Chapter 16

8 3 0
                                    

FAHRI perlahan-lahan membuka mata apabila ada sinaran cahaya menghalangi pandangannya. Tangannya tergapai-gapai menghalang sinaran cahaya itu. Tiba-tiba

"Abang." Panggil satu suara. Suara ini seperti pernah didengarnya. Dia menoleh ke arah suara itu

"Abang," serunya lagi sekali

"Siapa tu?" soal Fahri, dia cuba untuk mencari kelibat suara tersebut

Ketika dia sedang mencari kelibat suara tersebut, muncul Suraya di hadapannya

Fahri tersentak. Dia mencubit kedua-dua belah pipinya untuk sedar tetapi tangannya dipegang erat Suraya

"Abang sihat?" tanya Suraya sendu. Dia mengusap lembut pipi suaminya

"S-sihat." Balas Fahri gugup

"Sayang, awak bukan dah p-pergi?" Bibirnya berhenti berkata apabila jari telunjuk Suraya hinggap di bibirnya

"Shhhh, sayang memang dah tak ada abang. Ni hanyalah mimpi,"

Fahri merangkap tubuh kecil Suraya dalam dakapannya. Tangisannya keluar teresak-esak

Suraya meleraikan pelukan itu dan mengangkat wajah Fahri yang tertunduk. Dia menyeka air mata yang keluar dari kelopak mata Fahri

"Abang, I just want you to be happy with someone else. Seseorang yang boleh membahagiakan abang sepertimana Sayang membahagiakan abang. Sayang nak abang cari kebahagiaan dengan wanita yang layak dan baik untukmu,"

Mata Fahri tidak berkedip menganalisis kata-kata Suraya. Dahi Fahri berkerut

"Izreen kan nama dia?" tanya Suraya tiba-tiba

Fahri mengangguk perlahan

Suraya mengukirkan senyuman ke arah suaminya

"Abang, she sincerely loves you. What if you try accept her?" Pujuk Suraya. Dia kenal dengan perangai Fahri yang tidak suka dipaksa. Tapi Suraya harus cuba memujuknya untuk kebahagiaan masa hadapan. Dia mengusap lembut rambut Fahri. Mata bertemu mata

Fahri menggeleng laju. Dia tidak setuju dengan idea Suraya. Wanita yang hanya akan ada dengan dia di Syurga nanti ialah Suraya Binti Abdullah saja

Suraya memandang suaminya itu dengan penuh keikhlasan. " Abang, please. I know you love her, It's all due to ego, right?"

"Bagaimana kalau dia tahu abang ni seorang duda?" Dia memegang erat tangan Suraya

"Abang, manusia kalau sudah mencintai dia akan terima seadanya tentang cinta sejatinya itu." Ucap Suraya menyimpul kata

"Jadi boleh tak?" Soal Suraya lagi sekali

"H-ha?"

"Boleh tak abang terima dia dalam hidupmu?" Soal Suraya memujuk. Dia betul-betul mahu Fahri bahagia dengan Izreen. Cukup Fahri meletakkanya di hati sudah membuatkan dia bahagia

Fahri mengangguk perlahan. Akhirnya keresahan di hatinya terjawab

Suraya senyum lebar mendengar jawapan Fahri. Segera dia memeluk suaminya itu. Sekarang ini, dia harus pulang. Dia hanya mampu mendoakan untuk kebahagiaan suaminya di atas sana

"Abang, sayang pulang dulu ya." Pamit Suraya

Mata Fahri terkebil-kebil melihat Suraya. Dia menggeleng laju tanda tidak mahu berpisah dengan Suraya. Tapi apakan daya, Suraya telah pun pergi meninggalkannya

Suraya pun berlalu pergi sambil melambaikan tangannya ke arah Fahri. Fahri menyambut lambaian itu. Sungguh sakit hatinya

"S-suraya." Panggilnga perlahan lalu mengalirkan air mata

"S-suraya!!" Akhirnya Fahri tersedar dari mimpi. Dia meraup lembut wajahnya. Lalu dia mengerling ke arah jam, sudah masuk waktu subuh. Dia bangkit dan pergi bersihkan diri di bilik air. Kemudian ambik wudhuk dan lekas menunaikan solat

Tengahari..

Fahri mengatur langkah masuk ke restoran.

"BOS!!" Teriak Adam. Tergesa-gesa dia menghampiri Fahri

Fahri menoleh ke arahnya. "Ada apa ni?" tanya Fahri hairan

"Iz-izreen." Jari telunjuk Adam dituju ke arah dapur

Dahi Fahri berkerut. "Kenapa ni?"

"Yu-Na bagitahu yang Izreen dah berhenti." Balas Adam. Dia menggaru belakang kepalanya

"Ha?" Fahri segera ke belakang dan menuju ke Yu-Na

Yu-Na berhenti membuat kerja apabila Fahri mendekatinya

"It is true Yu-Na?"

Yu-Na mengangguk perlahan. "Yes bos, semalam dia ada letak surat dekat atas meja bos. Bos tak baca ke?" Soal Yu-Na pula

Fahri hairan. Surat mana pula ni? Fahri meninggalkan Adam dan Yu-Na disitu. Dia menuju ke biliknya

Dia melabuhkan punggung di kerusi dan membaringkan sikit tubuh badannya

Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu sampul surat. Dengan segera dia mencapai sampul itu dan membukanya. Isi dalam sampul itu adalah surat berhenti kerja dan satu surat lain

Setelah membaca surat berhenti kerja, dia buka pula surat yang lain. Dia membaca dengan penuh teliti

Assalamualaikum boss, terlebih dahulu saya nak minta maaf kerana tiba-tiba berhenti kerja. Saya ingin merehatkan fikiran sebentar. Saya masih ingat lagi penemuan kita yang pertama. Waktu tu, jantung saya berdegup dengan laju bila boss ambil berat pasal tangan saya. Saya bersyukur sangat sebab dapat boss sebagai majikan saya. Saya tidak faham langsung dengan perasaan saya. Kadang-kadang saya suka boss, kadang-kadang saya hanya ambil berat terhadap boss. Saya pun pening. Tapi apakan daya, cinta saya bertepuk sebelah tangan. Boss seperti tidak pernah menghargainya. Saya pujuk diri sendiri dan percaya mungkin boss sudah berpunya. Mungkin itu adalah balasan untuk saya sebab mencintai boss lebih dari Allah SWT. Saya minta maaf sekali lagi dan berharap semua baik-baik saja. Terima kasih sebab bagi saya jatuh cinta dengan awak, boss. Itu saja dari saya dan saya harap kita boleh bertemu lagi di hari lain, In Shaa Allah. Assalamualaikum dan terima kasih untuk semuanya

Dari Izreen Rania

Fahri meraup kasar rambutnya. Lagi sekali orang yang dia sayang, hilangkan diri. Malang sungguh kehidupan dia. Terbit rasa bersalah dalam dirinya

"Maafkan saya, Izreen. Maafkan abang, Suraya." Bisik hati Fahri hampa

Bersambung

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now