Chapter 3 : Bahagia?

17 5 0
                                    

📍Kota Seriemas, Negeri Sembilan

Puan Fatimah sedang memasak makanan tengahari untuk suami dan anak bongsunya. Dia masak simple saja iaitu ayam masak merah, sayur campur dan air sirap ais

"Abang, Faleeq, jom makan.. makanan dah siap ni," panggil Puan Fatimah dari dapur

"Wuihhh, sedapnya bau masakan ni.. rasa dia pun mesti tiptop kan!" Puji Encik Kamal dengan teruja

"Hish, awak ni biasa-biasa jelah. Mana Faleeq?" tanya Puan Fatimah kepada suaminya

"Ha, anak bongsu awak tu, kejap lagi turunlah tu. Kita makan dululah," ajak Encik Kamal

"Ok bang," Puan Fatimah mematuhi suaminya

Tiba-tiba terdengar sebuah kereta menyusuri halaman rumah mereka

"Assalamualaikum papa, mama!" Fahri memberi salam. Dia masuk ke dalam rumah bersama dua buah bagasi

Encik Kamal dan Puan Fatimah terkejut lalu ke ruangan depan untuk melihat gerangan siapa yang hadir.

Mereka tidak menyangka akan kepulangan anak dan menantu yang duduk jauh di perantauan.

"Eh, Fahri kenapa balik tak bagitau mama?" tanya Puan Fatimah sambil mengusap dada

"Hehehehe, saja je. Nak buat surprise dekat mama dan papa. Berdua jeke,yang lain mana?" soal Fahri sambil memunggah begnya ke dalam rumah.

"Ada je adik kamu si Faleeq tu kat atas. Tadi papa dah panggil turun makan, still lagi tak nampak batang hidung," adu Puan Fatimah kepada anak keduanya

"Herm, sedapnya bau masakan! Mama masak apa?"

"Pergilah tengok kat atas meja tu. Jomlah kita makan sama-sama. Lepas makan korang pergilah berehat dulu." kata Puan Fatimah.

"Okayh, mama". kata Fahri sambil menarik tangan isterinya untuk makan bersama.

Tiba-tiba Faleeq muncul tanpa disedari.

"Eh bang, kenapa kau balik?" tanya Faleeq

"Haih, aku tak boleh balik rumah mama dengan papa ke? Kau sorang je ke yang boleh duduk kat rumah ni?" usik Fahri sambil tersenyum sinis. Suraya pula tergelak kecil mendengar pergaduhan di antara dua beradik ni. Bila jumpa dah macam anjing dengan kucing, bila tak jumpa dikata rindu.

"Ha kau bang, sikit-sikit nak perli aku," Faleeq menjeling abangnya. Jelingan Faleeq boleh dikatakan jelingan maut sebab tajam betul

"Dah-dah jangan gaduh, depan rezeki tak elok bergaduh, Faleeq duduk makan," Puan Fatimah mencelah. Dah besar panjang pun nak bergaduh lagi

"Okayh mama," kata Faleeq sambil menarik kerusi untuk duduk.

~

📍Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban

"Okayh puan, sekarang ni puan dengar cakap saya.. Saya nak puan tarik nafas lepastu push. Kepala baby dah nampak, jadi saya nak puan push sekuat hati," kataku.

"Push!"

"Push!"

"Sikit lagi puan,"

" Huek, huek, huek."

Syukur, alhamdulilah.. tangisan bayi kedengaran. Ibunya menangis gembira setelah bertarung nyawa melahirkan si kecil.

"Alhamdulilah, pada pukul 10.35 pagi, lahirnya seorang puteri. Bayi berada dalam keadaan yang sihat tubuh badan. Tahniah puan!" kataku sambil mengisi laporan kelahiran si kecil.

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now