1 8

124 13 0
                                    

Sehari sebelum pembicaraan..

"Muhammad Hazreeq ada orang nak jumpa" lelaki beruniform itu berkata. Tanganya lincah membuka kunci lokap itu.

Hazreeq bangun. Isteri dan anak-anaknya ka?

"Pergi mana?" Fiqh bertanya. Dia baru mahu belajar doa untuk tidur pula ni! Kacau je.

"Ada orang nak jumpa. Kejap ye" balas Hazreeq sopan.

Fiqh memgangguk. "Cepat sikit. Takut rindu" Fiqh ketawa.

Hazreeq mengeleng. Dia ketawa kecil melihat Fiqh. Hazreeq dibawa ke suatu tempat. Dilihat seorang lelaki serba hitam di hadapannya.

"Assalamualaikum" Hazreeq menyapa orang di hadapannya. Siapa ni? Tak pernah tengok pula?

"Hazreeq?" Lelaki itu memandang wajah Hazreeq tanpa menjawab salam.

Hazreeq mengangguk. Dia mengambil tempat di hadapan lelaki itu.

"Aku Zarif" lelaki itu memperkenalkan dirinya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Hazreeq menyambut tangan lelaki itu sopan.

"Kau dituduh atas kes membunuh orang kat rumah tepi taman tu kan?" Zarif bertanya tegas.

Hazreeq memgangguk. Dia memandang wajah Zarif yang seakan gembira dengan pengakuan Hazreeq ini.

"Nanti waktu hari pembicaraan kau. Kau mengaku je yang kau buat kebakaran dan pembunuhan tu" Zarif mengarahkan Hazreeq.

Kening Hazreeq berkerut. Kenapa dia perlu mengaku sedangkan bukan dia yang buat?

"Kenapa pula encik? Bukan saya yang buat encik" Hazreeq mempertahankan dirinya.

"Aku bagi kau duit. Kerja kau senang je. Kau hanya perlu mengaku yang kau buat kesalahan tu" Zarif mengeluarkan sejumlah duit dari begnya.

Hazreeq terkejut. "Saya tak ambik rasuah encik. Maaflah" Hazreeq menolak sopan duit itu.

Zarif menghela nafas kecil. Seketika kemudian dia ketawa sinis. "Kalau kau nak tahu, kebakaran tu aku yang buat. Orang yang dalam rumah tu musuh aku. Puas hati aku dapat bunuh diorang" Zarif tersenyum sinis

Lagilah Hazreeq terkejut. Hazreeq sudahpun ingin bangun. Seram sejuk dia melihat senyuman sinis Zarif.

"Aku yang suruh gadis tu panggilkan orang untuk tengok kebakaran tu. Tak tahu pula yang kau senang sangat nak tolong. Lepastu kau dengan mudahnya masuk perangkap aku dengan mengalihkan kayu lepastu pergi ke pondok!" Zarif ketawa besar.

"Kau nak tahu, aku yang hubungi pihak polis dan hakim yang akan bersama dengan kau tu, kawan aku. Aku dah rasuah dia" Zarif berkata tanpa segan-silu.

Hazreeq semakin memanas. Ingin saja dia menumbuk muka lelaki di hadapannya ini.

"Tak apa encik. Saya akan bongkarkan kebenaran ini waktu hari pembicaraan saya nanti" Hazreeq pula tersenyum.

Zarif semakin tersenyum. "Eh bodoh. Ingat orang nak percaya. Kau ada bukti? Takda kan! Sia-sia jelah Muhammad Hazreeq" Zarif ketawa lagi.

Hazreeq tertunduk. Dia sedar dia tidak mempunyai sebarang bukti!. Fikiran Hazreeq mula bercelaru.

"Kalau kau tak mengaku, aku bunuh keluarga kau. Dhiya Tihani. Hmm cantik! Dengan perut yang baru nak membesar tu" Zarif mengeluarkan gambar Dhiya dari kocek seluar.

Hazreeq mengenggam penumbuk. "Tolonglah encik. Saya taknak cetuskan masalah" Hazreeq merayu.

"Aisy Tyizam dan Aisy Tyara. Comel sesuai kalau aku culik lepastu jual. Aku juga yang untung" Zarif mengeluarkan pula gambar anak kembarnya Hazreeq.

Hazreeq memandang gambar di hadapannya. Gambar isteri dan anak-anaknya. Bertapa dia rindu dengan ketiga-tiga mereka.

"Masih taknak mengaku?" Zarif bertanya sinis.

Hazreeq laju mengeleng. Dia pasti Aaqif akan menjaga keluarganya.

"Aaqif Ilham. Seorang anggota polis yang single. Haha sian single. Berkawan dengan kau sejak dari bayi. Ibu dan ayah ada di kampung. Kau nak tahu, keluarga Aaqif ada di bawah tahanan aku!" Zarif ketawa besar. Dia yakin Hazreeq tidak mampu menolak.

Hazreeq memejamkan matanya. Ya Allah apa yang perlu dia buat. Masih ada rupanya orang yang kejam seperti Zarif!

Tanda-tanda akhir zaman sudah banyak yang muncul. Malah lelaki di hadapannya ini masih tidak mahu bertaubat dan lagi mahu melakukan kejahatan!

"Aku akan mengaku" Hazreeq berkata perlahan.

Zarif tersenyum manis. "Ya? Kau buat pilihan yang betul, kawan" Zarif menepuk bahu Hazreeq.

"Tapi ada satu syarat" Hazreeq berkata lagi.

Zarif mengangkat kening. "Apa syaratnya sahabatku"

"Jangan ganggu keluarga aku. Jangan kacau keluarga Aaqif. Kau jangan masuk campur dengan keluarga aku lagi" Hazreeq memandang mata hitam Zarif.

Zarif mengangguk. "Boleh, kalau kau nak. So good luck babe" Zarif bangun lalu beredar dari situ.

Hazreeq masih terpinga-pinga. Betul ka apa yang dia buat ni?

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now