Finale

10 4 0
                                    

Beberapa tahun kemudian....

Alhamdulilah, dengan izin Allah aku dan Afyad dikurniakan sepasang cahaya mata kembar. Sulung anak perempuan yang lahir 3 minit awal, Tengku Alya Yadira sebijik muka Afyad. Bongsu pula lelaki Tengku Afnan Yazeed, dia copy paste muka aku. Dengan kehadiran mereka berdua menambah lagi kebahagiaan hidup aku dan Afyad. Mereka berdua merupakan cucu kesayangan Dato Mustapha, Datin Khatijah, Tengku Sarah dan Tengku Arif. Seronok Hanis bila dapat tahu yang anak buah dia ialah sepasang kembar begitu juga dengan yang lain.

Fahri?Alhamdulilah selepas setahun aku lahirkan si kembar, anak lelaki mereka pula menyusul. Nama diberi Fathi Ilham yang bermaksud pembuka, kemenangan, wahyu dan isyarat yang baik. Semua tengah menunggu kelahiran si cilik yang dikandung Izreen. Fahri ada memberitahu kami tentang ingin menamakan si cilik Firas Rizqi. Faleeq pula sekarang ni sedang belajar di university dan asyik bergaduh dengan Fathi yang berumur 3 tahun itu bila berjumpa. Haih kalah budak kecik

Dhia dan Harith juga dikurniakan anak sulung perempuan, Hania Daneen. Sebenarnya, Tokwan yang menyuruh Dhia dan Harith meletakkan nama itu kalau tak Tokwan merajuk

Acap dan Farah pula sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka, masing-masing dah berbincang tentang nama si cilik. Nama diberi Hakeem Fareed. Idea dari Acap. Hm sedap juga ye nama tu. Lagi 3 bulan, Farah akan melahirkan junior Acap

Faiz sekarang ni sudah bertunang dengan wanita dari Dubai. Haritu aku ada membawa mereka semua bercuti di Dubai untuk menenangkan fikiran dan dia terserempak dengan tunangnya itu ketika Afyad membawa kawan baiknya makan bersama kami. Sebenarnya, tunang Faiz itu merupakan sahabat baik Afyad.Dari situlah permulaan kisah percintaan mereka. So sweet kan?

Isma dan Aiman? Hm, Isma sekarang ini sedang menjaga maknya yang sakit. Bila dia keluar pergi kerja, adik-adiknya pula yang akan jaga mak mereka. Setiap hari jugalah aku pergi melawat mak Isma, selalu bertanya khabar, bagi duit untuk makan and si kembar lah yang menggembirakan hati mak Isma. Aiman pula still ada lagi dengan kami. Dia juga turut membantu Isma mencari duit, sahabat selamanya kan

"Awak, dah siap ke?" Tanyaku sambil membetulkan tudung di hadapan cermin

"Dah," balas Afyad pendek. Dia menghampiri ku dan menatap wajah sisiku yang cantik ni

Aku mengalihkan pandangan tepat ke arah wajahnya. Mata bertembung mata. Kemudian, dia merapatkan wajahnya dengan wajahku. Hatiku bagai hendak jatuh apabila hidung kami bergesel. Dia mengecup dahiku sekilas, kemudian turun ke hidung. Tiba-tiba

"Mummy, Abah, Yaya tayik yambut Paan," ngadu Tengku Afnan yang tiba-tiba muncul bersama tangisan kuat

Kami tersentak dan Afyad segera mengambil Tengku Afnan yang sudah merah hidungnya

Tengku Alya juga turut munculkan diri di tepi pintu. Kemudian dia mengatur langkah pendek ke arah kami. Terkedek-kedek berjalan

Tengku Alya segera memeluk kaki abahnya. Tengku Afnan diserahkan padaku

Afyad mendukung anak sulungnya itu

"Abah, Yaya tayik yambut Paan!"Teriak Tengku Afnan lagi sekali. Cemburu tengok abahnya mendukung Tengkuk Alya

Tengku Alya menjeling kecil ke arah Tengku Afnan. Amboi kecik-kecik dah pandai menjeling. Belajar dari siapa ni?

"Mana ade Abah, Paan yang tayik yambut Yaya dulu," Omelnya

Haih keletah anak umur 4 tahun memang macam ni eh?

"Mana ada, Yaya yang tayik," balas Tengku Afnan pula. Eh sama naik pula

Aku dan Afyad hanya memandang mereka berdua. Kemudian kami memandang satu sama lain.

"Dah-dah minta maaf. Kalau tak Abah tak nak kawan." Ugut Afyad. Dia membuat muka serious supaya anaknya tahu yang dia tidak bergurau sekarang ni

{1.0} Bitter Memories (COMPLETED)Where stories live. Discover now