1 7

94 12 1
                                    

Harini berlangsungnya kes perbicaraan untuk Hazreeq. Pihak hakim sudahpun bertanyakan soalan kepada si pedakwa. Hanya menunggu jawapan dari Hazreeq sahaja.

Hazreeq masih belum memberikan reaksi. Aaqif dan Dhiya sudah berdebar di tempat penonton. Peluh badan mereka menunggu jawapan Hazreeq.

"Ya saya mengaku" Hazreeq tiba-tiba menjawab.

Aaqif tergamam. Dia bangun lalu meletakkan Tyizam di kerusinya. Apa yang Hazreeq telah buat?

"Hazreeq! Kau tak buat Hazreeq! Cakap benda yang betul, Haz" Aaqif menjerit kuat. Hampir menangis dia mendengar ayat yang dikatakan oleh Hazreeq tadi.

"Adakah kamu mengaku bahawa kamu yang membunuh sebanyak 3 orang iaitu penghuni rumah terbakar itu?"

"Ya saya mengaku. Saya yang bunuh mereka!" Jelas Hazreeq berkata.

Dhiya terduduk. Air matanya mula turun. Dipandang badan suaminya. Kenapa ?

Kelihatan si sang hakim dan beberapa orang mula berbincang. Setelah beberapa minit, kepala mereka mengangguk!.

"Dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati------"

Setelah itu kayu khas diketuk beberapa kali. Malah Hazreeq masih tersenyum lebar.

Semakin lebat tangisan Dhiya. Tali gantung! Maksudnya suaminya akan mati! MATI!

"Hazreeq!" Aaqif menjerit. Dia rasa macam mahu mengantikan tempat sang hakim itu saja. Semudah begitu si hakim memberi hukuman!

"Hazreeq! Kau tak tahu betapa aku tak tidur untuk mencari bukti untuk kau! Aku tak berhenti berdoa supaya kau bebas Haz! Aku jagakan isteri dan anak kau seperti yang kau mintak. Tapi.. tapi kenapa Haz!" Aaqif menjerit lagi.

Aaqif mula bergerak ingin mendekati Hazreeq. Tetapi malangnya dia ditahan oleh polis yang menjaga di situ. Dia seperti mahu menampar pipi Hazreeq agar lelaki itu sedar!

Dhiya tidak mampu berkata apa-apa. Dilihat saja tubuh suaminya dibawa keluar dari mahkamah itu. Aaqif pula sudah terduduk. Air mata jernih yang ditahan oleh Aaqif sedari tadi akhirnya tumpah jua.

"Ibu.." Tyara memegang tangan Dhiya. Dia mengelap air mata Dhiya menggunakan tangan kecilnya.

"Kenapa ibu dan pakcik menangis?" Tyizam bertanya polos. Mereka hanyalah kanak-kanak berusia 4 tahun yang tidak mengerti.

Dhiya tersenyum. Dipeluk badan anak kembarnya. "Tak ada apa-apa sayang" Dhiya mencium pipi Tyizam dan Tyara.

Dhiya melihat lagi Aaqif yang masih menangis sambil ditenangkan oleh beberapa lagi lelaki beruniform. Ini kali pertama dia melihat Aaqif menangis. Aaqif tercungap-cungap mencari oksigen akibat terlalu banyak menangis.

Setelah Aaqif mula bertenang, dia kembali kepada Dhiya. Matanya merah dan bengkak. Kesan air matanya juga jelas terlihat di pipinya.

"Maafkan saya. Saya teremosi pula" Aaqif mengaru belakang tengkuknya. Dia ketawa hambar.

Dhiya mengeleng. "Tak apa saya faham. Saya minta maaf bagi pihak Hazreeq" Dhiya menahan tangisan.

Aaqif tidak mampu berkata apa-apa. Tubuh kecil Tyizam dan Tyara didukung. Dia bergerak keluar dari tempat itu diikuti Dhiya di belakang.

C | H A Z R E E Q Where stories live. Discover now