perlahan bahu Hazreeq.

"Maafkan aku Qif!" Hazreeq berkata perlahan.

Aaqif mengeleng. "Aku akan cari bukti yang kukuh untuk kau. Dengan bukti tu kau akan bebas dari sini. Tapi susah sikit takda saksi!" Aaqif sekali lagi mengeluh.

Rumah yang terbakar itu agak sunyi walaupun berdekatan dengan taman.

"Tyizam? Dia nampak segalanya kan?" Hazreeq berkata dengan harapan yang anak lelakinya akan menjadi saksi bagi kesnya.

"Tyizam lupa ingatan Hazreeq!" Ujar Aaqif. Kepalanya dipicit lembut.

Hazreeq terkejut. Dia bangun lalu badannya ditundukkan sedikit.

"Maafkan aku Qif. Maafkan abang Dhiya. Tyara ayah minta maaf ya. Aku pergi dulu!" Hazreeq kembali ke pegawai yang memantau dirinya. Dia tidak sanggup lagi mendengar berita buruk itu.

Pegawai itu membawa Hazreeq ke lokapnya semula. Sempat Hazreeq tersenyum manis kepada Aaqif, Dhiya dan Tyara.

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now