0 8

167 11 3
                                    

Hazreeq fokus membawa kereta. Sekali-sekala dia menjenguk anaknya yang sudah hendak terlelap di kerusi belakang. Dia tersengih kecil.

"Aisy Tyizam!" Panggil Hazreeq perlahan.

Tiada sahutan dari Tyizam. Kepala si kecil itu tersenguk-senguk cuba menahan diri dari terlelap.

"Aisy Tyizam" panggil Hazreeq lagi. Kali ini cukup kuat.

Tyizam terkejut. Matanya digosok beberapa kali. "Ye ayah!" Jawab Tyizam perlahan.

Hazreeq ketawa kecil. Baru keluar dah mengantuk!

"Tyizam ngantuk ye?" Hazreeq bertanya lembut. Tyizam laju mengangguk.

"Nak balik ke?" Usik Hazreeq lagi.

Tyizam laju mengeleng. "Taknak!" Balas Tyizam laju.

Hazreeq membuat tanda ok lalu meneruskan memandu. Nampaknya Tyizam sudah tewas. Nyenyak saja dia tidur di kerusi belakang.

Hazreeq hanya membawa Tyizam ke taman rekreasi. Taman ni lah tempat kegemaran Tyizam. Dibawa ke sini pun sudah cukup untuk mengembirakan Aisy Tyizam.

"Ayah! Tyizam nak aiskrim tu boleh?" Tyizam menarik-narik tangan ayahnya.

Hazreeq tersenyum kelat. Diturutkan juga permintaan anak bujangnya. Tersenyum suka Tyizam mendapat aiskrim berperisa coklat itu.

"Ayah!" Tyizam memanggil kuat.

Hazreeq memandang ke arah Tyizam. Dilap mulutnya yang comot menggunakan tisu. Kemudian, Hazreeq mengangkat sebelah keningnya.

"Ayah sayang Tyizam tak? Ayah asyik cakap je ayah sayang ibu. Tyizam dan Tyara tak sayang?" Polos Tyizam bertanya.

Hazreeq tersentak. Terkejut mendengar soalan dari kanak-kanak berumur 4 tahun ini. Terukir senyuman nipis di bibir Hazreeq.

Diangkat badan Aisy Tyizam lalu diribakan di pehanya. Tyizam memandang ke arah ayahnya.

"Mestilah ayah sayang anak ayah!. Takkan ayah tak sayang anak ayah yang hensem ni" dicuit hidung anak lelakinya.

Tyizam tertawa riang. Suka dengan jawapan ayahnya itu. Aiskrimnya yang tinggai separuh dihulurkan kepada Hazreeq.

"Tyizam makanlah. Ayah tak suka aiskrim" ujar Hazreeq. Dia mengosok rambut anaknya.

Tyizam tersengih. Dengan pantas dia menghabiskan aiskrimnya yang tersisa. Dihulurkan tangannya yang kotor kepada Hazreeq. Hazreeq tanpa banyak songeh mengambil tisu lalu dicuci tangan anak lelakinya.

"Ayah jom main kat sana!" Tyizam menarik-narik tangan ayahnya.

Hazreeq mengangguk. Dipakai topi di kepala Tyizam. Setelah itu, dia memegang tangan Tyizam ke taman permainan.

"Tyizam jangan lari nanti jatuh!" Hazreeq mengejar Aisy Tyizam yang sudah menjauhkan diri.

Tyizam tersengih. Dia semakin galak menjauhkan diri dari ayahnya. Hazreeq tersenyum nipis. Dia mengejar anak lelakinya. Sengaja hendak bermain walaupun dia boleh saja menangkap Tyizam sekarang.

Mata Hazreeq membulat. Anaknya yang hampir terjatuh, ditangkap. Dia mendesis sakit apabila lututnya terseret di jalan bertar itu.

Hazreeq mendukung Tyizam. Dilihat di badan anaknya itu jikalau ada kecederaan. Tyizam pula memegang muka ayahnya. Rasa bersalah menghurungi hati Aisy Tyizam.

"Ayah sakit ke?" Polos Tyizam bertanya

Hazreeq tersenyum. Dia mengeleng beberapa kali. Sekadar luka yang kecil itu tidak menjejaskan dirinya pun.

Tyizam menghela nafas lega. Dia meronta-ronta ingin diturunkan dari dukungan ayahnya. Dia sudah besar. Jadi, tidak mahu lagi didukung.

Hazreeq hanya menurut permintaan anaknya. Tiba-tiba dia terbau asap. Seperti asap kebakaran!. Matanya melilau mencari arah asap itu.

"Encik tolong saya. Rumah saya terbakar. Keluarga saya ada kat dalam tu!" Seorang gadis menyapa Hazreeq.

Hazreeq mengangguk tanda akan menolong gadis itu. Dia berlari mengikut langkah gadis itu. Agak lambat Hazreeq berlari memandangkan Tyizam di dukungannya.

Sesampai di sana, Hazreeq meletakkan Tyizam di sebelah tiang lampu. Sempat dia mengalihkan kayu yang menghalang laluan di tengah jalan lalu diletakkan di sebelah Tyizam. Gadis tadi pun sudah terjatuh gara-gara terlanggar kayu ini.

"Tyizam tunggu sini ye!" Hazreeq mengosok rambut anaknya. Topi hitamnya disarungkan di kepala sang anak.

Tyizam mengangguk lalu tersenyum. Dia setia menunggu disitu sementara ayahnya melihat rumah yang hampir sepenuhnya terbakar itu.

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now