1 6

86 12 1
                                    

Dhiya memakai tudung bawal bewarna hitam. Dilihat Aaqif yang sedang menyiapkan anak-anaknya. Tyizam sudahpun dibenarkan untuk discharge semalam. Hari ini pula merupakan hari yang penting bagi Hazreeq.

"Comel dah" Aaqif memakaikan topi di kepala Tyizam. Baju Tyara pula dibetulkan sedikit.

Dhiya tersenyum dalam masa yang sama hatinya berdegup laju memikirkan si sang suami. Dia bergerak ke dapur ingin mengisi air untuk dibawa sekali.

"Dhiya, saya bawak Tyizam dan Tyara masuk dalam kereta dulu tau!" Suara Aaqif menjerit kedengaran.

Dhiya hanya mengangguk. Seketika kemudian dia mula keluar dari rumah menuju ke kereta Aaqif.

"Kita bergerak terus ke mahkamahlah ye" Aaqif mula memanaskan enjin.

"Dah cukup ke bukti untuk Hazreeq?" Dhiya menyoal.

Aaqif mengeluh. "Kalau diikutkan belum. Tapi apa boleh buat" Aaqif tersenyum hambar.

Dhiya menunduk. Dia hanya boleh berdoa supaya urusan suaminya dipermudahkan.

"Tak apa Aaqif. Awak dah buat yang terbaik. Kita doakan je yang baik-baik dekat suami saya ya" Dhiya tersenyum.

Aaqif memgangguk. Dia kecewa dengan dirinya yang tidak dapat membantu Hazreeq. Padahal sewaktu dirinya susah Hazreeq lah yang akan membantunya!

"Dhiya" Aaqif menyeru nama wanita itu.

"Ya" balas Dhiya sepatah.

Aaqif tersenyum nipis. "Saya tak tahu apa hukuman yang akan dikenakan kat Hazreeq. Tetapi saya nak awab bersedia dengan apa saja kemungkinan boleh?"

"Saya akan cuba Aaqif" kata Dhiya.

Aaqif mengangguk. Dia memberhentikan kereta di tepi jalan lalu dia keluar dari kereta tersebut.

Dhiya hanya memerhati perbuatan Aaqif. Aaqif sedang memberi salam kepada Pakcik Husin. Seketika kemudian terlihat Pakcik Husin yang sedang terkejut. Mungkin Aaqif menceritakan hal yang berlaku kepada Hazreeq.

Aaqif kembali ke kereta. Dia ke pintu belakang lalu badan Tyizam didukung. Aaqif membawa kanak-kanak lelaki itu ke arah Pakcik Husin. Sekali lagi lelaki tua itu kelihatan terkejut.

Beberapa minit kemudian, barulah Aaqif kembali masuk ke dalam kereta bersama Tyizam. Kereta kembali berjalan di jalan raya itu.

"Kenapa Pakcik Husin ada kat kedai?" Dhiya bertanya. Selalunya memang Pakcik Husin takkan keluar kemana-mana.

"Dia beli barang sikit. Selalunya Hazreeq kan yang akan tolong dia beli barang. Ni Hazreeq takda dia terpaksa gagahkan diri jugak. Saya pulak sibuk sikit sejak kebelakangan ni" timbul rasa serba salah dalam diri Aaqif kerana tidak dapat membantu lelaki tua itu.

Dhiya mengangguk. Rasanya dialah pulak yang akan mengantikan kerja amal Hazreeq jikalau Hazreeq tidak dapat dibebaskan dalam masa terdekat.

"Aaqif saya pelik tau dengan awak ni?" Dhiya mengerutkan dahi.

"Pelik? Pelik macammana?" Balas Aaqif.

Dhiya mengeluh. "Awak ni ada rupa tau. Kerjaya pun bagus tapi still tak berpunya. Selalu rapat dengan keluarga kami" kata Dhiya.

Aaqif ketawa. "Awak tak bagi ke saya rapat dengan keluarga awak?" Aaqif bertanya. Bagus juga dia dapat mendengar perkataan lain dari mulut Dhiya. Kalau tak duduk termenung je isteri sahabatnya ni.

"Bukan tak bagi, tapi takut kalau awak dah ada peneman nanti dia cemburu pula awak tak bagi perhatian dekat dia" ujar Dhiya. Dia sebagai seorang perempuan tahulah yang perempuan ni kuat cemburu.

Aaqif ketawa lagi. Dia mengelengkan kepalanya. "Saya kawan perempuan pun tak ada Dhiya" balas Aaqif.

Dhiya hanya mengangguk. Nasib  Aaqif tak ada girlfriend, kalau ada mahunya gadis itu salah sangka.

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now