Chapter 11

11 4 0
                                    

HARI ini merupakan hari kepulangan Yana ke Dubai dan Fahri pula ke Korea. Masing-masing pulang atas sebab-sebab tertentu. Mungkin mereka akan bertemu, mungkin juga tidak akan bertemu

📍KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT

"Terima kasih ya pakcik," ucap Fahri kepada pemandu teksi itu. Dia menaiki teksi kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarganya untuk menghantar dia ke airport. Dia menghulurkan sejumlah duit besar kepada pemandu teksi itu. Fahri menyuruh pemandu itu untuk menyimpan wang bakinya

Pemandu teksi itu ucapkan terima kasih tanda bersyukur atas rezeki yang diberi olehNya

Bagasi ditarik memasuki ke dalam airport. Dia melihat sekeliling, entah kenapa tiba-tiba muncul perasaan sebak dihatinya. Matanya berkaca. Dia cepat-cepat menyeka air mata yang hendak jatuh tu. Malu kalau orang nampak nanti

Sedang dia ralat melihat jadual waktu penerbangan, tiba-tiba seseorang melanggar bahunya. Haih nasib baik tidak jatuh dibuatnya. Dia menoleh ke arah manusia itu dan terkejut melihat gerangan wanita yang hampir membuat dirinya jatuh tadi

"Fah-Fahri! ucap wanita tersebut. Ya Allah kenapa aku harus bertemu dengan dia disini

"Ha, terima kasih lah sahabatku Farah!", teriakku disitu

"No problem lah Yana oi, kau jaga diri ya," balasnya

"Baik kawanku. Heheheheh," Aku melambaikan tangan ke arah Farah. Kemudian, aku pun menarik bagasi dan segera masuk ke dalam. Kalau lambat nanti tertinggal flight pula

Terkocoh-kocoh aku jalan. Tanpa sedar, aku telah melanggar bahu seseorang. Hish tulah jalan laju lagi. Macam kena kejar dengan anjing

"Maafkan saya encik-" ucapanku terhenti tatkala melihat wajah si dia

"Fah-fahri!" teriakku terkejut. Ya Allah, kenapa aku harus bertemu dengan dia kat sini

Fahri pun tersentak melihatku

Aku segera ingin melarikan diri tetapi terasa seperti ada seseorang menarik tanganku

"Ariss!, tolong jangan tinggalkan saya lagi," ujar Fahri sambil menarik tanganku. Eh siapa yang tinggalkan siapa sekarang ni?

"Ariss!" Ya aku ingat akan nama itu. Nama yang hanya akan diucapkan oleh si dia. Sudah lama aku tidak mendengar panggilan nama itu. Hatiku bagai hendak jatuh ke bawah dan inginku menangis teresak-esak

"Jangan sentuh saya!" Aku cuba untuk meleraikan pegangan tersebut namun usahaku sia-sia sahaja

Kelihatan air mata Fahri mengalir deras apabila mataku bertemu matanya

"Tolong Ariss, jangan tinggalkan saya lagi!" teriak Fahri kuat. Semua yang berada disitu memandang kami dengan pelik

"Baiklah, tapi sebelum tu lepaskan saya dulu," pujukku. Hm batal air wudhuk aku

Pegangan itu dileraikan

"Ariss!"

"Stop, jangan panggil nama tu lagi. Saya tak nak dengar dah!" ucapku. Entah mengapa tiba-tiba mataku berkaca

"Maafkan saya," keluhan berat Fahri dilepaskan. Dia menunduk ke bawah dan bermain dengan jari jemarinya

Timbul rasa bersalah didalam hatiku.

"Walau apa pun , dia tetap kawan kau Yana!" bisik hatiku. Aku menggigit bibir tanda geram dengan perbuatan Fahri selama ini

Aku mengerling ke arah jadual penerbangan. Lah flight delay lah pulak. Kebetulan penerbangan Fahri pun delay. Aku kembali menatap Fahri dan berfikir sejenak

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now