E P I L O G

263 18 4
                                    

Setahun kemudian...

"Aisy Tyizam, Aisy Tyara cepat ambil beg tu. Nanti lambat nak pergi tadika" Dhiya menjerit memanggil anak kembarnya.

"Kejap ibu" Tyizam berlari mendapatkan beg sekolah untuk dirinya serta adiknya.

Dhiya mengeleng. Hari-harinya sentiasa sibuk. Dia perlu bekerja, menjaga anak seorang diri.

"Assalamualaikum!" Suara seorang lelaki kedengaran.

"Eh abah!" Tyizam berlari mendapatkan lelaki tersebut.

Lelaki itu tersenyum manis. Dia menyangkung lalu badan kanak-kanak itu didukung.

"Kenapa ibu marah-marah tu. Tak kesian ibu ke?" Lelaki itu mencuit hidung Tyisam.

"Mana ada ibu marah. Ibu tegur je" Tyizam menjelaskan hal sebenar.

Lelaki itu hanya mengeleng. Dia bergerak ke arah Tyara lalu menolong kanak-kanak perempuan itu memakai beg sekolahnya.

"Aaqif!" Dhiya menyapa Aaqif yang segak berbaju uniform.

"Hai anak abah. Hazeeq Taqi" Aaqif mendukung bayi yang baru berusia beberapa bulan itu.

Dhiya tersenyum nipis. Aaqif banyak membantu dirinya dalam menguruskan hal keluarga. Kadang-kadang Aaqif yang akan menghantar si kembar ke tadika.

"Jom! Cepat siapa lambat kena tinggal" Aaqif keluar dari rumah sambil tangan kanan dan kirinya mendukung Taqi dan Tyizam.

Dhiya mengeleng kecil. Hanya Aaqif lah tempat mereka bermanja demi mendapatkan kasih sayang seorang ayah.

"Jomlah naik kereta saya. Penat-penat saya beli kereta baru nak bagi muat semua naik" Aaqif menuju ke kereta barunya.

Kereta putih berjenama honda Jazz itu baru dibeli oleh Aaqif. Katanya mudah untuk membawa mereka keluar bersiar-siar sekali. Aaqif jugalah yang menyediakan child car seat di dalam kereta itu. Sudah puas Dhiya menghalang agar tidak menghabiskan duit tetapi Aaqif hanya memekakkan telingan

"Belajar elok-elok. Bye!" Aaqif ingin kembali ke keretany setelah dia menghantar si kembar dan Taqi ke tadika.

"Awak tak pergi kerja?" Aaqif menanyakan kepada Dhiya. Selalunya Dhiya akan pergi ke kerja cepat. Dhiya sekarang berkerja sebagai juruwang di sebuah pasaraya.

Dhiya mengeleng. "Harini ada program bersama ayah. Kesian Tyizam dan Tyara duk bertanya dari semalam lagi" Dhiya tersenyum nipis.

Aaqif terkaku. Dia mendogak memandang langit. Hazreeq! Anak kau cari Haz!

"Saya pergi dulu Aaqif. Kerja elok-elok" Dhiya tersenyum manis memandang Aaqif lalu dia masuk ke dalam tadika itu.

• • •

Tyizam dan Tyara memuncungkan bibir. Dilihat kesemua rakan mereka sudahpun duduk bersama ayahnya. Hanya mereka berdua masih statik di meja sendiri.

"Mana ayah?" Tyara bertanya kepada abangnya. Tyizam sekadar mengangkat bahu. Tyizam sekarang menjadi kanak-kanak yang pendiam semenjak ketidakadaan Hazreeq.

"Ok sekarang peluk ayah masing-masing!" Cikgu perempuan itu memberi arahan.

Semua kanak-kanak mengikut arahan tersebut. Masing-masing berwajah ceria.

"Mana ayah Tyizam dan Tyara?" Seorang lagi cikgu perempuan menegur. Disangkakan Aaqif adalah ayah kepada kembar ini.

"Tak tahu. Ayah tak hadir" polos Tyara menjawab.

Pintu diketuk, muncul Dhiya bersama Taqi di dukungan. Dhiya tersenyum memandang cikgu tersebut lalu membisikkan sesuatu di telinga cikgu itu sehingga cikgu itu menundukkan badannya beberapa kali.

"Anak ibu!" Dhiya menyapa anak kembarnya.

Tyizam dan Tyara tidak membalas. Masing-masing hanya meletakkan kepala di meja.

"Kenapa monyok ni" Dhiya duduk di hadapan anak kembarnya lalu membetulkan kedudukan Taqi.

"Ibu.. mana ayah?" Tyara bertanya. Sudah lama dia tidak melihat wajah ayahnya!

Dhiya terkedu. Dia tersenyum nipis tidak mampu untuk menjawab soalan tersebut. Dia mengusap rambut Tyizam. Wajah Tyizam sangatlah seiras dengan Hazreeq. Sering kali dia menangis tatkala dia melihat wajah anak lelakinya itu.

"Ibu..." Tyizam mengeluarkan suara.

"Ya sayang" Dhiya memandang wajah Tyizam.

Tyizam menghela nafas kecil. "Ayah dah mati kan?" Tyizam bertanya. Tanpa sedar air matanya bertakung di kelopak mata.

Dhiya tergamam. Dipandang mata anaknya. Ketiga-tiga anaknya mempunyai mata hazel sama seperti Hazreeq.

Dhiya tidak mengangguk ataupun mengeleng. Dia memeluk erat badan Tyizam. Tidak sangka, kanak-kanak sekecil Tyizam memahami apa yang berlaku!

"Ibu betul kan?" Tyizam bertanya lagi.

Dhiya mengangguk kecil. Tyara di sebelah sudahpun hampir menangis. Dia kelihatan keliru di situ.

Tiba-tiba, pintu diketuk lagi. Kali ini muncul seorang lelaki beruniform. Dia berwajah serius. Lelaki itu terus menuju ke arah Tyizam lalu dia memeluk badan kanak-kanak lelaki itu.

"Abah ada sayang. Abah ada" Aaqif memeluk erat badan Tyizam. Sedari tadi dia hanya memerhati tingkah laku Tyizam dari luar kelas.

"Aaqif awak..." Dhiya masih tergamam melihat Aaqif disitu. Kini mereka menjadi perhatian orang lain di dalam kelas itu.

Aaqif mendukung Tyizam dan Tyara. Dicium pipi mereka. Dia sudah menganggap si kembar ini sebagai anak kandungnya sendiri.

Aaqif kemudian meletakkan Tyizam dan Tyara di bawah semula. Dia melutut sambil tanganya mengeluarkan satu benda.

"Will you marry me Dhiya Tihani? Saya taklah sebaik Hazreeq dan saya tak selayak Hazreeq. Tetapi saya berjanji akan menjaga awak dan anak-anak dengan sepenuh hati saya" Aaqif berkata lancar.

Dhiya tergamam. Tidak mampu berkata apa-apa. Dia memandang sekeliling. Kelihatan guru-guru dan para ibubapa sedang menunggu jawapan daripada Dhiya.

Aaqif memejamkan mata. Tidak sanggup mendengar keputusan Dhiya. Sudah pasti Dhiya masih terkejut.

Aaqif mendengar orang ramai menepuk tangan. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Di hadapannya terlihat Dhiya yang sedang tersenyum manis sambil tanganya mengambil cincin.

Dia meraup mukanya. Tidak terkira bertapa dia bersyukur kerana Dhiya sanggup menjadi isterinya.

"Terima kasih Dhiya. Terima kasih" Aaqif mengambil Taqi di dalam dukungan Dhiya. Bayi lelaki itu tersengih memandang Aaqif.

"Terima kasih awak. Awak terlampau baik sangat. Sama seperti Hazreeq" Balas Dhiya.

Aaqif mengeleng. "Saya tak setanding Hazreeq. Hazreeq lebih baik dari saya" balas Aaqif lalu dia tersenyum.

Dia memandang pula ke arah si kembar yang terkebil-kebil memandang dirinya. Dia merendahkan badan lalu badan Tyizam dan Tyara dipeluk erat.

Terima Kasih Hazreeq!

Terima Kasih untuk semuanya!

Muhammad Hazreeq semoga kita berjumpa lagi di sana!

Tamat!

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now